Saturday, October 30, 2010

ADEGAN-ADEGAN DALAM DRAMA/FILEM

Google :)
Korang biasa tengok drama / filem tak ? Korang perasan tak kebanyakan ceritanya mesti ada scene yang kadang-kadang kita boleh tahu apa bakal terjadi selepas itu , tanpa perlu menontonnya . Antara yang aku sempat perasan ialah :


BERHENTI SEMASA LAMPU ISYARAT MERAH
Masa ni , si pelakon akan memberhentikan keretanya , lalu dia teringat masa lalu ketika bercanda mesra dengan kekasihnya  , selepas beberapa ketika , kereta-kereta di belakang membunyikan hon .  Pelakon tersebut terkejut sambil memandang belakang dan terkial-kial untuk meneruskan perjalanan . HEHE


SELEPAS DIPERKOSA
Si pelakon tersedar kerana bajunya terkoyak atau tiada seurat benang . Dia menangis teresak-esak dan apabila pulang ke rumah , dia akan bergegas ke bilik air dan mandi menggunakan shower . Dia akan menangis sambil duduk ketika mandi . 


PURA-PURA BAIK
Pelakon A akan pura-pura baik depan pelakon B , dengan muka yang naif , die menangis . Pelakon B akan rasa kasihan dengan dia dan memeluk pelakon A , ketika berpelukan pelakon A tadi akan membuat muka jahat . HAHA ni selalu aku tengok dalam sinetron Indonesia


CAKAP DALAM HATI SAMBIL SENYUM SINIS
Ketika pelakon B mengalihkan pandangan ke tempat lain , pelakon A akan bercakap dalam hati dan tersenyum sinis . Ini pun aku selalu tengok dalam sinetron Indonesia . Hehe


BF / GF KENALKAN KAWAN 
Hajat supaya dapat berkawan sekali dengan kawannya. Tapi alih-alih terpikat la pulak . Hehe . Nasib badan .


TERPEGANG TANGAN MASA KUTIP BUKU YANG JATUH
Tengah laju berjalan tiba-tiba terlanggar orang , dia pun tolong la angkat , masa tergesa-gesa tu terpegang tangan la plak . Lepas tu masing-masing pandang sama sendiri . Hehe



p/s : Ada adegan lain tak ? Mai la tambah kt ruangan comment . :)

20 comments:

Mohamad Adib said...

tu x masuk lg hindustan..hero dibelasah gengster2 boleh lawan lagi tp bila heroin dtg wktu tu plak nak pengsan ats peha heroin..hehehe

Nur Azila Ismail said...

adib : tawu x pe . same je kan

Sarah-rah-rah said...

Haa betul betul , tak sah kalau takda adegan2 ni :DD

Nur Azila Ismail said...

hihi :) tawu x pe . sgt klise

Pencacai Alim said...

citer indon walapon dh tau kesudahan, tapi bijak paku org duk tonton

Ainismaira said...

menangis dlm hujan :P

Nur Azila Ismail said...

pencacai alim : btul tu . setuju sgt :)

Nur Azila Ismail said...

ha.ah adik . hehee :)

one2paii said...

tuh lum masuk cihter tahmil..mula2 ckit nya bencii..pastuh lamo2 punya la bnyk sayang die..rindu2 la bagai..jumpa menari la..halangan kuarga la..berdesyum-desyum siap..hai la

one2paii said...

lagi 1 perasan x bila adengan citer2 gangster jerk mesti guna pistol..nape gangster2 skang x lawan pakai pen ke..pembaris ke..kan kan

Tomato Gurl's Life said...

mesti 1st cerita heroin akan benci hero..pas2 hero akn usaha jgk...bl 2-2 dah suka..cinta terhalang plk..boleh agak..huhu

nas said...

setuju sangat la ngan semua point2 tue..lagi2 tengok citer indon yang buat senyum sinis bila buat jahat..kekeke...kalau citer hindustan,bila nak ader lagu,mesti sebelum tue diorang tengah berangan atau happy2 :)


latest entri:

widget yang wajib,harus serta tak perlu ada dalam blog

kerangRebus said...

bab tpegang masa amek buku jatuh tu..memang hangin nengoknye..reality rase cam xpenah jadi pon kat ak..ahaha..jtuh kutip sdiri..kalau tlggar lagi kene maki..haha

Encik Psychopath said...

adengan selepas diperkosa dengan terpegang tangan time kutip buku sgt familiar.

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

hahaha...Paling best nakal rasa babak diperkosa..bkn apa kecian tgk keadaan mangsa..dh mcm hidup tak bermakna..hehe
Bahaya juga kesan selepas di perkosa kan..walaupun hanya lakonan
peaceeeeeeeeee

alkisah69 said...

firstly..best betul blog nie...aku suka..

kalau lah kawan perasan...
kalau gambaq melayu atau drama...
mesti ada scene makan.... makan pagi ker?tengah hari ker ....malam ker? gerenti ada punya...?

kalau gambaq indonesia atau sinetron mesti ada scene dekat hospital...dalam hospital..mesti la ada kena mengena dengan hospital....
aku pon x tahu apalah yang best dekat hospital...mungkin nak kasi kita nangis kot masa scene dekat hospital....

tuan punya blog sila masok blog kisah....

cekotet . said...

kalau rajin berlayar di internet cekotet ada resepinya . sambil belayar sambil buat income extra .

Amy Syaquena said...

salam..

akhirnya sempat juga singgah sini..adik sihat ke?? biasa la kalau x de adegan macam tue memang x sah hehehe..

nur said...

meredah di sini
ALL IN ONE

kalau sakit/mati mesti sebab jantung/kanser otak..

IN said...

Tak kesampaian:
si dia nak mati, nak cakap sesuatu dan..tak sempat..aduh~

Zoom:
Zoom in ke zoom out, banyak kat sinetron..

Hujan:
Tak sekata kat semua kawasan sebab guna pili bomba..hihi

Kaya:
Mesti pak mak datin ada anak yang cantik dan hensem serupa selebriti.

Peluk:
Babak peluk berlaku, tapi orang sekeliling mcm xkesah..xde ke yg nak mik gambar post kat blog?

cukuplah..kan jadi satu entri..kesian adik :)

Related Posts with Thumbnails