Saturday, October 30, 2010

ADEGAN-ADEGAN DALAM DRAMA/FILEM

Google :)
Korang biasa tengok drama / filem tak ? Korang perasan tak kebanyakan ceritanya mesti ada scene yang kadang-kadang kita boleh tahu apa bakal terjadi selepas itu , tanpa perlu menontonnya . Antara yang aku sempat perasan ialah :


BERHENTI SEMASA LAMPU ISYARAT MERAH
Masa ni , si pelakon akan memberhentikan keretanya , lalu dia teringat masa lalu ketika bercanda mesra dengan kekasihnya  , selepas beberapa ketika , kereta-kereta di belakang membunyikan hon .  Pelakon tersebut terkejut sambil memandang belakang dan terkial-kial untuk meneruskan perjalanan . HEHE


SELEPAS DIPERKOSA
Si pelakon tersedar kerana bajunya terkoyak atau tiada seurat benang . Dia menangis teresak-esak dan apabila pulang ke rumah , dia akan bergegas ke bilik air dan mandi menggunakan shower . Dia akan menangis sambil duduk ketika mandi . 


PURA-PURA BAIK
Pelakon A akan pura-pura baik depan pelakon B , dengan muka yang naif , die menangis . Pelakon B akan rasa kasihan dengan dia dan memeluk pelakon A , ketika berpelukan pelakon A tadi akan membuat muka jahat . HAHA ni selalu aku tengok dalam sinetron Indonesia


CAKAP DALAM HATI SAMBIL SENYUM SINIS
Ketika pelakon B mengalihkan pandangan ke tempat lain , pelakon A akan bercakap dalam hati dan tersenyum sinis . Ini pun aku selalu tengok dalam sinetron Indonesia . Hehe


BF / GF KENALKAN KAWAN 
Hajat supaya dapat berkawan sekali dengan kawannya. Tapi alih-alih terpikat la pulak . Hehe . Nasib badan .


TERPEGANG TANGAN MASA KUTIP BUKU YANG JATUH
Tengah laju berjalan tiba-tiba terlanggar orang , dia pun tolong la angkat , masa tergesa-gesa tu terpegang tangan la plak . Lepas tu masing-masing pandang sama sendiri . Hehe



p/s : Ada adegan lain tak ? Mai la tambah kt ruangan comment . :)

Friday, October 29, 2010

KENANGAN : HARI ANUGERAH SEKOLAH RENDAH

SK BIDOR :)




Hari yang paling ditunggu-tunggu kalau masih bersekolah ialah pabila tibanya hari anugerah dan menjadi salah seorang daripada orang yang bakal menerimanya . Hati berbunga riang saat cikgu mengumumkan nama Nur Azila Ismail akan menerima hadiah pada hari tersebut . Hati semakin tidak sabar jika bakal menerima lebih daripada satu hadiah . Sangat gembira rasanya setelah bertungkus-lumus belajar .


Masa sekolah rendah , aku ingat lagi , setiap tahun aku akan menerima anugerah , 
Darjah 1 : Tempat pertama
Darjah 2 : Tempat kedua
Darjah 3 : Tempat pertama
Darjah 4 : Tempat kedua
Darjah 5 : Tempat pertama
Darjah 6 : Tempat pertama


Alhamdulillah ketika di sekolah rendah aku dapat mengekalkan prestasi cemerlang , jika menurun sekalipun , jatuh di tempat kedua kerana subjek Sains aku sering mendapat B . Setiap tahun , dua tiga hari sebelum hari anugerah , akan diadakan raptai supaya ketika majlis yang sebenar , segalanya berjalan lancar . Dua tiga kali jugalah pada setiap hari , aku akan turun naik pentas untuk raptai tersebut . 


Semasa darjah 1 , ketika pertama kali aku menghadiri raptai , berlaku peristiwa yang bagi aku melucukan . Ketika nama aku dipanggil , aku dengan bangganya naik ke pentas dan memegang 'hadiah' yang dipegang oleh seorang guru lelaki , selepas mengucapkan terima kasih , aku menarik hadiah tersebut , aku sangkakan hadiah itu boleh terus aku ambil , rupanya ketika raptai , itu cuma olok-olok sahaja . Haha . Beriya-iya aku menarik hadiah tersebut dari tangan cikgu . Muka aku merah seketika :)


Semasa darjah 6 , menjadi antara murid paling tua di sekolah membuatkan aku tambah berpengalaman , pengalaman setiap tahun naik turun pentas ketika hari anugerah aku gunakan sepenuhnya . Kadangkala tersenyum sendirian melihat gelagat murid-murid yang lebih muda turun naik pentas sehinggakan ada yang terjatuh ketika menaiki anak tangga , gemuruh mungkin :)


Hadiah yang aku dapat sebagai ganjaran walaupun tidak seberapa , amat aku hargai kerana segalanya hasil usaha aku sendiri . Walaupun cuma fail , sebatang pen dan sebuah buku sudah cukup untuk membuat aku tersenyum bangga :) Terima kasih Warga SK BIDOR :)


p/s : Kongsi la pengalaman kawan-kawan di sini :)




Photobucket

Tag from Miss Aini ♥

Tag dari kakak :)


Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Duit : Kalau ada nak beli apa-apa
Mykad : Nanti disangka pendatang asing pula 
Handphone : Mudah nak hubungi orang lain

Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit sendiri?
Bihun tom yam kat kantin semalam :p

Di mana tempat korang akan melangsungkan perkahwinan korang dan apa tema perkahwinan korang nanti?
Di sini , hehe . Bidor yang permai :)

Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Tidak :) 

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selagi ada jodoh . Hehe

Novel/Buku atau Majalah terakhir yang korang beli?
Buku koleksi soalan SPM

Antara mak dan ayah korang.. yang manakah korang lagi mesra?
Mak kot . Ayah saya pendiam

Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Followers dan tuan blog yang saya follow :)

Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak pun , mesin yang basuh . Tq mesin ! :p

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Cium tangan ek ?

Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang?
Dia kakak saya
Dia tinggal dengan saya
Dia cantik :)

Lima lagu korang paling suka dan selalu dengar?
Big Bang : Haru haru
Dadali : Di saat aku mencintaimu
ST12 : Biarkan aku jatuh cinta
Banyak lagu korea suka gak dengar , tapi tak ingat tajuk . hehe

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
22 Mac 1993 :) Di rumah

Lima blogger korang kena tag?
awak
awak
awak
awak
  awak :)



Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

SELAGI MULUT MANUSIA TERUS BERBICARA


Kadang-kadang aku betul-betul rasa tak mengerti dengan apa yang terjadi . Masalah dengan rakan sebaya tak pernah berhenti . Selesai satu salah faham , timbul salah faham lain . Mengapa terjadi ? Aku sendiri masih mencari jawapannya . Salahkah jika menghulurkan tangan untuk bersahabat ? Kebaikan sering disalah erti . Jika lain yang kita ucapkan , lain pula yang sampai di telinga orang lain . Mulut manusia bercerita tanpa henti , segala fakta diputar-belit . Bila mahu berubah ?

Inilah dugaan ketika di bangku sekolah . Setiap pelajar ada kumpulannya sendiri , jika dulu boleh sahaja berteman  dengan semua , namun apabila umur semakin meningkat dan menjadi senior di sekolah , masing-masing punya ego tersendiri . Budak kelas pandai dikatakan sombong ? Budak pandai tak bercampur dengan pelajar kelas lain ? Semua bagi mereka budak pandai yang salah .

Semua bermula dari mulut , apa yang diucap kadangkala bisa mengguris hati , apa yang diucap kadangkala bisa membangkitkan amarah . Bagi aku , kita hanya perlu bersabar . Tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan bertikam lidah sesama sendiri . Itu hanya akan memburukkan keadaan dan membangkitkan bibit-bibit permusuhan sesama sendiri . Mungkin di usia 17 tahun belum cukup matang bagi kita untuk mengatasi masalah seperti ini . Mencebik bibir tanda tidak puas hati sesama sendiri . 

Ingatlah dahulu kita pernah bersama atas sebuah ikatan persahabatan yang murni , kini segalanya berubah . Ya , itu dunia kalian dan bukan dunia aku . Tapi kita pernah bersahabat baik satu ketika dahulu ,bukan satu dua hari tetapi bertahun-tahun , malah ada yang sejak di sekolah rendah . Kita sama-sama mengenal ABC dan mengira 123 . Mungkin masalah ini tiada titik nokhtah . 

Selagi mulut manusia terus berbicara , 
Selagi mulut manusia terus mengadu domba , 
Selagi mulut manusia terus mengucapkan kata dusta , 
Selagi itu kita akan terus begini dan jalan terbaik mungkin perpisahan selepas SPM kelak 
Kita corak sendiri masa depan mengikut acuan kita
Dan ketika itu tiada lagi bayang-bayang aku mengganggu hidup kalian :)


Photobucket

Tuesday, October 26, 2010

KENANGAN : KETUK TV

Aku tak tahu lah sama ada aku seorang saja ke yang pernah mengalami pengalaman sebegini . Apa-apa pun aku nak share la kenangan ni . Hehe . Buat aku terkenang zaman kanak-kanak berhingus dulu .


Dulu masa aku budak-budak kat rumah mana ada astro lagi . Dapat tengok TV1 , TV2 . Tu la gambar paling cantik . Kalau dapat tengok TV3 tu memang seronok lah . TV pun TV kecik aje , mana ada besar macam sekarang , aku tak tahu la berapa inci jer tv dulu tu , tapi memang kecik la 1/2 daripada TV sekarang kot .


Dulu-dulu pakai aerial yang letak atas TV tu , tak pon aerial yang kat bumbung tu , tapi kalau angin kuat sikit jer aerial tu tumbang maka tak dapat la menonton tv :(
minah ni top gila masa tu :)
Aku ingat lagi zaman cerita Mexico / Sepanyol tengah top , time tu memang glamour lah cerita-ceritanya , contohnya cerita Rosalinda , beratus-ratus episod pun sanggup tengok , mak aku salah sorang peminat cerita tu dulu , tapi sekarang layan Indon plak . hehe . Kalau tv tu x de gambar saja , maka mak aku pun ketuk tv tu kat bahagian atas , haa dengan sentuhan ajaib tu ,  ada la pula siarannya :)


Sekarang dah ada Astro , tv pun tak payah dah nak ketuk-ketuk nak bagi ada siaran . Alhamdulillah la dengan apa yang ada sekarang :)



Photobucket

Sunday, October 24, 2010

Mencari identiti blogger yang hilang

Aku telah di tag oleh kak ellamiss miza dan yang terbaru Kak Farhah Zaidah , Bro Ben Ashaari dan Azmie Cute 




The rules :-


Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.


Jom mulakan !






1.Nama aku Nur Azila binti Ismail


2.Aku dilahirkan pada 22 Mac 1993 , bermakna tahun ini aku berumur 17 tahun , yap saya 17 tahun kawan2 :) ramai juga rakan blogger yg bertanya betulkah aku baru berumur 17 tahun kerana kata mereka gaya penulisanku sangat matang


3.Aku tinggal di Bidor,Perak sekarang dan sebelum ini pernah tinggal di Sungkai dan Tapah yang juga terletak di Perak


4.Ma dan abah aku berasal dari Kelantan namun berpindah ke sini atas urusan kerja


5.Aku merupakan calon SPM 2010 yang mengambil 10 mata pelajaran dalam aliran sains tulen


6.Aku bersekolah di sekolah harian biasa kerana gagal dalam permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh ketika di Tingkatan 1 . (sedih)


7.Aku telah mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR


8.Aku agak pendiam tapi jika sudah lama berkawan , aku merupakan seorang yang banyak cakap


9.Aku mempunyai kurang daripada sebulan untuk menghadapi SPM


10.Aku merupakan anak ke 6 daripada 7 orang adik beradik , di mana yang sulung ialah seorang lelaki dan yang lain semua perempuan


11.Ada 3 lagi adik beradik ku yang turut menyertai dunia blog iaitu -
Nor Azura Ismail
Noraini Ismail
Nor Athirah Ismail


12.Pernah bercita-cita mahu menjadi seorang doktor namun melupakan hasrat itu kerana agak lemah dalam subjek-subjek sains


13.Minat lebih menjurus ke arah perkara-perkara berkaitan komputer


14.Suka memerhatikan orang dan memberi komen mengenainya


15.Mudah bersimpati dan cepat rasa bersalah . Sekarang aku sedang berasa bersalah dengan beberapa orang teman


16.Di rumah aku dipanggil Kak Jila atau La , manakala kawan-kawan lebih selesa memanggil aku Zila


17.Suka bergambar kerana dengan bergambar kita boleh simpan memori itu dengan lebih lama (kot la) hehe


18.Tak makan makanan yang terlalu pedas


19.Tak suka orang yang suka menipu


20.Sangat sensitif orangnya


21.Pernah sekali gagal dalam peperiksaan dan subjeknya ialah Addmath . Uwaaa


22.Tak suka tengok orang bergaduh , kalau boleh nak tengok semua orang hidup bahagia :)


23.Susah lupa akan sesuatu kejadian tak kira lah sama ada manis atau pahit


24.Selalu berharap aku akan diingati selamanya oleh orang di sekeliling aku


25.Boleh lupa semuanya kalau dapat online . Tapi tu dulu la , masa mula-mula kenal dengan internet :) sekarang dah kurang sikit .




25 orang yang saya nak tag ialah
-Kak Ainie                            
-Titirara
-Aten
-Kak Wawa
-Khaliq Nazeri
-Kak Ella
-Wany
-Alienelliz
-one2paii
-Kak Zura
-Cik Shara
-Myralynn
-Kak Azzie
-Kak Siti Ruhayu
-Kak Wan Haryati
-Kak Amy Syaquena
-Aina
dan semua followers saya :)





Photobucket

Saturday, October 23, 2010

KEMALANGAN NGERI DI BIDOR

Setiap yang hidup pasti akan mati . Malang tidak berbau . Kalau sudah ajal , dia tetap akan pergi menghadap Ilahi walau dengan apa cara sekalipun .


keratan akhbar harian metro hari ni (klik untuk lebih jelas)


Entri kali ini menceritakan kisah semalam 22 Oktober 2010 , dalam pukul 2 pagi , seorang teman mengirim SMS mengatakan seorang rakan kami sudah tiada dan kejadian berlaku dalam pukul 12 tengah malam . Siapa yang tidak terkejut jika menerima berita sedemikian , arwah ialah Mohd Azmin bin Abdul Rahim atau lebih mesra disapa dengan nama Omen . Kami pernah belajar di satu kelas yang sama semasa di sekolah rendah dan belajar di sekolah menengah yang sama namun berlainan kelas .Berikut antara gambar lokasi kemalangan berlaku .

lokasi kemalangan di Simpang Tiga , Bidor

lori yang terbalik

arwah dihimpap batu konkrit ini

Kemalangan ini dikatakan berpunca daripada lori yang telah melanggar sebuah lagi lori . Ketika itu arwah memberhentikan motosikal kerana lampu isyarat merah , lori tersebut terbalik lalu melanggar lampu isyarat dan batu konkrit tersebut telah menghempap arwah . 

Pagi semalam kami telah berkunjung ke rumah arwah untuk melihat jenazah buat kali terakhir . Kami masih rasa tidak percaya yang kawan kami sudah tiada lagi . Ketika kami menghitung hari untuk menghadapi SPM , kami menerima berita ini tepat sebulan sebelum peperiksaan SPM . 

Setiap kali lalu di lokasi tersebut , aku pasti akan teringat kejadian ini . Aku mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat . Amin

p/s : marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah .



Photobucket

Thursday, October 21, 2010

Pertandingan Header Tercantik!!!


mari2 rapat-rapat . aku telah di invite oleh penganjur untuk menyertai pertandingan ini . yeahh :) menang kalah lain cerita kan . 

.Tarikh tutup penyertaan 6/11/2010...

contest ini dibuat oleh alienelliz

antara syarat-syarat pertandingan ialah :

1. Buat post mengenai pertandingan yang ALIENELLIZ buat ni.
2. Pastikan gambar2 dalam post pertandingan ini ada dalam post yang akan korang buat.
3. Letakkan link pada post korang untuk terus ke post pertandingan ini.
4. Tag 3 orang kawan korang supaya diorang tahu akan pertandingan ni...
5. Hantar email kepada : alienelliz@yahoo.com
Pastikan korang hantar namano. tel, dan laman web blog korang.

Hadiah Top Up akan di masukkan pada no. tel yang korang bagi.  
Hanya untuk no. Maxis, Celcome dan Digi.
6. Kalau korang dah buat syarat1-5, korang tinggalkan komen kat ruangan komen post pertandingan ini :)

kali ini aku nak tag :




berminat ? sila ke link ini : Pertandingan Header Tercantik



Photobucket

SENYUM LA SIKIT :)

cantik kan ? tapi ni kat KL . haha



Di Bidor ini , pasar malam diadakan pada hari Rabu . Banyak juga lah gerai-gerai yang dibuka . Pasar malam kat tempat aku ni kecil saja , lagipun penduduk di Bidor ini tak lah ramai sangat . Selalu kalau aku pusing pasar malam , aku akan pusing tiga kali , kali pertama aku tengok-tengok dulu , kali kedua aku tengok-tengok harganya pula , kali ketiga baru decide nak beli kat gerai mana pujaan hati :)



Yang aku nak cerita kat sini mengenai orang yang berniaga di pasar malam tersebut , bukan semua , adalah seorang dua yang aku rasa perlu masuk kursus mesra melayan pelanggan . Aku rasa bukan meletihkan pun menghulurkan senyuman pada orang yang datang membeli di gerai kita , ini dengan muka masam mencuka , adui hilang mood rasanya . Selalunya ini melibatkan anak-anak tuan gerai yang membantu . Tak tahu la kalau dia dipaksa oleh tuan gerai ke ape , masam saja mukanya . Kalau senyum bukankah lebih manis ? Tahu tak ini juga boleh mempengaruhi kehadiran pelanggan kat gerai korang tau.



Lagi satu aku perhatikan sesetengah peniaga ni hanya melayan orang dewasa sahaja dengan ramah , kalau budak-budak remaja yang datang membeli , buat tak kisah sahaja , kami pun bayar juga . Err . emo sangat ke aku ni ? hehee . ok stop sekarang :)

Wednesday, October 20, 2010

TERIMA KASIH BEN ASHAARI :)


klik utk lebih jelas :)
Semalam aku off awal sebab nak study sejarah . Maka , aku tak tahu la kewujudan entri ini . Tadi balik sekolah , akak aku kata ramai visit blog aku , ucap tahniah sebab jadi blog pilihan Ben Ashaari . Aku tak tahu pun dulu abg Ben ada buat segmen ni sebab aku pun baru je lagi dalam dunia blog ni . Pastu aku check2 entri , aku klik kat sini , memang tak sangka aku jadi pilihan :)

Aku memang suka berkunjung ke blog BA ni sampai akak dan abg aku kata aku suka kat encik BA ni . hehe :) lagipun abg BA ni rajin update post-post yang sangat menarik :)

Agak mengejutkan juga page view aku semalam , 19 10 2010 dalam sejarah . Haha 
Aku juga berharap satu hari nanti blog aku boleh jadi macam blog BA ni :)

Terima Kasih Ben Ashaari :)

Tuesday, October 19, 2010

SEORANG BERSALAH SEMUA KENA TEMPIAS

gambar hiasan :)




Hai . Korang pernah dengar tak kerana nila setitik rosak susu sebelanga ? Tak kan tak pernah kan ? Maksud peribahasa ini ialah kerana kesilapan, kecacatan atau kejahatan sesuatu yang kecil, habis seluruh keluarga, kumpulan, atau organisasi akan dipandang silap, cacat atau jahat. Hari ini aku nak kongsi pendapat mengenainya .

Kalau putus cinta , kerana ditinggalkan oleh seorang lelaki , org yg ditinggalkan itu akan menganggap bahawa semua lelaki/perempuan itu sama . Hanya tahu menyakitkan hati orang , sedangkan yang berbuat salah pada dia hanya seorang saja . Oleh kerana salah seorang individu , patutkah kita menghukum orang lain yang tidak bersalah ? 

Kalau dalam surat khabar , keluar berita pasangan ditangkap khalwat . Perempuan yang ditangkap khalwat itu bertudung , haa mula lah sesetengah orang akan cakap "Pakai tudung tapi perangai teruk , baik tak payah pakai tudung , orang tak pakai tudung lagi elok perangainya " Ha tak boleh la kalau kita berpendapat macam tu sebab bukan semua perempuan bertudung buat perkara macam tu , cuma ada segelintir yang sudah hanyut dengan godaan syaitan saja yang buat demikian .

Sama la kalau di sekolah ada murid yang menyalahi peraturan , ditangkap polis . Aku yakin tentu ramai yang terlintas di fikiran untuk kata , "Apalah cikgu sekolah itu , tak pandai ajar murid ke sampai buat perangai macam tu . " Bukan setakat nama baik ibu bapa murid itu tercalar , nama baik guru , sekolah serta murid-murid lain di sekolah itu turut tercalar . 

Orang memang suka bercerita perkara-perkara yang macam ni , jadi kita kena bijak lah . Jangan lah sebab seorang buat salah , kita nak hukum kesemuanya kan ? 

Monday, October 18, 2010

PEREMPUAN TINGGI VS PEREMPUAN RENDAH

Entry kali ini aku nak tanya pendapat bloggers tentang ketinggian perempuan .. .Pada pendapat aku , kelebihan la kalau sesorang perempuan tu tinggi sebab perempuan yang tinggi ni nampak cantik . Dengan kaki yang panjang , memang nampak sempurna la . Tapi tak ke pelik kalau tinggi sangat macam ni ?

tinggi betul kan :)

Aku rasa kalau perempuan tinggi nya dalam 165-170 cm tu kira ideal la . Memang lawa la pada mata aku . Tak tahu la pendapat korang macam mana pula ya . Perempuan yang tinggi ni nampak matang saja , tak nampak kebudak-budakan pun ..
perfect !

Bagaimana pula dengan perempuan yang rendah ? Atau selalu orang gelar kecil molek ? Juga mempunyai kelebihannya . Sentiasa nampak muda berbanding usia sebenar dia . Kalau dia tergedik-gedik sikit pun orang boleh maafkan kot sebab nampak cute sangat kan :)

Sari Yanti dah bergelar ibu tapi nampak macam  sebaya aku je :)

aku (154 cm) nak jugak enterframe :p

p/s : tinggi aku 154 cm umur 17 tahun . korang lak ? meh la share :)

Sunday, October 17, 2010

MASALAH ! MASALAH !


Tumpuan terganggu ketika peperiksaan ? Sukar fokus pada soalan yang mahu dijawab ? Mari kita tinjau perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ketika peperiksaan sedang berlangsung .

1.KESIHATAN TERGANGGU
Aduh masalah . time exam ni lah demam , selsema , batuk . Memang susah nak fokus kalau berlaku masalah kesihatan macam ni , yelah kepala pening , tambah-tambah pula ketika itu subjek yang dianggap membunuh . Silap-silap boleh bertambah parah demamnya :) Oleh itu , kita hendaklah jaga kesihatan ya kawan-kawan

2.SAKIT PERUT
Ini pun satu lagi masalah . Memang cobaan . Tambah-tambah pula sakit yang memerlukan kita pergi ke tandas . Sudahlah satu saat di dewan peperiksaan sangat berharga , kita pula terpaksa keluar untuk ke tandas , tapi kalau tak pergi nanti , terlepas di situ . Haaa lagi teruk nanti :)  

3.CALON DI SEBELAH SUDAH SIAP
Duduk di sebelah calon yang pandai , Cepat saja dia siap . Mulalah kita menggelabah , nak juga siap sama . Tapi dia siap semua betul , kalau kita siap , banyak yang salah pula nanti , jadi lebih baik kita relaks dan jangan menggelabah , jawab seperti biasa . 

4.CALON DI SEBELAH TIDUR
Aku cukup tidak suka kalau tengah jawab exam , orang sebelah aku boleh pula buat peta dunia .. Aiyaaa .. Memang terganggu fokus . Kalau boleh nak semua orang sama-sama berusaha menjawabnya walaupun sesukar mana pun soalannya :)

5.PEN HABIS DAKWAT / DAKWAT TERSEKAT
Bertambah haru-biru ketika menjawab Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang memerlukan kita menulis sehingga beberapa muka surat . Lebih baik kita bersedia dengan lebih awal , dengan menyediakan beberapa batang pen lain . Tak da lah kita menggelabah nanti

6.GEMENTAR
Sampai menggigil jari ketika menjawab exam . Haa . Jangan sampai jadi macam ini ya . Tarik nafas dalam-dalam . Kalau gementar sangat apa pun tak jadi nanti . Daripada boleh jawab , lupa semua :)

P/S : Kawan-kawan ada perkara lain yang tidak disukai ketika sedang exam ? Kot-kot ada tinggalkanlah komen :)
Related Posts with Thumbnails