Wednesday, December 29, 2010

JANGAN PAMERKAN KEBODOHAN DIRI SENDIRI

Seperti yang kita sedia maklum , Malaysia berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam perlawanan pertama . Hari ini , bertempat di Stadium Bung Karno Jakarta , skuad negara kita akan sekali lagi berdepan skuad Indonesia . sudah pasti kedua-dua pasukan sudah menyusun strategi masing-masing agar memenangi perlawanan kali ini . Jika ada antara rakan bloggers yang melayari laman facebook , page AFF Suzuki Cup 2010 menjadi medan perbalahan antara dua negara . Pelbagai tohmahan dilemparkan rakyat Indonesia mengenai perlawanan tempoh hari . Kebanyakan mereka menjadikan pancaran laser sebagai kambing hitam punca kekalahan mereka .

Pelbagai kata kesat dilemparkan oleh mereka yang membuatkan rakyat Malaysia panas hati bila membacanya . Orang selalu berkata , jika kita berbuat jahat kepada orang lain , orang lain boleh membalas perbuatan itu . Kalau tiada yang memulakan , tiada yang akan membalasnya . Biasalah , lumrah kehidupan kan ? Bagi aku , mereka yang post status mengeji negara orang lain adalah orang yang bodoh dan tidak menggunakan otak . Memperkatakan tentang sesuatu perkara yang sudah terjadi tidak dapat mengubah apa-apa . Bukankah lebih baik kalian berdoa supaya pasukan negara kalian berjaya malam ini ? 

piala yang menjadi taruhan antara 2 negara
Apa-apapun aku doakan Malaysia berjaya menjulang piala AFF Suzuki Cup 2010 . Tapi sekiranya bukan rezeki Malaysia untuk menang , janganlah kita menghentam mereka . Aku yakin , semua pemain akan cuba yang terbaik demi negara Malaysia . Kalau bukan kita , rakyat Malaysia yang mahu menyokong mereka , siapa lagi kan ? Apa-apa pun , kita nantikan malam ini !


p/s : Coli laser dan bola . Aku rasa pemain-pemain lebih pilih bola . BOO JULIA PEREZ !

16 comments:

IllianaHidayah said...

betul...kalah menang adat pertandingan..apa pun sokongan mesti berpanjangan buat skuad negara..
attitude penyokong jugak kena behave..supaya martabat dan maruah negara dapat dijulang...

Citarasa Rinduan said...

selamat berjuang lovemalaysia

azila..kak doakan yang terbaik..mudah2x lazer menglazer diharamkan..risau tu..

mie said...

adat permainan, begitulah....
kena la trima hakikat

Ezal R said...

dorang menyempitkan pemikiran.. tak mahu mengaku kekalahan adalah ataas faktor sendiri..

Malaysia Boleh!!

Nur Azila Ismail said...

@IllianaHidayah
yup . setuju sgt . jgn buat perkara yg salah semasa menonton

Nur Azila Ismail said...

@Citarasa Rinduan
tau x pe . tanpa bantuan lazer pon kite boleh menangg

Nur Azila Ismail said...

@mie
betul . jgn nak salahkan org jer

Nur Azila Ismail said...

@Ezal R
yup stuju sangat . sebaiknya perbaiki corak permainan

fyna said...

caiyok malaysia tonite...




jom follow belog sy...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

hollowgram said...

ntah apa-apa la segelintir penyokong indonesia ni.. bujet hebat kot..

Tips blogwalking cam peleset

hasrul hassan said...

Salam .. doakan yang terbaik ... jangan nanti menang tapi tak boleh balik2 .. huhuu...

http://hasrulhassan.blogspot.com

iqbalhakimi said...

hehe..setuju..mereka semua nie xde semangat kesukanan..kiranya diorng je yg betul..

haha.bola lagi penting la =P

titirara said...

booooooooooooooooooooo~!!!

Farah Hanim said...

haha,suke part boo to julia perez xP

azzey said...

Nur Azila: Akhirnya kemenangan milik pasukan kita ; MALAYSIA....HOORAYYYY!!!! *Jom sorak sama2....*..heh3...

Cik Kyla said...

Hari ni semua duk cite psl bola. hahah...

adoii naik juling mata bace entri psl bola ni :P

Related Posts with Thumbnails