Friday, November 26, 2010

SPM : Tunggu Sekejap

Entri kali ini masih lagi mengenai SPM . Seperti yang kita sedia maklum , kita dibenarkan keluar daripada dewan peperiksaan sekiranya mahu . Tapi bagi aku , apa salahnya jika kita menggunakan baki masa yang tersisa itu untuk menyemak jawapan kita . Bukankah lebih baik ? Mana tahu tiba-tiba dapat idea untuk menulis jawapan . Untungnya diri kita juga .

Aku tak kan bangun meninggalkan dewan selagi masa belum tamat . Aku akan tetap berusaha memenuhi ruangan jawapan tanpa meninggalkan satu ruang kosong sekalipun . Cikgu selalu kata , sekurang-kurangnya kalau kita mencuba , kita masih ada peluang untuk betul dibandingkan jika dibiarkan kosong , sudah tentu kita tidak mendapat apa-apa markah .

Cuba kita fikir , bertahun-tahun kita bersekolah untuk menuntut ilmu sebagai persediaan untuk SPM . Hanya beberapa jam sahaja kita ada untuk menilai apa yang telah kita pelajari selama ini . Gunakanlah waktu yang tersisa untuk menyemak jawapan . Kitalah yang menentukan segalanya .

p/s : Maaf kepada pembaca semua . Entri kebelakangan ini banyak berkaitan dengan peperiksaan . Hehe 

Photobucket

6 comments:

kakchik@ella said...

Adik .. semoga brjaya eh.

Kalamhati said...

sangat betul tu ziela!..ramai pelajar yg malas nak mencuba..bila tak dpt jawab trus tinggalkan kosong macam tu je..

dan satu lagi tabiat, taknak semak semula jawapan..huhu ni byk berlaku pd bebudak sekolah rendah..masa upsr aritu, time akak invigilate exam..ramai yg careless..bila suruh semak balik jawapan..baru mereka sedar kesalahan..rugi je

Ainismaira said...

akak pn xkan kluar awal.. n xkan bincang jwpn lepas exam..haha

kobEj0rdan~ said...

gud luck sis
toksah ngada2 nak kuar awal.abg x penah buat tu:P
thanks 4 ur vote:)

Amirah Su'aidah said...

betul tu azila. Time BI harituh, ramai yang keluar pergi tandas. Mira pulak time tgh nak pikir ayat untuk bhg. novel.

X pe zila post pasal peperiksaan. Berguna apa.

titirara said...

kite pon taknak klua awal sebabnye malu and takot . heehee

lgipon betul ape kate cik zila ni ha , kene semak jawapan betul2 .

menyesal di kemudian hari tidak bergune ye anak2 sekalian
HAHAHA

Related Posts with Thumbnails