Saturday, November 27, 2010

LEBIH RASA JIKA PANJANG

Gambar hiasan . Gf kebanyakan blogger lelaki , Lisa Surihani. Hehe


Entri santai untuk hari ini . Kalau tengok cerita , korang perasan tak ada beberapa teknik digunakan untuk bagi panjang jalan ceritanya . Kadang-kadang kita dah boleh tahu dah :)

1.Hilang ingatan
Terhantuk kat mana-mana lepas tu tak ingat apa-apa . Dialog paling biasa lepas hilang ingatan '' Saya kat mana ni ? Siapa saya ? '' Makan masa juga la nak tunggu dia ingat semuanya semula . :)

2.Bukan anak kandung
Habis itu gue ini anak siapa ? Kasihan sungguh bila menonton cerita-cerita yang dia tahu dia bukan anak kandung mak ayah dia . Mulalah si anak memulakan pencarian mencari keluarga kandungnya .

3.Kemalangan
Lepas kemalangan , watak tersebut dijaga oleh keluarga lain . Selalunya di kawasan kampung la yang aku selalu tengok . Lepas tu jatuh cinta kat orang lain . 

4.Kemunculan watak-watak baru
Selalunya watak antagonis yang mampu menambahkan konflik dalam cerita tersebut . Baru ada rasa sikit kan . Hehe . Muncul lah watak-watak jahat yang mengganggu percintaan , rumah tangga , persahabatan , bisnes dan macam-macam lagi . Korang pun dah sedia maklum kan . Hehe


Pendapat kawan-kawan blogger 


1.from : Akak Kalamhati
Gf / Bf sebenarnya adik beradik 
2.from : Si Gadis Semasa 
Orang kaya kena penyakit
3.from : mr Syah
Perempuan yang baik lemah , perempuan yang jahat kuat
4.from : iqbalhakimi
Orang miskin nak rampas harta orang kaya , orang kaya nak jadi lagi kaya



p/s : Kalau korang ada apa-apa nak tambah , bagitahu kat ruangan komen ya :)


Photobucket

13 comments:

Kalamhati said...

Satu lagikan..pakwe atau makwe tu rupanya adik beradik..maka tak jadi kawin..kuciwa..bla bla bla..hehe ni je yg akak terfikir time ni

Si Gadis Semasa said...

part hilang ingatan tu memang common kan ? :D


ada lagi ,

1. watak orang kaya selalunya mesti kena penyakit yang kaya jugak . macam sakit jantung ke , barah ke . memang konpem mati .

2. watak baik (biasanya pompuan) senang kena pukul . macam lah dorang tu lembik sangat .

hehe . tu je dapat pikir . *ada kaitan ke dengan entri ni ? main tibai je .

Hishyamuddin said...

hahaha..nice entry..

tu sume tol, banyak citer yang ade teknik tu, kbnykknye citer m..... hehehe

mR.sYaH said...

perempuan baik-lemah..

perempuan jahat-kuat...

hahahah... ni dah muak tgk..

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

tgk je la cite indon yg berratus episod!!!!hambek kau~~

iqbalhakimi said...

1-part org miskin nak rampas harta org kaya..dan org kaya yang xpuas2 nak kaya..

2-orang kaya mesti maen sukan org kaya..macam golf..

Cik Chuie said...

header sape paling comel =D

aYu said...

atau..

ada orang ke tiga..
hehe..
pastu org ketiga tu fanatik gila..


Mari Berbicara Hati Ke Hati :
New Entry : My Farewell Message

kobEj0rdan~ said...

sy x suke lisa surihani
sy suke mia sara.hehe

nas said...

tajuk entri punye lah kontrobesi sket...ingatkan ape...adoii..blue la otak aku nie :P

tu la pasal....sakit ati especially citer indon nie,,,,suke sgt nk panjangkan jln citer

alienelliz said...

biasalah, cerita melayu, kita org melayu mesti dpt gak..ekeke..

tp ada juga gak cerita yg gempak...cm..cm cm....2 alam kan??haha

apa2, liasa mmg cntik..hhaha love u lisa..haha

Adam Abu Bakar said...

haha...akak memang pengkaji filem la, adam pun tak pernh fikir mcm 2.
haha

ape yang akak kaji tu smua betul.
hehe

i like!

one2paii said...

gua xbaca ape2 dah..gua nak tgok gmabar lisa jerk kat cnie..lamo2 pun xpe..gua suke tgok die jerling2 gua..leh kua darah dari hidung gua bila tgok die jerling2 camtuh

Related Posts with Thumbnails