Thursday, December 2, 2010

SENGAL PUNYA IKLAN



Inginkan teman baru ? Taiplah ON TEMAN dan hantarkan ke 32 bla bla bla .

Inginkan lagu ini menjadi nada dering anda ? Sila hantar ON LAGU ke 32 bla bla bla .


Tengah-tengah seronok tengok tv , pernah tak korang tengok iklan-iklan macam ni ? Bagi aku iklan-iklan macam ni dah tak sesuai ditayangkan di kaca televisyen . Sebab apa ? 

Sekarang tak payah susah-susah langgan ON TEMAN ke ON apa saja lah untuk dapat apa yang kau orang mahu . Nak kawan ? Online je la laman-laman sosial yang banyak sekarang . Free lagi tu . Tinggal pilih je nak kawan dengan orang yang macam mana . Nak yang cantik ke kacak ke comel ke semua ada . Tapi jangan tersalah pilih ok ! Hehe

Kalau nak nada dering yang dalam iklan tu ? Ala , download saja daripada internet , tak pun kalau korang nak sokong industri muzik , beli CD yang original ya . Jangan yang cetak rompak lak ! :) Tak payah nak ON LAGU tu , dalam iklan tu kata 1 lagu RM3 , tapi kalau korang perhatikan tulisan kat bawah iklan tu , ala .. Yang kecil je saiznya tu . Kat situ ada perangkap . Ada cas tersembunyi . Setiap sms yang diterima ada yang sampai RM 5 . Tengok-tengok kredit nanti tiba-tiba saja ada 2 sen je . Hehe . Jangan terpedaya .

Tapi sekarang aku dah jarang nampak iklan macam tu kat TV . Agaknya mereka dah gulung tikar kot . Hehe . Yelah sekarang semua orang ada Facebook dan macam-macam laman web untuk muat turun secara percuma . Jadi , buat apa kita nak buang kredit kan ? Betul tak kawan-kawan ? :)


Photobucket

4 comments:

Citarasa Rinduan said...

azila--
agak2 company tu bukan gulung tikar..tapi tengah kumpul strategi lain


psst: kalau nak berTEMAN....FB kan ada..hehehehe

titirara said...

Betul tu .

On Sepi Dan hantarkan ke 32 bla bla bla !

HEHE ^^,

Kalamhati said...

hehe i like!entry yg best..

ha'ah la..dah takde dah iklan2 cemtu kat tv..yg paling lawak yg ON CINTA tu..hahadui mengarut je la..

ohujan said...

Boleh keluar makanan kat tv tu xpe jugak...

Related Posts with Thumbnails