Saturday, October 23, 2010

KEMALANGAN NGERI DI BIDOR

Setiap yang hidup pasti akan mati . Malang tidak berbau . Kalau sudah ajal , dia tetap akan pergi menghadap Ilahi walau dengan apa cara sekalipun .


keratan akhbar harian metro hari ni (klik untuk lebih jelas)


Entri kali ini menceritakan kisah semalam 22 Oktober 2010 , dalam pukul 2 pagi , seorang teman mengirim SMS mengatakan seorang rakan kami sudah tiada dan kejadian berlaku dalam pukul 12 tengah malam . Siapa yang tidak terkejut jika menerima berita sedemikian , arwah ialah Mohd Azmin bin Abdul Rahim atau lebih mesra disapa dengan nama Omen . Kami pernah belajar di satu kelas yang sama semasa di sekolah rendah dan belajar di sekolah menengah yang sama namun berlainan kelas .Berikut antara gambar lokasi kemalangan berlaku .

lokasi kemalangan di Simpang Tiga , Bidor

lori yang terbalik

arwah dihimpap batu konkrit ini

Kemalangan ini dikatakan berpunca daripada lori yang telah melanggar sebuah lagi lori . Ketika itu arwah memberhentikan motosikal kerana lampu isyarat merah , lori tersebut terbalik lalu melanggar lampu isyarat dan batu konkrit tersebut telah menghempap arwah . 

Pagi semalam kami telah berkunjung ke rumah arwah untuk melihat jenazah buat kali terakhir . Kami masih rasa tidak percaya yang kawan kami sudah tiada lagi . Ketika kami menghitung hari untuk menghadapi SPM , kami menerima berita ini tepat sebulan sebelum peperiksaan SPM . 

Setiap kali lalu di lokasi tersebut , aku pasti akan teringat kejadian ini . Aku mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat . Amin

p/s : marilah kita sedekahkan al-fatihah untuk arwah .



Photobucket

14 comments:

Amy Syaquena said...

salam...

pity to hear that anyway salam takziah buat keluarga si mangsa.. semoga ronya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman amin...

al fatihah

Nur Azila Ismail said...

@Amy Syaquena
ye kak . sy pun doa yang sama

Faiz Tapit said...

Innalillah....
bwak bersabar key....
al-fatihah

nulhazwany abdul malik said...

huhu sedih2

al-fatihah

munna said...

Al-Fatihah... ajal dan maut di tangan tuhan.. kadang2 kita dah berhati-hati orang lain pulak yg punya pasal .. kita yang ditimpa musibah

Nur Azila Ismail said...

@Faiz Tapit
YUP . huhu

Nur Azila Ismail said...

@nulhazwany abdul malik
taw x pe wany . sgt sedih

Nur Azila Ismail said...

@munna
sudah tersurat begitu kan kak :(

Scya LollitA said...

innalillah .
stiap yg idup pasti akan mati .
bnyak2 an ibadah (:

one2paii said...

innalillah..moga2 dijauhkan kepada kita yg hidup ini..dan dipermudahkan la roh keluar di saat kematian..sama2 la kita berdoa untuk arwah

Ainismaira said...

Al-Fatihah.. same2 doakan rohnya tenang bersemadi..

titirara said...

Al-Fatihah :'(

nas said...

al-fatihah...sedih la dengar berita budak2 muda meninggal dlm usia muda...so sad :(


latest entri:

dara gersang

Amyna said...

Ya Allah.. terkejut dengar berita nih. Al-fatihah untuk Arwah Omen.

Moga beliau tenang di sana & ditempat di kalangan hamba2 yang soleh.. InsyaAllah ^_^

Related Posts with Thumbnails