Wednesday, December 8, 2010

GEMBIRA + BUNTU

Assalamualaikum . Alhamdulillah syukur aku sudah berjaya menamatkan SPM aku . Terasa mahu menjerit lega tapi tidak , kena mengawal diri kerana masih ada lagi satu peperiksaan yang tersisa . Apakah itu ? Pendidikan Seni Visual Seni Halus pada 13 Disember bersamaan hari Isnin . Bererti pada pukul 5 petang hari tersebut , aku benar-benar telah lepas daripada gelaran pelajar sekolah . Haa dah nak 18 dah tahun hadapan . Tak boleh berperangai macam budak-budak lagi ya . Hehe .

Ramai juga yang bertanyakan kepada aku mengapa aku mengambil subjek Pendidikan Seni sedangkan aku seorang pelajar dalam aliran sains tulen . Garu kepala juga aku mahu menjawabnya kerana kadang-kadang aku sendiri juga kurang pasti mengapa aku mengambil subjek tersebut . Namun , di sekolah kami telah dinasihati oleh guru kelas untuk mengambil subjek Pendidikan Seni . Kata cikgu subjek ini sangat membantu seseorang pelajar . Oleh sebab itulah aku mengambil mata pelajaran ini . 

Pendidikan Seni merupakan subjek yang sangat menarik pada pandangan mata aku . Paling aku gembira ketika melaksanakan kerja kursus yang memerlukan aku untuk membuat ukiran kayu pada bingkai cermin . Pada awalnya agak sukar kerana perlu mengukir kayu sedangkan aku tidak mempunyai asas langsung untuk mengukir . Beberapa kali juga jari terluka ketika mengukir  . Namun , inilah yang dikatakan pengalaman . Hasilnya , markah penuh untuk aku . Yehaa . 

kayu aku ukir :)

4 hari ini akan digunakan untuk latihan melukis , aku masih tak tahu mahu pilih tajuk yang mana . Ini merupakan soalan pada tahun ini :

1. Anda sedang menyaksikan satu perlawanan bolasepak di padang sekolah. Lukis dari jarak dekat aksi beberapa pemain bola sepak dengan memberi penekanan kepada bentuk figura

2. Anda telah melawat ke kedai ikan hiasan. Anda terpikat dengan kecantikan warna, bentuk dan aksi seekor ikan laga dalam sebuah balang kaca. 
Gambarkan aksi seekor ikan laga dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan pergerakan.

3. Di sebuah gerai kelihatan seorang penjual sedang membetulkan susunan tanda harga barang jualannya yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, udang dan sotong. 
Gambarkan situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk dan jalinan.

4. Dalam sebuah hutan kelihatan seekor haiwan aneh sedang bertindak dengan cemas untuk melepaskan diri daripada cengkaman tumbuh-tumbuhan ganjil. 
Lukis situasi ini mengikut imaginasi anda dengan menitikberatkan bentuk, warna dan aksi.

5. Di atas sebuah meja solek kelihatan minyak wangi, bedak, gincu, minyak rambut, sikat dan barang lain yang digunakan untuk perhiasan diri.
Lukis barang-barang perhiasan diri tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan ruang.

6. Pada suatu pagi yang cerah, anda sedang berjalan di sebatang lorong yang kecil. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat pokok-pokok pelbagai bentuk dan saiz. Di celah-celah pokok tersebut terdapat pancaran matahari. 
Lukiskan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada unsur jalinan, ruang, warna dan pencahayaan.

Pada pendapat korang , soalan yang manakah patut aku pilih ? Hehe . Buntu :(


20 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam azila..

kak suka lohat hasil kerja awak..

bagi soalan tu..kak pilih yang ke 5 kot..
maklumlah perempuan...suka nak cantik2 lagi2 diruang meja solek.

semoga berjaya

Nur Azila Ismail said...

zila nampak soalan 5 tu mudah , tp kena betul2 tonjolkan bentuknya

Kalamhati said...

Akak buta seni..tak pandai nak suggestkan the best one..huhu

Ainismaira said...

pilih 5 atau 6.. hehe

Amirah Su'aidah said...

cantiknya ukiran kayu tu...

no 5 la..macam best je..(mcm kita pulak nak amik)

buat latihan betul2 tau. Biar lukisan tu cantik sangat2..dan terBAIK

nas said...

samelah kita..aku pon bukan aliran seni..cuma amek seni visual gak..aku buat kotak kosmetik utk lelaki..cuma xberapa nice la aku punyer seni..
dapat B3 time tu...hu3...so sad :(

tips menjadikan blog kelihatan lebih profesional dan cantik

nas said...

tak lupe..nice ko punyer kerja seni...good luck :D

Nur Azila Ismail said...

@Kalamhati
haha . tu la kak . zila pon x tahu nie

Nur Azila Ismail said...

@Ainismaira
hehe . ajarin dongggg

Nur Azila Ismail said...

@Amirah Su'aidah
hehe . cantik ke . tq ya :)

Nur Azila Ismail said...

@nasjheehe . tq nas !

titirara said...

amek nombo 8 . hahahahaaa

Nur Azila Ismail said...

haha . main2 lak dieee

Lelaki Ini said...

tak yah jawap senang!ahaks!

nazirulhazwan~ said...

fuh, ukiran cermin tu mmg superb!!
abg pon pilih cm titirara, no 8.hehe

yad'z said...

nice entry tu... lukis alat solek tu.. macam tak susah sangat...^^

Amy Syaquena said...

As'salam..

akak suke tengok hasil seni adik , cantik sekali good luck ye dear..

2+2=5 said...

waaaaa...lawa la hasil seni tu heheheheh bagusnya amik seni mst brbakat..=)

Cik Tom said...

cik tom rs no 8..cntk giler hasil ukiran azila..kreatif!

azzey said...

Nur Azila : semoga mendapat kejayaan yg cemerlang nanti ye...

Related Posts with Thumbnails