Tuesday, November 2, 2010

BERCAKAP HANYA BILA PERLU

Kena buat macam ni ke ? 
Memang benar , kita dikurniakan mulut untuk bercakap . Kita seharusnya bersyukur kerana mempunyai pancaindera yang sempurna jika dibandingkan dengan sesetengah manusia yang kurang bernasib baik . Ya , alhamdulillah . Namun , perlukah kita membuka mulut untuk perkara yang tidak perlu ?

Kadang-kadang naik rungsing kepala otak bila orang di sekeliling tidak berhenti bercakap . Ada sahaja perkara mahu dikatakan setiap masa dan kadang-kadang perkara yang dibicarakan sekadar NONSENSE . Setakat mencarut , bukan itu guna mulut kita . 

Jangan guna mulut kita untuk mencarut , meninggikan suara kepada orang lain dan mencari perbalahan . Bercakaplah apabila perlu . Hormatlah sikit kepada orang di sekitar kita yang ada di antaranya perlukan suasana yang damai .

Satu lagi , bercakap dengan orang di depan mata tidak perlulah menjerit dan menggunakan suara yang kuat sehingga orang yang jauh pun boleh dengar setiap butir bicaranya yang kadangkala sangat menyakitkan telinga . Macam nak cerita pada satu dunia apa yang berlaku . 

Ada masa kita perlu bercakap ada masa kita perlu diam . Ya , mungkin sudah menjadi kebiasaan jika dia memang seorang yang banyak mulut . Tapi apalah salahnya diam seketika apabila waktu tersebut tidak menuntut kita untuk bercakap . Contohnya ketika peperiksaan atau ketika guru mengajar . 

FIKIR-FIKIRKAN :)





Photobucket

12 comments:

one2paii said...

kalo time exam..mulut gua nie la ynag selalu mengomel..pstt..bai jawapan no 13 apo?kiri kanan gua tanya baii

Ainismaira said...

Kadang2 lebih baik diam.. :) bersuara utk kebenaran takde salahnya.. biarla tiap butir bicara tu bermakna.. jgn bercakap ttg perkara yg sia2.. :)

titirara said...

ya itu benar . tira pun ade sorang kawan yang macam ni . harap kakak tahu sape orang nye . hihi

kobEj0rdan~ said...

mencarut la best:P hehe

nulhazwany abdul malik said...

runsing3. haha

cakap kuat2 itu sengaja !!

tumbs up !! hee

Ellen said...

betul statement ni dik..nice...ada masa kita perlu diam..lebih lagi bila kita tak perlu cakap..hehe

f_aRa_aINa989 said...

sebab tu kita dikurniakan 2 mata, 2 telinga..tapi kenapa 1 mulut?
supaya kita kurang bercakap...
cakap bila perlu sahaja..
:)

Omar said...

waktu peperiksaan tu kalau nak bercakap jugk, tak tau la.. memang kena halau la jawapnya..

I,m The Designer said...

bercakap bila perlu..?? s,lalunya perempuan yang banyak cakap nie.. hee.. xp

hiro said...

btul2.

man yusoef said...

kadang-kadang ada org tu fikir tak pakai otak...ikut sedap je, dah terlepas cakap baru terfikir akibat..huhu...anyway dah follow ur blog, nice...salam perkenalan

azzey said...

simpleszieyla: kdg2lbh byk mulut dpd buat!

Related Posts with Thumbnails