Friday, November 12, 2010

MAKHLUK KETIGA TELAH BERJAYA

Zaman remaja memang banyak cabarannya . Melalui zaman inilah kita mula mengenali erti kehidupan sebenar sebelum meniti alam dewasa yang penuh dugaan .Antara cabarannya adalah naluri untuk dicintai dan menyintai . Ini pertama kali aku menyentuh isu percintaan kerana sangat berkait rapat dengan alam persekolahan yang sedang aku jalani dan akan tamat dalam masa sebulan sahaja lagi . 

Bercinta pada zaman persekolahan dikatakan indah kerana kita terasa bahagia kerana dijaga oleh seseorang . Walau bagaimanapun , perlu diingat yang ada banyak batas yang perlu dijaga dalam percintaan . Kehadiran 'makhluk ketiga' itu bisa menghancurkan segalanya , boleh membuat pasangan tersebut terleka dan terjerumus ke dalam kancah maksiat . 


Gelora nafsu yang tidak ditangani dengan bijak memudahkan kerja 'makhluk ketiga' itu tadi . Jika iman kita lemah , sudah pasti kita akan terpedaya dan tidak mengambil peduli kesan daripada tindakan bodoh tersebut . Ketika itu nasi sudah menjadi bubur , menyesal tiada gunanya . Masa tidak boleh diputar kembali , hanya air mata menjadi saksi . Apatah lagi jika sang kekasih yang pernah mengikat janji setia mengambil sikap lepas tangan . Ketika itu baru kamu akan berasa menyesal dengan tindakan yang pernah dilakukan .

Segala yang indah hanya seketika namun perit yang bakal dihadapi mungkin selamanya . Ketika itu baru bayangan wajah ibu bapa bermain di fikiran . Melepaskan amarah dalam hati kerana dahulu tidak berfikir panjang . Keindahan percintaan palsu menjadi dambaan , sehingga hilang akal waras dek kerana hanyut dalam dunia sendiri . Sang kekasih pula entah ke mana , hilang bersama janji-janji palsu . Fikir-fikirkanlah wahai kawan-kawanku , kita mencorak hidup kita sendiri , sama ada dengan pilihan warna yang terang atau gelap :)

Photobucket

10 comments:

kobEj0rdan~ said...

xpayah la nak becinta zaman sekolah
sgt bhy,matang pon belom n sgt suke nk cube bende2 baru.tu kantoi part sex tu.

da abes skola boleh la nk becinta, tp chinta yang sepatutnye la.nk tau lebih lanjut bacala buku tentang cinta. dari ust pahrol

Nur Azila Ismail said...

btul tu . buang masa jer

one2paii said...

cinta sebenar kepada allah..tuh jerk perlu tahu..kenal diri dulu..baru leh bercinta..nk keluau biar bertiga..de saksi..xla buat macam2

Nur Azila Ismail said...

saya setuju sangat2 :)

Ainismaira said...

Tu la.. kan akak dah pesan.. jgn bcinta time skolah.. :p

♠ aQ.DaN.pUtera.kU ♠ said...

nasibla cinta tu semakin menjauh ... ;(
lau x... huuuhhh .. ALLAH da tnjuk jln.. alhamdulillah ;)

rieyana ynn said...

persaan dan keinginan sukar di kawal..bercinta time sekolah pun ok..tapi kena lah cari cinta yang dtg dari hati...bkn hanya dari nafsu..semata-mata...;D

Kalamhati said...

salam zila..sori baru dpt jenguk zila..

betul tu..bercinta dgn buku dulu..cipta kejayaan..lepas tu baru fikir cinta..insyaAllah cinta tu akan datang kepada kita bila smpi waktunya..=)

Liquid said...

betul3. kita mencorak hidup kita sendiri......

nas said...

nice entri nie...
agak terkena sikit dgn batang idung nie
huhu..xper2..insaf2.....zaman remaja nie mmg dugaannya besar..
harap2 aku dpt lari dr maksiat..
aminn


lagu 90an best lagi lah

Related Posts with Thumbnails