Wednesday, October 27, 2010

SELAGI MULUT MANUSIA TERUS BERBICARA


Kadang-kadang aku betul-betul rasa tak mengerti dengan apa yang terjadi . Masalah dengan rakan sebaya tak pernah berhenti . Selesai satu salah faham , timbul salah faham lain . Mengapa terjadi ? Aku sendiri masih mencari jawapannya . Salahkah jika menghulurkan tangan untuk bersahabat ? Kebaikan sering disalah erti . Jika lain yang kita ucapkan , lain pula yang sampai di telinga orang lain . Mulut manusia bercerita tanpa henti , segala fakta diputar-belit . Bila mahu berubah ?

Inilah dugaan ketika di bangku sekolah . Setiap pelajar ada kumpulannya sendiri , jika dulu boleh sahaja berteman  dengan semua , namun apabila umur semakin meningkat dan menjadi senior di sekolah , masing-masing punya ego tersendiri . Budak kelas pandai dikatakan sombong ? Budak pandai tak bercampur dengan pelajar kelas lain ? Semua bagi mereka budak pandai yang salah .

Semua bermula dari mulut , apa yang diucap kadangkala bisa mengguris hati , apa yang diucap kadangkala bisa membangkitkan amarah . Bagi aku , kita hanya perlu bersabar . Tidak perlu mengeruhkan keadaan dengan bertikam lidah sesama sendiri . Itu hanya akan memburukkan keadaan dan membangkitkan bibit-bibit permusuhan sesama sendiri . Mungkin di usia 17 tahun belum cukup matang bagi kita untuk mengatasi masalah seperti ini . Mencebik bibir tanda tidak puas hati sesama sendiri . 

Ingatlah dahulu kita pernah bersama atas sebuah ikatan persahabatan yang murni , kini segalanya berubah . Ya , itu dunia kalian dan bukan dunia aku . Tapi kita pernah bersahabat baik satu ketika dahulu ,bukan satu dua hari tetapi bertahun-tahun , malah ada yang sejak di sekolah rendah . Kita sama-sama mengenal ABC dan mengira 123 . Mungkin masalah ini tiada titik nokhtah . 

Selagi mulut manusia terus berbicara , 
Selagi mulut manusia terus mengadu domba , 
Selagi mulut manusia terus mengucapkan kata dusta , 
Selagi itu kita akan terus begini dan jalan terbaik mungkin perpisahan selepas SPM kelak 
Kita corak sendiri masa depan mengikut acuan kita
Dan ketika itu tiada lagi bayang-bayang aku mengganggu hidup kalian :)


Photobucket

20 comments:

Siti Mashitah Saidin said...

btoi2... heran gak kan.. kenapa la nak brgado2... slalu wat kita kecik ati~

Nur Azila Ismail said...

@Siti Mashitah Saidin

syaitan berjaya memainkan peranannya . :(

Amy Syaquena said...

betoi2 , pelik bin ajaib betul kenapa la perlu bergaduh2..

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

hairan sungguh..nape harus bergaduh..uhuhu

Nur Azila Ismail said...

@Amy Syaquena
lumrah manusia gaknya . suka sgt berpecah belah

Kalamhati said...

Selagi ada makhluk yang bernama 'manusia'..selagi itulah hasad dengki, adu domba..itulah hukum dunia ziela..utk kita lawan arus negatif dan nafsu jahat yang syaitan dalam nadi dan jiwa kita..

Sabar ye..yg penting tetapkan arah..rancang masa depan ziela sebaiknya..sahabat yang paling setia adalah family kita sebenarnya..yg ada setiap waktu dgn kita..=)

Nur Azila Ismail said...

@Kalamhati
tq akak :) family adalah segalanya

BEN ASHAARI said...

dia tak nak ,ramai lagi nak berkawan dengan kita .. kalau benar dia itu sahabat sejati , ibarat air..ditetak camana pon , takkan putus ..

kobEj0rdan~ said...

luahan perasaan yer sis?
hurm, rileks yer sis.
mmg ade manusia ygmulut mcm longkang.
beperangai syaiton.

titirara said...

sabar kak jilaaaaaa :(
karangan yg mantoppppp

sobs sobss

eiela said...

manusia nih memang sukar nak diduga. sukar nak dibaca. apa-apa pun jika kita ikhlas dalam persahabatan, insyaallah, ia tak sia-sia, nanti yang mencaci, mengeji tuh akan mencari kita balik.

one2paii said...

tp kalo dipikirkan kan,gadoh2 kecil leh membuatkan kita bertambah rapat..cume kita jerk yg mencorakkan nya.

Ainismaira said...

sabar.. tu kunci utama.. bkawan dgn semua yg nak kawan dgn kita.. buat baik dgn semua orang.. satu hari orang akan sedar jgak..

Ahmad Shafiq Bin Othaman said...

senjata paling tajam dalam dunia tau, patient :) setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

nas said...

inilah mulut orang..macam puaka...suka je nak mengumpat sana sini,mengata,fitnah..isk3

latest entri:

apabila karya photoshop serba tak menjadi!

Aniza said...

syabas dan alhamdulillah. teruskan berfikiran sebegitu dan tabahkan hati menghadapi ujian ini.

Nurul a.k.a Riko said...

Bukan setakat kat sekolah ajer dik...sampailah dah keja...dah kawin...dah ada anak...spesis2 yg ada Phd nie mmg 'never ending story'.

Kadang2 tu...ahkak terpikir...naperlah derang nie so childish. Itulah namanyer manusia...rambut sama hitam..hati lain2. Moga kita dijauhkan dari sifat dengki mendengki dlm hidup kita yer dik.

CT said...

Org 'Phd' letak sudut tepi hati kita...hi3

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Mana2 pun kita pergi sifat iri hati memang ada pd rakan2 di sekeliling kita...jgn ambil peduli benda2 bodoh yang menjatuhkan kita tu ok?

nur said...

kena pilih kawan..

segmen redah
ALL IN ONE

Related Posts with Thumbnails