Sunday, October 17, 2010

MASALAH ! MASALAH !


Tumpuan terganggu ketika peperiksaan ? Sukar fokus pada soalan yang mahu dijawab ? Mari kita tinjau perkara-perkara yang boleh mengganggu konsentrasi ketika peperiksaan sedang berlangsung .

1.KESIHATAN TERGANGGU
Aduh masalah . time exam ni lah demam , selsema , batuk . Memang susah nak fokus kalau berlaku masalah kesihatan macam ni , yelah kepala pening , tambah-tambah pula ketika itu subjek yang dianggap membunuh . Silap-silap boleh bertambah parah demamnya :) Oleh itu , kita hendaklah jaga kesihatan ya kawan-kawan

2.SAKIT PERUT
Ini pun satu lagi masalah . Memang cobaan . Tambah-tambah pula sakit yang memerlukan kita pergi ke tandas . Sudahlah satu saat di dewan peperiksaan sangat berharga , kita pula terpaksa keluar untuk ke tandas , tapi kalau tak pergi nanti , terlepas di situ . Haaa lagi teruk nanti :)  

3.CALON DI SEBELAH SUDAH SIAP
Duduk di sebelah calon yang pandai , Cepat saja dia siap . Mulalah kita menggelabah , nak juga siap sama . Tapi dia siap semua betul , kalau kita siap , banyak yang salah pula nanti , jadi lebih baik kita relaks dan jangan menggelabah , jawab seperti biasa . 

4.CALON DI SEBELAH TIDUR
Aku cukup tidak suka kalau tengah jawab exam , orang sebelah aku boleh pula buat peta dunia .. Aiyaaa .. Memang terganggu fokus . Kalau boleh nak semua orang sama-sama berusaha menjawabnya walaupun sesukar mana pun soalannya :)

5.PEN HABIS DAKWAT / DAKWAT TERSEKAT
Bertambah haru-biru ketika menjawab Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris yang memerlukan kita menulis sehingga beberapa muka surat . Lebih baik kita bersedia dengan lebih awal , dengan menyediakan beberapa batang pen lain . Tak da lah kita menggelabah nanti

6.GEMENTAR
Sampai menggigil jari ketika menjawab exam . Haa . Jangan sampai jadi macam ini ya . Tarik nafas dalam-dalam . Kalau gementar sangat apa pun tak jadi nanti . Daripada boleh jawab , lupa semua :)

P/S : Kawan-kawan ada perkara lain yang tidak disukai ketika sedang exam ? Kot-kot ada tinggalkanlah komen :)

16 comments:

kobEj0rdan~ said...

ade lagi satu,awek yang kite admireduk sebelah.haha:P

Nur Azila Ismail said...

hehe . pandang sebelah saja nanti ek. haha

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

nakal cool jer jwb exam..hhehehe

Nur Azila Ismail said...

pandai x pe laa

saya_arief said...

nombor 2 tu selalu jadi..
;p

Ainismaira said...

perenggan pertama macam iklan tv.. dapatkan jus tok guru.. keh2

one2paii said...

ado..ado..gua adoo..waktuh gua nak meniru tp xdapat..sebab awek sebelah jeling dengan hebat2nya kt gua..terkesima la gua sebab terpikir..kacak sgt ke gua beliau pandang2 gua ngn lirikan yang tajam..padahal niat gua nk tiru jerk

mR.sYaH said...

semua tu berlaku..

tp plg xbest..

org sebelah punya jawapan punyalah panjang tapi jawapan aku pendek jer.. hehe.. hilang terus fokusnya..

Nur Azila Ismail said...

arief : cepat2 g toilet taw :p


adik : sebotol rm 5 :p


2pai : haha . lawak2 , tak dapat la tiru ek ? kihkih


syah : same la kite . intai jawapan kawan panjang aje . hehee

Notami said...

org yg sblah u kdg2 bukan siap awal..tp xtau nak tulis ape..haha

d_tieah said...

Nsb baik dah lepas semua exam besar kat sekolah..
Haha..
Selalunye, akn rasa neves je la..

Nur Azila Ismail said...

notami : haha . mungkin jugak tu kan ..

d tieah : neves tu mmg x leh ilang . hee

Sarah-rah-rah said...

hehe ttibe selsema , hidung berair :P nasib baik pmr dah lepas . hehe :D

Nur Azila Ismail said...

haha .. mmg anda bernasib baik :)

budak_nakal said...

haha dulu masa exam selalu je tido.. rasa diri hebat tido last2 minit dlm 1 jam lagi tinggal baru buat exam..wakaka

Nur Azila Ismail said...

haha , mmg nakal :p

Related Posts with Thumbnails