Wednesday, October 13, 2010

5 SEN : BOLEH BELI NASI LEMAK

ma ( panggilan aku dan adik-beradik lain untuk emak aku) selalu cerita tentang betapa murahnya barang-barang atau makanan ketika ma masih muda .. lebih-lebih lagi masa ma menghulurkan wang saku kepada aku mesti ma akan cakap yang wang yg ma bagi banyak sebab dulu-dulu ma belanja sekola sepuluh sen sahaja..tahu apa yang ma boleh beli ?

5 sen yang sgt berharga dahulu

nasi lemak dan air segelas . aku tanya berapa harganya ? ma aku cakap , nasi lemak sepinggan 5 sen , air segelas pun 5 sen . lalu aku pun berfikir kalau sekarang harga masih macam tu kan best . haha . pergi sekolah bawa belanja sepuluh sen saja perut da kenyang . ma aku kata nasinya banyak , tak macam sekarang .. yelah dulu dan kini memang byk bezanya

kalau sekarang , bawa sepuluh sen , tak da apa yang boleh dibeli .. kuih sebiji pun 20 atau 30 sen . nasi lemak pula 50 sen .. tu kat sekolah aku , kat tempat lain tak tahu la kalau-kalau ada yang masih jual 10 sen. rugi kot :)

selain itu , ma cukup pantang kalau dia tengah menyapu sampah , tersapu duit sekali (selalunya duit syiling 10 sen dan 20 sen) maka , ma akan membuka mulut dan berkata :
"duit nie bersepah merata-rata . kalau tak ada duit sepuluh sen , x boleh nya duit jadi banyak "

ayat macam ni memang selalu kami adik beradik dengar .. tapi ma cakap benda yang betul . bukan susah nak dapat duit . bila dapat , kita letak merata-rata . memang patut la ma marah .. sekarang agak lama juga tak dengar ma cakap pasal ini kerana kami sudah lebih menghargai duit walaupun 10 sen :)

mari menyimpan wang :)

p/s : sekarang lebih menghargai wang , terjumpa aje kt dalam rumah cepat-cepat kutip masuk laci  :)

5 comments:

Kalamhati said...

bagus zila ni..=)

Nur Azila Ismail said...

hehe .. mencuba menjadi lebih bagus :)

azhar said...

kat penang kalau bulan puasa ade jual kuih 10 sen(sekupang)...hahaha

NySs MaiRa said...

haha.. letak la duit merata..akak jumpe terus masuk tabung.. :p

Nur Azila Ismail said...

azhar : ye ke . wahh best tu


adik : yaaasy sudah berjaga2 .. haha

Related Posts with Thumbnails