Saturday, October 16, 2010

BERLEPAK TAK INGAT DUNIA

ma ayah kita :)


Dalam dunia ini aku rasa semua ibu bapa mahu anaknya sentiasa selamat . Jangan musnahkan kepercayaan yang telah ibu bapa kita beri ..


waktu malam


Hari ini aku nak bercerita tentang anak gadis keluar malam . Aku memang tak lah keluar malam . Cuma tahun ini terpaksa keluar malam sebab ada kelas tuisyen dari pukul 8 - 10 malam .. Waktu itu aku tengok di pekan , di kedai-kedai makan masih ramai orang duduk berlepak , sedangkan aku rasa sudah lewat untuk mereka berbuat demikian .


Aku nak buat seperti mereka ? Siap sedialah memasang telinga mendengar nasihat daripada keluarga .. Hal-hal seperti ini amat diambil berat di rumah kerana tidak manis perempuan keluar malam . Apatah lagi adik beradik aku hanya seorang lelaki dan enam perempuan . Maka , kami memang tidak keluar pada waktu malam atas alasan untuk berlepak . Esok kan masih ada ? :)


Biasalah gelora remaja , ingin mencuba sesuatu yang baru , lebih-lebih lagi jika sudah memiliki kenderaan sendiri seperti motosikal atau kereta , semua tempat mahu dijelajah .. Hari ini rancang ke tempat A , hari ini rancang ke tempat B .


Aku harap tiada berlaku penipuan sekiranya meminta izin untuk keluar daripada rumah .. Jangan gunakan alasan study group , tuisyen atau mencanang nama rakan kononnya anda keluar bersamanya sedangkan rakan itu tidak tahu menahu langsung . Jangan salah guna kepercayaan yang telah ibu bapa beri kepada kita . Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada kita . Tambah-tambah lagi kepada kita yang bakal berdepan SPM atau peperiksaan lain .


Fikir-fikirkanlah , keseronokan dunia hanya sementara , jangan sampai terleka dengannya .. Di usia 17 tahun , aku ada misi yang lebih penting :)

10 comments:

mR.sYaH said...

bagus.. perempuan xelok keluar pada waktu malam.. sekarang mcm2 kes boleh berlaku..

Ainismaira said...

kamu keluar balik maghrib pon ma dah marah.. ada brani ke nak kluar malam.. haha..tapi jgn mase kat rumah je k.. kalau boleh nanti dah masuk u atau keje pun jgn la suke kluar malam ye.. bahaya..

Jejaka Terhangat said...

kalau smbung belajar kat universiti ni pon kena ingat tu..jgn keluar lewat malam..

masalah sosial skrg ni smkin teruk sbb student ipt gak..mntang2 dok jauh dari family, kluar smpai tgh malam pon tak balik2 lagi..

kluar mlm ni lg bnyk keburukan dari kebaikan. so, elok la jauhkan kan? :)

p/s: mmg penulisan dah nampak lebih kemas..nice one cik Azila..bleh jadi top blogger cmni. hehe..

nas said...

nice2...
erm....
kita kenelah hati2..
lagi2 perempuan..
mmg bahaya menanti di luar sana..
ramai 'buaya' diluar..
aku actually amat jarang kuar malam..
mcm pompuan lak..
bukan aper,maybe telah terdidik cm2...
so xpernah la g clubbing...

Kalamhati said...

bagus kalau zila pk cemtu..alhamdulillah..=)

d_tieah said...

Umur 17 tahun misi untuk score A Spm lah..
So, gud luck untuk awk..

azzey said...

Nur Azila: mmg x selamat kalu menipu ibubapa ni....

Nur Azila Ismail said...

mr shah : taw x pe . kena pandai jaga diri


adik : haha . ampun2


JT : TQ bg ulasan :)


nas : bgus juga kalau lelaki pun macam tu


kak kalam : alhamdulillah :)


d teah : tq very much :)


azzey : tawu x pe .. henti-hentikanlahh

Amy Syaquena said...

salam..

alhamdulillah.. baguslah kalau zila fikir macam tue..x de la kuarga wisau kan..

Nur Azila Ismail said...

wsalam kak . yelah kite perempuan kan :)

Related Posts with Thumbnails