Thursday, December 9, 2010

NAK RASA SAKIT DITERTAWAKAN ?

Kadang-kadang kita kata pada diri kita , kenapa dia nak sensitif sangat . Kita gurau sahaja , tak bermaksud apa-apa . Ya memang pada kita itu satu gurauan biasa , tapi bagi orang yang terasa dengan kata-kata itu , bagaimana pula ? Kita kena faham ada orang boleh menerima sesuatu gurauan itu sementara mungkin ada seseorang lagi yang terluka dengan gurauan tersebut . 

Walaupun mungkin di depan kita dia tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia terasa dengan kata-kata kita , namun itu tidak bermakna dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan . Bagi aku , sesuatu lawak itu hanya kelakar pada kali pertama diceritakan dan akan bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan hati apabila kerap diperkatakan . Gurauan yang seperti sindiran sinis sudah semestinya bisa merobek hati seseorang .

Mungkin ada antara kita menganggap hidup ini tidak ada keseronokannya jika tidak bergurau senda namun harus diingat dalam bergurau harus ada batasannya . Jangan sehingga ada hati yang tersinggung dengan kata-kata tersebut walaupun dia kawan kita sendiri . Di depan kita mungkin dia turut sama tertawa namun dalam hati siapa yang tahu . Kerap kali kau ulang perkara yang lawak bagi kau tapi langsung tidak lawak pada aku .  

Bila orang usik kau , tahu pula kau melenting ? Fikir baik-baik , kalau kita buat orang , orang boleh balas semula . Masa tu baru kau tahu sakitnya bila ditertawakan .

15 comments:

mie said...

itu la!!!
kadang2 nak lawakpun kena berpada-pada..

Nur Azila Ismail said...

hehe . betul tu mie

rossoneri said...

banyak orang jenis macam nih,bab menyakat mengejek orang nombor 1.. tapi cuba kalau orang usik dia,bukan main sensitif tersentap..kita paling geram orang jenis nih.

Nur Azila Ismail said...

taw x pe. berpada2 lah kan :)

DiaUmaiNiNaz said...

mengejek sebagai bahan lawak ..tu dh kira melampaui etika persahabatan..dinaz tak suka sikap mcm ni.

titirara said...

Yes , i admit it . kadang2 terase sakit nye kalau orang lukekan hati kite , wlupun itu hanye la gurauan . pada die memang gurauan , tapi kene pikir hati dan perasaan orang lain . Jangan sampai gurauan membawa kepada kebencian pulak ;)

*first time komen panjang ! hoho

BUNGA said...

bergurau jangan melampau sangat..
kelak memakan diri.. masa tu, baru tau sakitnya hati :)

Cik Su said...

kadang2 orang tu nak melawak..tapi kadang2 nak lawak pun kena berpada2 la betoi dak

::..Dia daYa..:: said...

haa betul tu

tak semua orang boleh menerima lawak kita

cik blablabla said...

yupp.btul3~hee

Cik Tom said...

maybe niat utk gurauan tp kalau dah berlebihan boleh buat org lain jd terasa hati.

Amy Syaquena said...

as'salam...

sebab tue orang selalu berpesan kalau nak melawak pun biar la berpada2...

azzey said...

Nur Azila: Gurau2 pun kena jaga juga mulut kita kannn.....bak kata org tua2...cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.....

Bazilah said...

tak semua benda boleh buat bahan gelak

Syed Hilmi Syed Yahya said...

tak semestinya lawak 2 leh wt seseorg tertawa.....

Related Posts with Thumbnails