Tuesday, November 30, 2010

Abah , jaga kesihatan ya


Assalamualaikum semua , jika kawan-kawan mengikuti entri-entri yang lama , saya ada ceritakan tentang abah . Abah aku mempunyai penyakit . Penyakit gout .

Apa itu gout ?
/2009, 1:23 am
Perkataan GOUT diambil dari perkataan LATIN yang membawa maksud SETITIS. Ia merupakan salah 1 bentuk ARTHRITIS yang disebabkan oleh hablur-hablur asid urik yang terkumpul di sendi. penyakit ini selalunya dihidapi oleh kebanyakan lelaki yang berusia 30 tahun ke atas, namun begitu perempuan yg MENOPAUS juga mempunyai risiko, walaupun ianya tidaklah sebesar kaum LELAKI...

Hati siapa yang tidak tersentuh jika melihat abah hanya terbaring di katil ketika gout menyerang . Kadangkala abah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat . Kaki tidak boleh digerakkan . Mahu buang air pun perlu daripada katil kerana sukar untuk ke bilik air . Memang sedih apabila perlu melihat abah menanggung derita .
Abah perlu ke klinik jika gout menyerang , insyaallah boleh pulih seperti sediakala dan itu amat menggembirakan hati kami sekeluarga .

Aku tak biasa melihat abah terbaring lesu di katil . Aku tak biasa melihat abah tidur sepanjang hari . Aku tidak biasa jika seharian tidak mendengar suara abah . Apalagi abah pernah dimasukkan ke hospital . Badan abah semakin susut . Ketika melawat hospital ketika itu , hati kami semua sangat sedih . Selalunya di rumah akan nampak kelibat abah menguruskan halaman rumah , menyiram bunga dan membaja tanaman . Lazimnya , abah jugalah yang menyidai pakaian dan menyapu sampah biarpun mempunyai enam anak gadis . Abah memang seorang yang rajin .

Abah memang seorang yang pendiam . Membuka mulut untuk berbicara hanya pada perkara yang perlu . Penyakit gout yang abah alami memerlukan abah untuk menjaga pemakanannya . Masakan ma juga sekarang tidak lagi seperti dulu kerana perlu memikirkan kesihatan abah . Abah sudah tidak boleh menjamah laksa , mee , makanan laut , sayuran sejuk , ikan bilis , kekacang , pulut dan macam-macam lagi . Sudahlah semua itu memang kegemaran abah . Kasihan abah . Namun untuk kesihatan , abah perlu menjaga pantang dalam pemakanan dan insyaallah gout tidak akan menyerang abah .

Aku harap sangat abah akan lebih menjaga pemakanan demi menjamin kesihatannya . Aku dan keluarga tidak sanggup melihat keperitan yang abah alami ketika sakit . Tidak boleh bergerak sama sekali . La sayang abah :)



Photobucket

SPM : MATHEMATICS dan PENDIDIKAN ISLAM





Assalamualaikum . Hari ini berakhirnya peperiksaan bagi subjek ke 5 iaitu Pend Islam . 5 sudah selesai , ada 5 subjek tambahan lagi iaitu Addmath , Fizik , Kimia , Biologi dan Seni . Huaa . Tak sabar aku menanti 13 Disember jam 5 petang , SPM ku akan berakhir ! yeahh . Hehe

Perkembangan peperiksaan
Berakhir subjek teras , alhamdulillah . Subjek elektif yang sangat mencabar pula akan muncul . Serius , sangat mendebarkan keempat-empat subjek tersebut . Mungkin ada di antara kalian mendapat A dalam subjek-subjek tersebut kan ? Yang pasti Abang Naz dapat A kan ? Hehe

Apa cerita Math dan agama senang tak ?
Hohh . Agak tegang situasi aku rasakan ketika menjawab Matematik Kertas 1 , 1 jam 15 minit tak cukup ! Aku rasa soalan tu susah . Bagi aku la kan . Hee . Namun , terima kasih kepada kertas 2 yang menyelamatkan aku . Hehe . Sampai aku terfikir sejenak , formula mengira cube ! Tak sangka soalan tu yang ditanya . Hehe . Panjang x lebar x tinggi ya kawan-kawan !

Agama pula , hukum tajwid yang tak pernah ustaz ajar . Menganga aku seketika . Hehe . Tapi kena jawab juga la kan . Ada juga beberapa soalan yang aku pernah buat . Syukur . Kalau kita berusaha . kita dapat hasilnya :)

p/s : Subjek sukar bakal menjelma . Wish me luck ! :p

Photobucket

Monday, November 29, 2010

BERANI MATI : BLOG AKU BEST !



Hai semua . Tengok kawan-kawan join segmen ni , aku pun terasa nak join juga lah . Aku rasa blog aku best sebab bila aku baca 7 entri daripada blogger untuk aku ni , terasa best juga rupanya blog aku . Lagi-lagi bila Ben Ashaari buat 2 entri istimewa yang telah menaikkan nama blog aku . Kalau nak baca apa yang mereka kata , aku dah letak link ke entri mereka . Jemput-jemputlah melawat ya . :) Tak lupa juga kawan lain yang komen entri dan hadiahkan kata-kata pujian . Terima kasih banyak-banyak semua .  Aku namakan blog aku sebagai SIMPLESTZIEYLA kerana apa yang aku tulis ringkas namun aku rasa bermakna untuk pembaca . Zieyla pula nama aku :) Harap kawan-kawan mengingati SIMPLESTZIEYLA :)

Kategori Blog
Aku kategorikan blog aku sebagai blog personal . Aku cerita apa sahaja tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan aku serta persekitaran Malaysia . Tak lupa juga tabiat manusia yang aku rasa tak bagus diamalkan .

Usia Blog
Blog ini tercipta pada Jun 2010 , kiranya dah 6 bulan aku dalam dunia blog dengan pengikut seramai 430 kini . Siapa tahu bakal meningkat kan . Kata seseorang ,

.Sebuah blog yang baru saja lahir tapi bakal mempunyai 'peminatnya' tersendiri satu hari nanti 

kata siapa ? Hehe . Rahsia :)

Tujuan Buat Blog
Tujuan aku buat blog untuk berkongsi penulisan aku dengan semua yang datang blog ini . Dengan mempunyai sebuah blog , aku dapat berkongsi segala yang aku rasa tentang apa yang dinamakan kehidupan . Kehidupan yang kadangkala indah dan tidak . Kadangkala penuh warna dan suram :)

Apa yang Bestnya Blog Simplestzieyla ?
Aku rasa siapa yang pernah baca entri aku akan tahu apa yang best di sini . Apa lagi , terjah la entri-entri lama gue . HEHE

Sasaran trafik 
Pernah tinggi aku pernah dapat 600++ , aku nak tahun depan naik jadi beribu . Insyaallah .

Nak join juga tak segmen ni ? Klik SINI



Photobucket

Saturday, November 27, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI

Berminat ? Klik SINI

5 ENTRI BEN ASHAARI YANG SAYA SUKA :

5 ENTRI DI BLOG SAYA :

SELAMAT MEMBACA :)

Photobucket

Award ! Thanks Ainismaira and Cheqqppjoy

award ini daripada cik Chqqppjoy . Tq cik !
Hehe . Kena tag orang , saya nak tag
Ainismaira
Titirara
Hurt Green Apple
Citarasa Rinduan


Thanks to my sister Ainismaira :)

Photobucket

LEBIH RASA JIKA PANJANG

Gambar hiasan . Gf kebanyakan blogger lelaki , Lisa Surihani. Hehe


Entri santai untuk hari ini . Kalau tengok cerita , korang perasan tak ada beberapa teknik digunakan untuk bagi panjang jalan ceritanya . Kadang-kadang kita dah boleh tahu dah :)

1.Hilang ingatan
Terhantuk kat mana-mana lepas tu tak ingat apa-apa . Dialog paling biasa lepas hilang ingatan '' Saya kat mana ni ? Siapa saya ? '' Makan masa juga la nak tunggu dia ingat semuanya semula . :)

2.Bukan anak kandung
Habis itu gue ini anak siapa ? Kasihan sungguh bila menonton cerita-cerita yang dia tahu dia bukan anak kandung mak ayah dia . Mulalah si anak memulakan pencarian mencari keluarga kandungnya .

3.Kemalangan
Lepas kemalangan , watak tersebut dijaga oleh keluarga lain . Selalunya di kawasan kampung la yang aku selalu tengok . Lepas tu jatuh cinta kat orang lain . 

4.Kemunculan watak-watak baru
Selalunya watak antagonis yang mampu menambahkan konflik dalam cerita tersebut . Baru ada rasa sikit kan . Hehe . Muncul lah watak-watak jahat yang mengganggu percintaan , rumah tangga , persahabatan , bisnes dan macam-macam lagi . Korang pun dah sedia maklum kan . Hehe


Pendapat kawan-kawan blogger 


1.from : Akak Kalamhati
Gf / Bf sebenarnya adik beradik 
2.from : Si Gadis Semasa 
Orang kaya kena penyakit
3.from : mr Syah
Perempuan yang baik lemah , perempuan yang jahat kuat
4.from : iqbalhakimi
Orang miskin nak rampas harta orang kaya , orang kaya nak jadi lagi kaya



p/s : Kalau korang ada apa-apa nak tambah , bagitahu kat ruangan komen ya :)


Photobucket

Friday, November 26, 2010

SPM : Tunggu Sekejap

Entri kali ini masih lagi mengenai SPM . Seperti yang kita sedia maklum , kita dibenarkan keluar daripada dewan peperiksaan sekiranya mahu . Tapi bagi aku , apa salahnya jika kita menggunakan baki masa yang tersisa itu untuk menyemak jawapan kita . Bukankah lebih baik ? Mana tahu tiba-tiba dapat idea untuk menulis jawapan . Untungnya diri kita juga .

Aku tak kan bangun meninggalkan dewan selagi masa belum tamat . Aku akan tetap berusaha memenuhi ruangan jawapan tanpa meninggalkan satu ruang kosong sekalipun . Cikgu selalu kata , sekurang-kurangnya kalau kita mencuba , kita masih ada peluang untuk betul dibandingkan jika dibiarkan kosong , sudah tentu kita tidak mendapat apa-apa markah .

Cuba kita fikir , bertahun-tahun kita bersekolah untuk menuntut ilmu sebagai persediaan untuk SPM . Hanya beberapa jam sahaja kita ada untuk menilai apa yang telah kita pelajari selama ini . Gunakanlah waktu yang tersisa untuk menyemak jawapan . Kitalah yang menentukan segalanya .

p/s : Maaf kepada pembaca semua . Entri kebelakangan ini banyak berkaitan dengan peperiksaan . Hehe 

Photobucket

SPOT SPM : Jangan terlalu percaya

Assalamualaikum semua . Hehe . Banyak pula rasanya nak diceritakan . Entri kali ini masih berkait dengan SPM iaitu soalan / tajuk spot . Kadangkala spot boleh membantu kita dan kadangkala akan membunuh kita jika kita terlalu bergantung kepadanya . 

Jika ada antara rakan-rakan yang melawat ke page SPM 2010 di laman Facebook , terdapat ramai calon-calon yang meluahkan kekecewaan masing-masing .Kecewa kerana apa yang menjadi spot tidak disoal ketika peperiksaan . Sudah pasti tumpuan akan terjejas . Tambahan pula bagi mereka yang percaya 100% kepada soalan ramalan . 

Calon peperiksaan tidak boleh terlalu bergantung kepada soalan spot dan perlu menyediakan persediaan secukupnya. SPM hanya sekali seumur hidup jadi siapkanlah diri dengan sebaiknya . Ini juga peringatan kepada diri aku sendiri yang turut sama berjuang di medan SPM . Adakah selepas ini kalian akan terus bergantung kepada soalan spot ? Fikir-fikirkan :)

Photobucket

Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !



Assalamualaikum . Hari ini nak join segmen Ben Ashaari . Sudah semestinya blog wajib lawat pada setiap hari ialah Blog Ben Ashaari sekadar di pinggiran dan Blog Mat Gebu  . Terliur je ! Hehe .5 Blog lain yang saya akan masuk setiap hari atau ketika dia update ialah :

Aku suka masuk blog ini sebab entri-entri yang sangat membina dan isu-isu yang diketengahkan sangat menarik minat untuk dibaca . Lagipun , ownernya sangat peramah . Hehe .

Blog abang yang kata nak belanja aku pizza kalau dapat straight A . Haha . Straight A ? Berat tu . Hehe . Bloh abang Naz ni pun sempoi je , dengan entri-entri yang menarik . Memang best

Blog kakak yang sangat baik . Selalu bagi sokongan pada aku dan setiap entri aku . :) Aku suka blog akak ni sebab selalu buat entri yang bagi kesedaran dan pengetahuan baru kepada aku .

Blog abang yang sudah berkahwin . Haha . Blog dia best bagi aku sebab selalu buat aku gembira dengan entri yang simple dan kadang-kadang kelakar . Owner nya juga kerap datang blog aku :)

Blog akak ni pun selalu jadi tempat aku berlepak . Hehe . Entri akak ni pun menarik pada pandangan aku . Tq akak selalu bagi dorongan untuk zila :)

Alaa . 5 saja ya ? Ada banyak sebenarnya blog yang aku suka . Tapi antaranya yang di atas ini lah . Semua blog yang aku follow aku suka , kalau tak suka buat apa aku follow kan . HEHE . Aku tahu segmen ini daripada blog Ben Ashaari sendiri :)


Photobucket

SPM : BAHASA INGGERIS DAN SEJARAH

Assalamualaikum . Alhamdulillah 3 subjek sudah selesai . Lepas jawab kita tawakal la kan . Hehe . Syukur sangat-sangat urusan menjawab dipermudahkan Allah . Aku dapat jawab BM , BI dan SEJARAH dengan baik . Cuma sejarah , ada beberapa soalan yang aku kurang pasti namun syukur kebanyakan soalan yang ditarget keluar . 

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang tak putus-putus mendoakan zila di sini . Jujur , zila sangat terharu dengan sokongan rakan-rakan yang memberi kata semangat . Terima kasih juga sebab masih melawat blog ini walaupun tiada entri baru . 

Kepada rakan-rakan yang meninggalkan pesan di shoutbox dan comment box , terima kasih . Jika ada kelapangan nanti pasti zila akan berkunjung ke blog kalian :) Hari ini sehingga Ahad zila akan gunakan masa sebaiknya untuk membuat persiapan untuk Matematik , Agama Islam , Addmath dan Fizik . 

Happy blogging ya semua :)

Photobucket

Tuesday, November 23, 2010

400 FOLLOWERS : THANK YOU :)

Assalamualaikum semua . Terima kasih kepada hampir 600 pelawat blog zila pada hari ini . Kebiasaannya tak sampai seratus pun . Hehe . Tapi dengan bantuan abg kita , Ben Ashaari . Dapat juga saya merasa 600 pageview . TQ MR BEN UNTUK ENTRI  :  AKU SUKA BLOGGER NI . Mungkin ada antara kalian yang sudah biasa dengan angka tersebut , namun sebagai blogger baru , saya sangat bersyukur dengan nilai tersebut .

Sedikit update tentang diri zila pada hari ini ialah bermulanya peperiksaan SPM . Hari ini alhamdulillah zila dapat melalui hari pertama peperiksaan dengan tenang . Diharapkan segala yang tertulis di dalam buku jawapan tadi dapat memenangi hati pemeriksa untuk memberi markah yang tinggi . Insyaallah . Sebagai orang Melayu , sudah pasti zila mengharapkan A dalam subjek Bahasa Melayu .

Esok pula peperiksaan Bahasa Inggeris . Sekarang pun tengah search essay yang berpotensi untuk disoal esok . Harap-harap ada la yang mengena kan . Hehe . Kalau ada masa zila akan terus update perkembangan peperiksaan zila . Tambahan pula untuk dua minggu hadapan , subjek-subjek yang zila agak lemah akan tiba . Doakan kejayaan zila .

p/s : Terima kasih banyak-banyak pada semua yang ucap good luck dan mendoakan zila .

p/s : Al fatihah kepada calon SPM yang meninggal dunia pagi tadi . Semoga roh dicucuri rahmat

p/s : Entri agak sopan hari ini sebab banyak pengunjung yang lebih berusia :) HEHE


p/s : Maaf tak dapat BW di semua blog yang singgah sini :) Insyaallah nanti zila singgah ya .

Photobucket

Monday, November 22, 2010

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

Sekolah Syeikh Abdul Ghani
Mendukung cita-cita murni
Seiring guru berdedikasi
Merentasi misi dan visi
Keazaman jadi kekuatan
Kejayaan menjadi perangsang
Berikhtizam berdoa kepada Tuhan
Usaha pasti berjaya
Sekolah yang ku sanjungi
Kami berikrar dan berjanji
Gemilang kini menjadi pasti
Majulah SMKSAG

Dah 5 tahun nyanyi lagu ni di setiap pagi isnin . 15 November 2010 , bersamaan hari Isnin merupakan perhimpunan terakhir yang aku hadiri sebagai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani . Biarpun ramai yang memandang rendah akan sekolah ini , aku tetap berbangga kerana menjadi penuntut selama 5 tahun di sini . 

Dulu waktu di sekolah rendah , guru-guru selalu merendah-rendahkan sekolah ni . Cikgu kata kalau aku masuk sekolah ini , aku tak kan maju . Aku dibanding-bandingkan dengan rakan-rakan yang berjaya menempatkan diri di sekolah berasrama penuh . Terasa sangat kerdil . Namun aku tetap bersyukur kerana masih mampu mendapat semua A ketika PMR . Kalau kita berusaha , kita juga mampu berjaya walau di mana sekalipun kita bersekolah .

Memang banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di bangku sekolah . Mulai esok , aku akan datang kembali ke sekolah sebagai calon SPM . Tentu sekali lain perasaannya .

Kepada keluarga tersayang :
Maaf dipinta kerana banyak melakukan kesilapan yang mungkin telah mengguris hati kalian . :) Keluargalah yang paling utama dalam hidup ini . Sayang semuanya .

Kepada pelajar 5 Bestari / Elit SMKSAG :
Aku doakan kita sama-sama dapat yang terbaik kali ini . Kitalah yang memegang tanggungjawab merealisasikan misi dan visi sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang di daerah Batang Padang menjelang 2010 .  2010 ? Ya tahun ini ! :) Chaiyok ! Ingat amanat Pengetua , guru-guru serta harapan keluarga . Cuba yang terbaik .

Kepada rakan-rakan blogger :
Zila nak minta maaf jika ada hasil penulisan zila mengguris hati kalian . Harap kawan-kawan semua dapat mendoakan kejayaan zila . 


THE JOURNEY BEGIN :
Bahasa Melayu
English
Sejarah
Mathematics
Pendidikan Islam
Additional Mathematics
Physics
Chemistry
Biology
Pendidikan Seni Visual

p/s : Good Luck to all SPM candidates !


Photobucket

Saturday, November 20, 2010

Jom tonton : Harry Potter and The Deathly Hallows : Part 1

Semalam hari terakhir sesi persekolahan 2010 . Tak pergi pun . Hehe . Teruk betul . Kawan-kawan lain tak pergi sekolah pun mereka belajar di rumah , tapi aku tak pun semalam . Seharian berada di Jusco Kinta City , Ipoh . Buat apa di sana ? Jom baca :)

Sampai di sana , main boling dulu . Yehaa . Best . Lagi best bila kalah kan . -,- 


players :)

players :)

muka confident . AHAHA
haha . STRIKE tuh .
SELESAI


Lepas abes main boling , pergi makan . Lepas makan , pergi tengok wayang . Cerita apa ? Ya betul ! Cerita Harry Potter and The Deathly Hallows : Part 1
the film poster :)


Sudah semestinya filem ini lebih mendapat sambutan berbanding 2 Alam . Agak full juga seat  . Memang best ceritanya . Cukup rasa . Hehee , ada kelakar dan ada sedih . Nanti nak tengok sambungannya , tak best lah tengok separuh saja kan ? Emma Watson sangat cantik , Daniel Radcliffe sangat cool dan Rupert Grint sangat kelakar . Best !

Akan datang :



Asyraf Muslim ! :)



Photobucket

Friday, November 19, 2010

MARILAH MENGUNDI di BLOG BEN ASHAARI

Marilah mari kita mengundi . 
Dah baca entri ini ?

Jom vote no 4 di entri INI :)

Terima kasih !

Photobucket

Wednesday, November 17, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA ?

Anjuran : Ben Ashaari

Alamak ! Macam mana ni , dah berhari-hari tak update blog . Otak dah dilanda musim kemarau dah ni , kering kontang . Idea ke mana kau menghilang ? Menongkat dagu la bila aku tengok blog antaranya , Ben Ashaari dikemaskini setiap jam . Aku ? Sekali sehari pun belum tentu .

Puas dah cari pelbagai cara agar dapat idea nak update blog .Pusing kanan , pusing kiri , terlentang , meniarap semua gaya dah cuba ni . Tapi idea tak ada juga ni . 

Alahai hari ini belum update lagi , tengok dashboard ramai dah blogger update blog , antaranya Suratan Kebetulan , Nas Nenas , Tubelawak , Irine , Borak Kosong dan banyak lagi . Korang memang tip top lah .

 Kesan apabila gusar memikirkan blog tak di update , nak makan pun terfikir-fikir . Macam hilang anak pula rasanya . Hehe . Walaupun dihidangkan makanan enak , ditolak kerana tak senang duduk memikirkan nak cerita apa kepada pembaca hari ini .

Maka dengan ini , aku membuat keputusan untuk blogwalking ! Ya , aku akan bergerak daripada satu blog ke satu blog yang lain untuk mencari isi bagi penulisan aku . Program suai kenal banyak memberi kemudahan bagi aku menjejaki blog-blog yang selama ini belum pernah aku kunjungi . Kebanyakannya punyai idea yang segar , ya , ini yang aku mahu .

Dengan blogwalking , aku mendapat ramai kawan baru . Bukan setakat dapat kawan baru , malah dapat banyak ilmu pengetahuan baru tentang kehidupan . Aku juga menjumpai pelbagai jenis entri yang boleh aku cuba aplikasikan di blog aku . Practise Make Perfect . Menjadi follower mereka akan memudahkan aku mengikuti perkembangan mereka selepas ini . Haa , mudahlah untuk aku membaca dan meninggalkan pendapat di entri mereka .

Yehaa ! berkat usaha berjalan di blog-blog blogger senior dan blogger junior , aku telah menemui idea . Otak aku kini tidak kering lagi . Sudah dibanjiri dengan idea-idea baru untuk penulisan aku . Rakan-rakan blogger merupakan nadi bagi aku . Tanpa kalian , siapalah aku :) Terima kasih semua .


Pengajaran yang aku dapati , dalam dunia blog kita tidak boleh malas . Kalau sikap malas menjadi raja dalam diri kita , kita tidak akan ke mana-mana . Hal ini saling berkait dengan kehidupan seharian , kalau kita tidak bangun untuk bertindak , kita tidak akan ke mampu berbuat apa-apa . Segalanya bermula dengan usaha . Tanamkan usaha dan akar-akar kejayaan akan tumbuh menjalar seterusnya membuahkan hasil , insyaallah kita akan berjaya :)

Kalau anda rasa entri ini menarik , undi saya :
klik sini
pilih no 4 ( Nur Azila Ismail )
Thank you !
Photobucket

Monday, November 15, 2010

SELAMAT HARI JADI MA :)

15 November 1953 .
Hari ini 15 November 2010 . 
Selamat hari jadi ma :)

Gambar masa hari ibu :D
Salam semua . Hari ini merupakan hari lahir ma yang ke 57 tahun . Selama aku hidup , setiap tahun aku masih lagi dapat mengucapkan selamat hari jadi kepada ma . Yelah kalau aku perlu belajar di tempat yang lain nanti mungkin aku tak dapat bersama ma pada hari lahirnya . Balik saja daripada sekolah , aku ucap pada ma . :)

Soalan : Nak tahu apa impian dan doa ma pada ulangtahun yang ke 57 ni ?
Jawapan : Ma nak sangat dapat menantu dan cucu . Dah umur 57 , nak juga merasa ada menantu dan cucu :)

Ha . Apa lagi abang dan kakak-kakakku . Tunaikanlah impian ma dan ini akan jadi hadiah yang paling bermakna bagi ma :) 

p/s : Aku doakan semoga abang dan kakak-kakak kesayanganku cepat bertemu jodoh . Amin :)




Photobucket

BEAUTIFUL BLOGGER DAN BLOG COMEL AWARD :)

Sorry sangat kepada akak bertiga ni sebab zila lambat buat entri penerimaan anugerah . Cheewah . Macam anugerah apa pulak ya . Hehe . 

Award pertama ialah :


Terima kasih Kak Ima dan Kak Fatin :)

Award kedua ialah :


Terima kasih Dilakochan :)





Photobucket

Sunday, November 14, 2010

TAK KAN MELUPAKANNYA !

Dimarahi guru perkara biasa dalam alam persekolahan . Tapi kalau dimarahi atas sebab yang tidak jelas memang rasa terkilan sangat . Bukanlah bererti aku seseorang yang tidak boleh ditegur , tapi kalau tegur dengan cara baik , apalah salahnya . 


Peristiwa ini telah lama berlalu namun benar-benar meninggalkan bekas di ingatan aku . ketika itu aku masih di tingkatan 1 , mungkin kerana aku sudah biasa dimanjakan guru sejak daripada sekolah rendah maka aku tidak biasa bila dimarahi . Ketika itu aku baru pulang daripada surau , guru english sudah masuk ke dalam kelas . Kebiasaannya kalau ada perkataan yang aku tak faham , aku akan rujuk kamus . Aku tak sepandai orang lain . Tiba-tiba aku ditegur .


Teacher : Awak ni bodoh bangang sangat kenapa ? Mana boleh buka dictionary . Tak dengar ke arahan saya   tadi ?
Aku diam je . Memang aku tak dengar arahan dia sebab aku masuk ke kelas lewat . Minta maaf sangat-sangat , aku selalu berdoa agar dia tidak lagi menjadi guru yang mengajar aku . 


Guru tersebut juga pernah memarahi kawan baik aku sampai kawan aku telah berpindah ke sekolah lain sebab takut . Tahu apa sebabnya . 


Teacher : Kenapa awak baca perlahan sangat ha ? Dah , lepas ni awak tak payah baca dah bila giliran awak . 


Sebagai kawan , aku sangat faham perasaan kawan aku tu . Setiap kali kelas , kami akan disuruh menjawab soalan mengikut giliran , selepas aku giliran kawan aku . Dan setiap kali giliran dialah soalan itu akan di pass kan kepada orang lain . Guru tersebut seperti menganggap kawan aku itu tak wujud langsung dalam kelas tersebut . Memang sedih . Setahun begitu , aku kesian sangat tengok kawan aku tu . Aku kehilangan seorang kawan yang baik . Huhu


P/s : Tegurlah kesalahan dengan cara yang baik :)

Photobucket

Friday, November 12, 2010

MAKHLUK KETIGA TELAH BERJAYA

Zaman remaja memang banyak cabarannya . Melalui zaman inilah kita mula mengenali erti kehidupan sebenar sebelum meniti alam dewasa yang penuh dugaan .Antara cabarannya adalah naluri untuk dicintai dan menyintai . Ini pertama kali aku menyentuh isu percintaan kerana sangat berkait rapat dengan alam persekolahan yang sedang aku jalani dan akan tamat dalam masa sebulan sahaja lagi . 

Bercinta pada zaman persekolahan dikatakan indah kerana kita terasa bahagia kerana dijaga oleh seseorang . Walau bagaimanapun , perlu diingat yang ada banyak batas yang perlu dijaga dalam percintaan . Kehadiran 'makhluk ketiga' itu bisa menghancurkan segalanya , boleh membuat pasangan tersebut terleka dan terjerumus ke dalam kancah maksiat . 


Gelora nafsu yang tidak ditangani dengan bijak memudahkan kerja 'makhluk ketiga' itu tadi . Jika iman kita lemah , sudah pasti kita akan terpedaya dan tidak mengambil peduli kesan daripada tindakan bodoh tersebut . Ketika itu nasi sudah menjadi bubur , menyesal tiada gunanya . Masa tidak boleh diputar kembali , hanya air mata menjadi saksi . Apatah lagi jika sang kekasih yang pernah mengikat janji setia mengambil sikap lepas tangan . Ketika itu baru kamu akan berasa menyesal dengan tindakan yang pernah dilakukan .

Segala yang indah hanya seketika namun perit yang bakal dihadapi mungkin selamanya . Ketika itu baru bayangan wajah ibu bapa bermain di fikiran . Melepaskan amarah dalam hati kerana dahulu tidak berfikir panjang . Keindahan percintaan palsu menjadi dambaan , sehingga hilang akal waras dek kerana hanyut dalam dunia sendiri . Sang kekasih pula entah ke mana , hilang bersama janji-janji palsu . Fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawanku , kita mencorak hidup kita sendiri , sama ada dengan pilihan warna yang terang atau gelap :)

Photobucket

Tuesday, November 9, 2010

TINGGAL MASALAH DI LUAR PAGAR :)



Cikgu aku selalu cakap , kalau kita pergi sekolah , kita kena tinggalkan semua masalah yang kita ada di luar pagar , tak kiralah sebesar apa pun masalah tersebut kerana masalah tersebut hanya akan mengganggu fokus . Itulah yang selalu aku fikir , setiap kali kaki melangkah melepasi pagar sekolah , terasa hilang seketika beban fikiran . Kalau boleh , bila balik daripada sekolah , tak mahu ambil masalah tersebut . Alangkah bagusnya kalau boleh ditinggalkan sahaja di situ . 

Namun , masalah hidup adalah realiti kehidupan yang harus dihadapi . Tiada manusia dapat lari daripada masalah  . Orang yang hidup senang juga mengalami masalahnya sendiri apatah lagi orang yang hidup susah . Kita perlu bijak mencari solusi bagi setiap masalah yang berlaku . Jangan hanya tunduk menyerah kerana menyerah tanda kita lemah .

p/s : Jangan pernah lupa kita ada Allah :)

Photobucket

Monday, November 8, 2010

KENANGAN : ICE BREAKING

Bila join Sesi Suai Kenal dalam blog Ben Ashaari , terfikir juga ramai sungguh bloggers di Malaysia ni . Ada yang aku betul-betul kagum dengan penulisan mereka . Sangat menarik . Bila join sesi suai kenal ini , teringat pula kenangan  jika setiap kali menyertai perkhemahan pasti ada program ICE BREAKING . 

Kita dapat diumpamakan seperti berada di bumi asing , tak kenal sesiapa pun dalam kumpulan tersebut . Tapi jika kita ringankan mulut menegur dan menghulurkan tangan tanda perkenalan , sudah pasti satu ikatan silatulrahim dapat dibina . Jika semua ahli dalam kumpulan tersebut diam membisu , sukarlah untuk kita bekerjasama jika diberikan tugasan berkumpulan .

Kebiasaannya aku akan dapat berkumpulan dengan orang yang peramah dan tidak berat mulut untuk menegur . Itulah yang sebaiknya . Ada juga yang hanya diam dan melihat sahaja ketika ahli kumpulan yang lain sibuk menyelesaikan sesuatu tugasan . Harap jangan ada di antara kita yang kekal dengan perangai sedemikian . Kita perlu saling membantu antara satu sama lain .

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh :)

Photobucket
Related Posts with Thumbnails