Monday, October 4, 2010

BILA ORG CERITA TENTANG KAMPUNG

aku duduk perak..kampung kat kelantan..org kata tak de la jauh mana.tapi bagi aku yang x biasa berjalan jauh,kampung aku terasa sangat jauh..kalau nak balik kejap2 tu mmg tak lah..aku mmg jarang2 dapat balik kampung..seumur hidup aku,boleh kira dengan jari berapa kali jer aku balik kampung..


aku mmg x rapat langsung dengan sedara,sepupu2..mana ada sembang2 mcm korang..kalau balik kampung pun wat hal sendiri..mak sedara tanya sepatah,sepatah la aku jawab..tambah plak aku tak berapa faham kalau diorang cakap dialek kelate..memang ternganga la aku..yelah selama ni aku bercakap takde langsung bunyi kelantan cuma kadang2 ada jugak la mencuba dgn kawan2 sampai aku sendiri nak gelak dengan bunyinya..dulu-dulu banyak yang aku tak paham,sekarang kira ok la,kat sana tembikai dipanggil timun..pelik la juga mula2 mak sedara panggil makan timun,,aku ingat timun sayur tu..dan macam2 lagi la


aku suka bila dapat balik sana..memang la tak maju sangat tapi best la..mungkin sebab aku jarang2 dapat pergi sana..aku suka org kelantan yg kebanyakannya sopan santun bila bercakap..yg perempuannya kebanyakannya berkulit putih melepak..cantik sangat..bila bercakap teratur saja..sepupu-sepupu aku kat sana memang nampak berbeza la dari kami adik beradik dari pelbagai bahagian..


kalau aku balik kampung,memang susah la nak jumpa minuman berais kat rumah mak sedara.selalu memang akan dihidangkan air teh..hoh x tahan gak tiap kali minum air teh,kadang-kadang bila panas teringin nak minum yg berais


dari kedua2 belah keluarga ma n abah aku , hanya tinggal mak ayah aku yg masih hidup.kami panggil mak ayah tu mok..umurnya dah lebih 80 tahun. alhamdulillah masih sihat walafiat.. atuk n nenek belah ma , aku sendiri lupa sama ada pernah jumpa ke tak ,, hehe . teruk kan aku ? tu pun x ingat..orang kata best bermanja dengan atuk nenek,tapi aku tak pernah rase, teringin gak tapi nak wat macam mana, tak sempat..kalau aku balik,tok ayah mesti cium pipi kitorg,tapi sekarang tok ayah da meninggal,tak dapat da :(


nape aku jarang balik kampung?dulu keluarga aku boleh dikatakan susah la.adik beradik 7 orang,nak tanggung belajar lagi,kereta pun tak ada dulu..nak pergi konvo abang kakak dulu pun kena mintak tolong jiran,sekarang alhamdulillah,4 daripada 7 da bekerjaya..sedikit sebanyak ringan beban ma n abah dengan bantuan abang dan kakak2..nak membazir memang jauh sekali la,lagi2 ma memang akan berjimat semampu yang boleh..duit sangat berharga kan..mana boleh guna untuk yang tak penting..


kesimpulannya,aku rindu nak balik kampung..tapi yang paling tak tahan,asal balik kampung jer mesti muntah..haha..aku mmg x leh berjalan jauh,makan la ubat apa pun,tak da kesan pada aku..harap satu hari nanti kami sekeluarga dapat pulang ke kampung lagi dengan bilangan ahli keluarga yg semakin bertambah..

p/s:semoga rezeki keluarga kami terus murah .
semoga abang dan kakak2 cepat bertemu jodoh.
amin :)

6 comments:

Kie-yu said...

perak ke kelantan pun lebih stgh ari gak travel kan?

nulhazwany abdul malik said...

meh balik kg aku..
15 minit. tak muntah dijamin.

balik kenyang ! pasti !

ais tak pernah abeh stok..hee

Nur Azila Ismail said...

kie yu : dalam 6 jam 7 jam mcm tu la..kalo x de brenti rehat..


wany : bawalah daku pergi . ahhaha

Kalamhati said...

ada kampung kt kelate gak dia..hehe

A I N I S M A I R A said...

mmg la xingat.. mmg ko xpenah jmpe atok n nenek belah ma.. sebab nenek belah ma meninggal mase akak baby ag.. huhu.. atok lak sebelum tu lg dah meninggal..

Nur Azila Ismail said...

akak : ada , belah mak n ayah dua2 kt kelate


adik : ye ke . heheh . bru tawu nie

Related Posts with Thumbnails