Tuesday, October 19, 2010

SEORANG BERSALAH SEMUA KENA TEMPIAS

gambar hiasan :)




Hai . Korang pernah dengar tak kerana nila setitik rosak susu sebelanga ? Tak kan tak pernah kan ? Maksud peribahasa ini ialah kerana kesilapan, kecacatan atau kejahatan sesuatu yang kecil, habis seluruh keluarga, kumpulan, atau organisasi akan dipandang silap, cacat atau jahat. Hari ini aku nak kongsi pendapat mengenainya .

Kalau putus cinta , kerana ditinggalkan oleh seorang lelaki , org yg ditinggalkan itu akan menganggap bahawa semua lelaki/perempuan itu sama . Hanya tahu menyakitkan hati orang , sedangkan yang berbuat salah pada dia hanya seorang saja . Oleh kerana salah seorang individu , patutkah kita menghukum orang lain yang tidak bersalah ? 

Kalau dalam surat khabar , keluar berita pasangan ditangkap khalwat . Perempuan yang ditangkap khalwat itu bertudung , haa mula lah sesetengah orang akan cakap "Pakai tudung tapi perangai teruk , baik tak payah pakai tudung , orang tak pakai tudung lagi elok perangainya " Ha tak boleh la kalau kita berpendapat macam tu sebab bukan semua perempuan bertudung buat perkara macam tu , cuma ada segelintir yang sudah hanyut dengan godaan syaitan saja yang buat demikian .

Sama la kalau di sekolah ada murid yang menyalahi peraturan , ditangkap polis . Aku yakin tentu ramai yang terlintas di fikiran untuk kata , "Apalah cikgu sekolah itu , tak pandai ajar murid ke sampai buat perangai macam tu . " Bukan setakat nama baik ibu bapa murid itu tercalar , nama baik guru , sekolah serta murid-murid lain di sekolah itu turut tercalar . 

Orang memang suka bercerita perkara-perkara yang macam ni , jadi kita kena bijak lah . Jangan lah sebab seorang buat salah , kita nak hukum kesemuanya kan ? 

21 comments:

Kalamhati said...

saya sokong cikgu!eh silap!akak sokong pendapat zila!!=B

titirara said...

sokong entry ni ! hihi

Abdul Khaliq b. Nazeri said...

Itulah yang dipanggil stereotyping

Ainismaira said...

biase la tuuu.. sorg kentut busuk sume org ingat kentut tu busuk.. :P

Nur Azila Ismail said...

akak wan : haha ada gaya macam cikgu ek ? hehe


tira : yeah2


khalik : oh tu ek . ok2 :)


adik : err tetibe berbicara soal kentut ye . ehehe

akukah aku said...

btul tu wahai adikku....

nas said...

setuju ngan kamu..cthnyer kalau anak murid buat hal kat sekola,jgn salahkan cikgu jerk..salahkan mak ayah depa,diri sendiri,kawan2 dll..hu2

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam terjah dari ben ashaari....

wah...dipilih sebagai blog pilihan..
kak mencuba teka..tapi salah nama bapa lah...

heheheheh..salam ziarah...adikku.

ZACK ENTRY said...

mulu orang, mana leh tutup..mengata orang, tapi diri sendiri juga melakukan kesilapan..



nice entry..=)

Anem arnamee said...

entri yg cun. selalu demikianlah.

Cik Cyida said...

sometimess.. mmg rasa nak salahkan semua org.. seiyesss ;)

nur said...

automatik kerana nila setitik, satu group buat silap akan diblacklistkan.. kene ubah perkara tu
ALL IN ONE

Nur Azila Ismail said...

@akukah aku : tq kak sebab setuju :)

Nur Azila Ismail said...

@nas : tapi yg paling bersalah diri sendiri kot :)

Nur Azila Ismail said...

@Siti Ruhayu Ab Rahman : hehe kak . terkejut juga sebab dipilih :) anyway tq yaa :)

Nur Azila Ismail said...

@ZACK ENTRY : lebih elok kite cermin diri dulu kan ?

Nur Azila Ismail said...

@Anem arnamee : tq yaa :)

Nur Azila Ismail said...

@Cik Cyida : kite manusia biasa kan . tapi kalo leh elakkan lah :)

Nur Azila Ismail said...

@nur : setuju sgt . x leh lah kena kat semua

Anitadahahs said...

yer betul!
tapi tulah mulut manusia bukan leh ttp, mulut tempayan yang boleh ttp pun orang bukak.hehe

nur said...

meredah di sini
ALL IN ONE

Related Posts with Thumbnails