Friday, December 10, 2010

GUNA BAIK-BAIK TAU

Assalamualaikum . Sekarang aku tengok budak-budak yang dah habis SPM tengah berfikir apa yang patut dibuat dalam cuti selama beberapa bulan ni . Kalau ada rakan-rakan yang senasib dengan aku , perlu ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memang tak perlu risau lah , macam-macam aktiviti dah tersedia untuk kita . 

Kepada rakan-rakan yang lain , gunakanlah waktu cuti dengan sebaiknya . Ada yang bercadang untuk bekerja , mengambil lesen kereta dan tak kurang juga yang mahu hanya tinggal di rumah . Mungkin online sampai lebam . Haha . Kepada yang rajin online tu , janganlah pula sengaja mencari masalah dengan orang lain , konon boring . Banyak lagi benda kau boleh buat selain menyakitkan hati orang . Dalam hidup kita mesti ingat tak semua orang suka kita dan ada segelintir orang yang akan sentiasa cuba menjatuhkan kita .

Aku tengok dah macam jadi trend , guna status facebook untuk menyumpah seranah orang lain . Macam-macam perkataan yang memang tak patut digunakan terpapar secara terang-terangan di status . Kalau ada rasa tak puas hati , aku rasa tak perlu dicanang kepada semua orang di laman sosial . Bagi aku , tindakan ini tak bagus sama sekali . Malah macam dah jadi satu kebanggaan bila ada orang like atau komen dengan memberikan kata-kata sokongan yang entah apa-apa . 

Dunia ini semakin aneh bukan ? Matlamat menghalalkan cara . Asal kau dapat apa kau mahu , semua benda jadi halal di mata . Kita orang islam kan ? Kita ada pegangan kan ? Kita ada otak kan ? Fikir baik-baik . Ingatlah setiap amalan baik dan buruk dicatat oleh malaikat . Lagi satu , setiap entri aku adalah cetusan rasa aku sendiri . Tak ada kaitan antara yang hidup atau mati cuma ianya adalah sikap-sikap negatif  yang memang ada dalam diri segelintir daripada kita . Singkirkan segera ya :)


13 comments:

Cik Gallus Gallus said...

vetul tu guna masa yang ada untuk perkara yg berfaedah ;D

Citarasa Rinduan said...

salam azila.

semoga azila gunakan cuti yng panjang ini kearah kebaikan..

ttg Fb tu..kak akan delete kawan2 dalam list if bermuut celupar..
rasa malu berkawan dgn mereka

nulhazwany abdul malik said...

kita orang islam.

aku suka ayat ni.. ^^


aha aha

Oreo said...

Tu la pasal

smua da salah guna FB

Cik Su said...

cik su walaupun nak meluahkan rasa hati di fb kena berhati2 ..

zacky ~786~ said...

btol x4.~
p kdg2 sy pn cmtu.. :PP
hehe..


~blk ke pgkal jln ..

Roxy zai said...

bezakan jumlah komen yg berstatus maki hamun dan status nasihat bagai....agak2 mana lg dpt byk komen..=)

Ainismaira said...

Sabar la.. org salah mmg la terase padahal tak disebut nama pn.. hehe..

iqbalhakimi said...

manfaatkan baik yer cik adik..hehe..iqbal pun tgh cuti sem nieh..

Cik Tom said...

guna masa sebaiknya...wah dpt plkn ek...good luck ye :)

cik blablabla said...

haha..mmg la..pas exam tade kje na wat.mnyktkan aty la jd plihan..hee~ grau je

Masrini Karim said...

akak bangga da adik yang berfkiran matang macam awak..

hamzah ian said...

gua tak dpt pun plkn.. sob2..

Related Posts with Thumbnails