Friday, December 9, 2011

new hope :)

assalamualaikum . keputusan exam semester 1 dah pun diumumkan . Bila dapat result mesti orang nak tahu berapa . Alhamdulillah , aku mampu capai pointer yang bagi aku sudah cukup baik dan banyak peningkatan berbanding UPS . Syukur sangat-sangat . Di saat aku berhadapan dengan pensyarah yang bertanggungjawab menyerahkan result tersebut , dalam hati hanya bertawakal dan redha dengan apa yang bakal aku perolehi .

Syukur , tiada C , D , E ataupun F :) Ada A dan B sahaja . Keputusan kali ini betul-betul memberikan aku satu semangat yang baru sebab daripada dulu aku selalu rasa yang aku tak mampu , apatah lagi melibatkan subjek Fizik , Kimia dan Matematik . Betul kata orang , kalau kita meletakkan usaha pada tempat yang sepatutnya , kita juga yang akan mendapat hasilnya .

aku janji , semester 2 ini aku akan lebih berusaha dan capai pointer setinggi yang boleh . Kejadian di DSK saat melihat rakan-rakan daripada PST , PDT dan perakaunan naik ke pentas kerana berjaya mencapai pointer 4.00 betul-betul membuatkan satu perasaan yang asing hadir dalam hati aku . Aku mahu jadi seperti mereka semester ini dan aku tahu aku mampu . :)

Friday, November 18, 2011

nak balik da , babai

Sunday, November 13, 2011

Cerita Cerita : Nepal

Hari ini cuma nak berkongsi memori masa kerja di Pizza Hut . Hari ini aku nak cerita tentang regular costumer . Kat mana-mana kedai makan pasti akan ada pelanggan tetap means dorang selesa lepak dan makan di sesuatu kedai tu . Sepanjang dua bulan aku kerja , di sini aku senaraikan beberapa jenis pelanggan tetap di Pizza Hut :)

Aku ingat lagi , ada beberapa orang mamat Nepal yang memang akan datang makan kat situ dua atau tiga kali seminggu , empat hari yang lain tu dorang makan KFC sebab aku nampak dorang bawak plastik berlogo KFC . Hehe . Kalau diorang datang je , kami pekerja pizza dah tahu dah apa yang bakal dia order . Kalau korang selalu makan kat Pizza , mesti korang tahu set Sensasi Delight yang harganya tak sampai RM10 tu , memang mampu la sesiapa pun nak makan pizza , sebab harga set ni murah . Set yang paling murah di Pizza Hut .

Berbalik kepada mamat-mamat Nepal tadi , kalau diorang datang , diorang dah aim dah menu sensasi tu .

Mereka : Can I have the sensasi Delight menu please , hmm . We want 4 set of Sensasi Set 1 , the pizza is chicken masala , ocean tuna , triple chicken and garlic butter chicken . The drink we want 2 revive , 1 7 up and 1 pepsi . The revive one with ice and one without ice . The other two are with little ice . ( satu dua ketul gitu jer )

erkk , okay . aku pon salin lah . memang banyak la kan apa yang dia nak , apa yang dia taknak . Tu belum kira yang tak nak pizza ada nenas la apa la . Yang vegetarian la . Yang komen sup tak sedap la , sup tak panas lah . Memang merah gak lah telinga ni tahan .

Ada sorang tu , dia datang makan sorang jer , tapi belum sempat bawak kat table , dia dah duduk dah dekat table yang seat nye untuk 6 orang , erkkk kawan2 dia invisible agaknya . Haha . Ini pun sama juga , dia minta menu sensasi lepas tu terus order

Dia : I want Sensasi Set 2 , the pasta is chicken carbonara spaggeti and revive without ice . Thank you .

Fuhh , sekali lafaz je . Macam akad nikah pulak kan . Haha . Jadi kitorang staf service pizza memang dah hafal dah dia punya menu , siap boleh prepare awal2 lagi tu dia punya air dgn sup .

Tiba-tiba satu hari tu dia tukar , tak makan macam biasa , aku punya la yakin , siap ajuk lagi tu gaya dia cakap dekat kawan-kawan aku . Haha , sekali dia makan benda lain pulak , dengan lajunya aku bergerak ke bar dan cakap mamat tu demam agaknya hari ni or mungkin dia da nak termuntah makan benda sama jer . Hehe . Gurau je

Banyak lagi sebenarnya kerenah manusia , tunggu entri akan datang ya :)

Saturday, November 12, 2011

The Ending Of Semester 1 :)

Assalamualaikum , alhamdulillah tamat sudah satu semester di Matrik . Insyaallah jika diizinkan Allah , aku akan melangkah ke Semester 2 pada 21 November ini . Penamat semester tentulah peperiksaan . Ya , PSPM . Lepas habis exam orang mesti tanya .

ok ke exam ? boleh buat ? agak-agak boleh score tak ?

Serius , saya tak tahu macam mana nak jawab soalan-soalan mereka . Hurm , totally dissapointed with myself . 

Belajar ke tak ? Apasal nak sedih pulak ?

yeah , saya belajar , tapi mungkin tak cukup :(

Ha , menyesal la tu . tak guna la kau menyesal sekarang . Ingat result tu boleh tukar ke ? booo .

Hmm , okay . Serius cakap , cuti semester ni langsung tak buat aku rasa happy , terfikir-fikir result yang bakal diterima 6 hb 12 nanti . Bagus ? Teruk ? Hmm 50-50 .

I need to changed !

Woot ! dah berapa kali dah kau cakap nak berubah , nak berubah . tapi ? mana ? Mana perubahan kau ? Sedar la diri , sekarang kena bergerak pantas , kalau tak , ketinggalan la kau . Orang sekeliling kau semua sama ngan kau , nak rebut tempat kat universiti nanti . bukan seorang dua , beribu-ribu . Wake up ! Jangan dah terlambat nanti baru nak menyesal .

Maafkan aku sebab selalu berjanji nak berubah tapi tak pernah berjaya . Sekarang saya rasa perubahan itu sangat perlu demi mengejar cita-cita saya . Saya tak nak gagal dalam hidup . Insyaallah semester 2 , 3 dan 4 saya akan jadi yang terbaik , saya akan ulang kejayaan dahulu . amin :)

p/s : too many problems , please go away . Leave me alone . I dont need you !

Saturday, September 17, 2011

One Month To Go .

Sama ada kita sedar atau tidak , masa memang bergerak pantas tanpa menoleh ke belakang , sekejapnya masa berlalu . Sebulan lagi peperiksaan semester bakal menjelma . Sebulan sahaja . Sebulan . Berani lagi kah aku mengatakan lama lagi tempoh masa itu akan berakhir ? Hakikatnya debaran itu semakin ku rasakan .

Melihat rakan-rakan sekelas semakin tambah bersemangat mengaut semua ilmu yang diberi memberi aku kesedaran aku juga perlu seperti mereka . Kata-kata seseorang yang mengatakan 

'Jangan pernah berasa selesa dengan apa yang telah kamu dapat , jangan bandingkan keputusan kamu dengan orang yang keputusannya lebih teruk daripada kamu tapi bandingkanlah keputusan kamu dengan mereka yang cemerlang dan kamu akan merasakan diri kamu bukan apa-apa jika dibandingkan dengan mereka . Mahu tidak mahu , usaha gigih perlu dilaksanakan mulai saat ini .'

Aku seperti insan lain , ingin menggapai pointer setinggi 4.00 . Aku cuba , cuba dan terus mencuba . Aku dapat rasakan usaha aku kali ini dua kali ganda berbanding SPM , namun .. Masih jauh lagi untuk aku menggapai angka keramat itu . Peperiksaan Pertengahan Semester yang baru berlalu membuatkan aku semakin gusar . 

Aku akan terus usaha . Usaha dan usaha .

Wednesday, August 24, 2011

GADGET : Keperluan atau keinginan ?

Salam 1 Malaysia ! :)

Dunia semakin maju , setiap hari ada saja teknologi baru diperkenalkan . Kadang-kadang rasa kagum juga dengan pelbagai ciptaan manusia yang menarik dan memudahkan kehidupan seharian kita . Kalau tengok dekat internet , macam-macam gadget terbaru dapat kita lihat . Setiap syarikat pengeluaran kelihatan berlumba-lumba untuk memasarkan produk yang terbaik . Kita pula sebagai pengguna perlu bijak memilih agar tidak menyesal dengan apa yang telah kita beli . :)



Kalau hari ini keluar iklan syarikat A memperkenalkan telefon bimbit touch screen , tak lama selepas itu pasti ada syarikat lain yang turut mencuba nasib mencipta produk yang hampir sama kegunaannya . Biasalah tu . Yang untungnya kita juga kerana banyak pilihan . Sebagai contoh jika kita telah memiliki telefon bimbit yang mempunyai kamera 2 megapixel , tentu kita ada keinginan untuk memiliki telefon yang mempunyai kamera 5 atau 8 megapixel . Berkeinginan tidak salah , tapi jangan sampai membazir . Kalau memang kita mampu , just go on :)

Ada juga yang menjadikannya sebagai hobi , aku juga minat pada gadget-gadget terkini , tetapi untuk memilikinya jauh sekali memandangkan status aku sebagai seorang pelajar . Banyak lagi perkara yang perlu aku laburkan wang yang aku miliki . Mungkin apabila sudah melangkah ke alam pekerjaan , mengumpul gadget sesuai dijadikan sebagai hobi :)

setiap orang harus bijak menguruskan wang :)

Kamera DSLR , I Pad , I Phone , telefon Blackberry merupakan antara gadget yang menjadi idaman remaja masa kini . Haa , bagus juga kalau ingin memilikinya dan berazam mengumpul wang hasil usaha sendiri , bukankah kita akan lebih berpuas hati berbanding kita meminta wang ibu bapa untuk membelinya ? Bagi aku , aku lebih gemar berusaha sendiri daripada menyusahkan ibu bapa . Duit bukan senang untuk dicari :)

p/s : Setakat ni apa gadget yang korang ada ? Share la kat bawah ni :)

Tuesday, August 23, 2011

RAMADHAN : First time berjauhan :)

Hari ini dah masuk 23 Ramadhan . Dah tak lama lagi kita akan berhari raya .

Tahun ini tahun pertama aku berpuasa jauh daripada keluarga . Kesimpulannya , tahun 2011 di mana umur aku 18 tahun memang aku dapat belajar banyak benda dan pengalaman baru . Yelah , orang kata umur 18 ni sepatutnya dah tahu berdikari , dah tak boleh duduk bawah ketiak mak dah ( bila pulak aku duduk bawah ketiak ma ni ? ) hehe

Baru tahun ini aku tahu susah betul nak manage duit . Duduk sini budget seminggu RM 50 . Tu pun kadang-kadang terlebih budget , yelah makan dah berapa ringgit sehari . Kadang-kadang biar je perut ni berbunyi , mana  boleh layan sangat lapar perut ini . Sekali kaki ini dah melangkah ke kafe , melayang lagi duit ke poket makcik kafe . HAHA . Untung la makcik tu aku hari-hari kena bagi dia duit :)

Duduk matrik , menu harian aku hari-hari nasi putih dengan lauk ayam , sayur tu kadang-kadang ambil , muka aku dah macam ayam dah . =,= Sarapan tak pergi pun . Selalu juga berbunyi perut ni masa dalam lecture hall , tapi buat-buat tak dengar je . Kena save sikit duit ni . 

Padan muka aku . Masa duduk dengan family , tak pernah pun fikir duit nak makan , nak beli buku , nak beli keperluan . Sekarang , rasakan . Selagi aku boleh tahan lapar , aku mesti tahan . Haha . Risau gila tengok duit keluar macam air mengalir pulak kat sini . 

peneman setia saat berbuka di KMPK . :)
Pengalaman berpuasa .
Kalau cerita tentang puasa , first day puasa memang rasa sedih sikit lah , selalu hari-hari makan mak masak . Sekarang hari-hari kena makan makcik kafe masak . Haha . Sahur pula minum air dan makan roti je , kadang tu maggi pun aku tibai . Pedih gak perut ni makan maggi time sahur . Nak wat camne tu je yang ada . Haha . Kadang-kadang tak sahur pun , nasib la perut ni mampu bertahan . Kalau berbuka kat rumah , macam-macam hidangan ada , macam-macam jenis , tapi kat sini , berbuka makan kurma , lepas tu makan nasi . Mana ada kuih-kuih macam ma selalu buat . Oh , really miss my mom's cooking ! Time-time ni la terbayang ayam masak merah ma masak , kari ayam , ayam masak kurma yang ma masak . Perghhh sedap gila .

Walau di mana pun ku berada , keluarga tetap di hati . Hehe :) 
I love you all !  <3

Saturday, August 20, 2011

Pizza Hut : Masyuk :)

hai , nama saya Azila :)

mood : tibe-tibe rasa nak cerita pasal Pizza :)

Itulah pengalaman pertama aku bekerja . Pizza Hut Nilai , Negeri Sembilan tempat aku mencari pengalaman baru dalam hidup . Sebelum ni dengar-dengar kawan cerita je mereka pergi bekerja , ada yang keje dekat pasaraya , kedai makan , R & R , kedai jambu , macam-macam lagi lah . Aku pun tak ketinggalan untuk mencuba bagaimana susahnya mencari wang .

Al kisah bermula , setelah tamat PLKN , aku berniat untuk mengisi masa lapang sebelum menunggu panggilan ke IPTA atau Matrikulasi . Maka berhijrahlah aku ke Negeri Sembilan . Aku memilih bekerja di sana sebab ada kakak aku yang turut bekerja di sana . Jadi ku tinggal dengannya . Aku mula bekerja pada 30 Mac 2011 . Masa tu memang macam-macam rasa ada , takut , teruja dan macam-macam lagi . Yelah first time :)

First day aku belajar cara-cara nak kemas meja (buzzing) , setting table , pusing-pusing pizza , tengok tempat sediakan makanan , tempat buat air , macam-macam lagi . Manager ajar aku cara yang betul serve customer ,  kerja servis kat pizza ni dah nak sama taraf macam hotel . Bukan macam warung atau kedai makan tepi jalan tu , kami kena ikut ten moment of truth yang setiap bulan akan ada pelanggan misteri yang tengok cara kami serve customer dan akan bagi markah , so , memang kami kena praktikkanlah .

Nak hantar produk pun kena ikut turutan .
1.Air
2.Sup dan breadstick
3.Pizza
4.Dessert

Setiap kali hantar produk , kena mention nama produk dan kena cakap Enjoy your meal , Jemput makan or apa-apa ayat yang sesuai . 

Pizza Hut Nilai , kalau korang pernah datang , memang satu tempat yang sangat sibuk . Susah nak cari masa restoran ni lengang dengan orang . Bukan setakat orang melayu , cina , india saja makan kat sini , Negro , Pak Arab , orang putih pun makan kat sini . So , memang kena tahu speaking . Kadang-kadang tak paham juga slang mereka yang memang berbelit-belit tu , tapi kena juga cuba faham . Orang kata , customer is always right :)

Tak ada manusia yang tak pernah buat silap :)
Sepanjang aku bekerja di sana , banyak juga silap yang pernah aku buat antaranya salah punch order , salah hantar kat table , tertumpahkan air , macam-macam lagi , tapi kalau kita tak de buat silap , kita takkan tahu kelemahan kita kan ? So , aku anggap ini satu proses pembelajaran .

Alhamdulillah sepanjang aku bekerja , aku memang rasa enjoy , dapat ramai kawan baru , dapat belajar macam-macam , dapat tengok macam-macam gelagat orang Malaysia , orang luar negara . It is a process of learning . Dapat belajar macam mana nak berhadapan dengan orang , macam mana nak mesra dengan pelanggan .

Yang takkan aku lupa :
-Di satu lunch hour yang sangat sibuk , hanya aku service staff yang bekerja dan dibantu oleh manager-manager . Gila kau . Berkejar-kejar aku . Sabar je lah ~
-Di saat aku menjadi door person , aku dingorat oleh seorang Negro . Oh no !
-Kaki aku sakit-sakit sebab jadi door person daripada tengah hari sampai malam
-Belajar make up . Haha . 
-Tiba-tiba aku berubah jadi rajin dan sanggup selalu overtime . Haha . Keanehan~
-Cuti aku tiba-tiba dibatalkan kerana tak cukup staff . Sabo je le~
-Hari terakhir aku kerja , aku telah dimandikan oleh budak-budak pizza . Kuang ajaq !

Apa pun , aku pasti akan ke sana lagi nanti :) Always miss the moment . Tq guys !

KAWAN :)

Hello ! Lama tak menulis . Hari ni aku nak cerita tentang kawan baru :) Mana-mana pun pergi , tak de alasan untuk kita risau takde orang nak kawan dengan kita , asalkan kita rajin bertegur sapa dengan cara yang paling mudah iaitu SENYUM :) Sejak masuk ke matrik , aku dapat ramai kawan baru , kawan satu kuliah , satu tuto , satu KMPk tu lah , mana-mana pergi pasti akan terserempak dengan kawan-kawan , termasuklah hubungan baik dengan roommate2 classmate , ada tu yang memang ngam , dengan ni makin bertambah lagi kawan aku di sini :)

Serius , aku seronok dapat kenal dengan kawan-kawan baru yang betul-betul menceriakan hidup aku . Tak bermakna dulu aku tak gembira , tapi ada beberapa peristiwa yang buat aku makan hati sampai sekarang , tak perlu diungkit perkara lama , biarkan saja ia berlalu :)

Sejak masuk ke sini , aku memang bertekad nak buat baik dengan semua orang , aku taknak pisang berbuah dua kali , cukuplah masa dulu aku melalui hari-hari dengan perasaan yang sedih apabila melangkah masuk ke kelas . STOP IT . Dah tak mau dah macam dulu . Lagipun sekarang dah 18 , tak nak ada gaduh-gaduh lagi . Tak best kan bermasam-masam muka ? 

Setakat ni hubungan aku dengan rakan-rakan sekelas cukup baik dan aku sangat bersyukur dapat kawan-kawan yang memang happening , selalu ceriakan hari aku yang kadang-kadang kelam dek kerana pelbagai masalah kehidupan . Bila masuk kelas , jumpa diorang , hilang segala masalah , diorang betul-betul buat aku gembira berada di sini . 

Warga kuliah D1 Modul 2 ,
Korang memang happening , walaupun kita hanya 50 orang , itu sebenarnya yang buat kita semua rapat . Mudah kenal antara satu sama lain . Aku harap bilangan 50 orang tu takkan berkurang seorang pun  , sama-samalah kita melangkah maju ke semester seterusnya dengan pointer yang bagus :)Amin

Warga tutorial D1T2 ,
Thanks sangat-sangat sebab selalu tolong aku dalam study , ajar aku bila tak faham , memang aku hargai sangat2 . Sharing is caring , bila masuk kelas ni , memang aku rasa korang caring sangat2 la :) tq sangat untuk semua bantuan . 

Tu je wat masa ni , 2 minggu cuti , insyaallah aku akan rajin update di sini dan bercerita lagi tentang kehidupan yang sedang aku lalui sekarang :)

p/s : walaupun dapat kawan baru , aku takkan lupa kawan lama . dengan harapan kawan lama pun tak lupa aku :)

Saturday, July 9, 2011

BERUBAH ITU SUSAH ? :)

Betul ke susah nak buang tabiat lama dan berubah ke arah kebaikan . Ya , saya tahu memang susah , yelah benda yang dah lama kita buat , tiba-tiba kita nak stop buat cuma kerana 'seseorang' yang suruh . Tapi , apa salahnya kalau mencuba .

Dia kata : Saya dah cuba , bukan sekali dua saya cuba , tapi tak boleh . Mungkin benda2 tu dah sebati dengan diri saya 

I am totally disagreed . Macam mana nak berubah kalau terus mencari benda-benda salah tu . Tambahan pula ada orang pelawa , memang rugi kot kalau kau tolak . Oh manusia . fikirlah masa depanmu . Jalan hidup masih panjang , sampai bila nak terus macam tu .

Untuk berubah , sesorang itu perlukan someone untuk jadi pendorong dia untuk berubah , bukan seseorang yang akan terus menjerumuskan diri kamu ke lembah kejahatan . Cuba , cuba dan terus mencuba . Jangan pernah pandang semula ke masa gelapmu . Pilih kawan yang baik . Kalau tahu dia membawa unsur negatif , jauhi dia .

p/s : Aku tahu aku tidak lagi layak untuk menasihati kamu , mungkin juga kamu tidak akan pernah lagi membuka blog ini . Tapi aku menulis untuk peringatan semua . Jauhi perkara-perkara haram . Belum terlewat untuk bertaubat , pintu taubat Allah sentiasa terbuka .


Friday, July 8, 2011

BUAT BAIK KENA PILIH ORANG KE ?

Orang kata buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
Orang kata biar kita buat baik dengan semua orang , jangan pilih orang yang kita nak buat baik .
Ok mari bincang tentang ini .

Berbalik kepada tajuk asal , orang kata kita kena buat baik dengan semua orang . 

A : Aku tak faham . Kau boleh tolong ajar aku ?
B : Aku sibuk la weh , kau mintak tolong orang lain lah .

At the other side , bila ada 'orang lain' minta tolong , boleh pula kau tolong , ajar baik-baik pulak . See ? Kadang-kadang kita tak sedar kita ni memilih dalam menolong orang . Ada orang kita bersungguh-sungguh nak tolong , tapi ada orang yang kita rasa , alahh biarlah dia minta tolong orang lain . 

Kan bagus kalau kita tak macam tu , ilmu elok dikongsi . Sekali kita ajar orang , lebih mudah pelajaran tu kekal dalam ingatan kita . Aku teringin nak ajar orang , kalau aku tahu , memang aku rasa happy giler bila dapat ajar kawan-kawan yang lain . Aku dapat satu kepuasan yang sukar nak digambarkan . Hehe :)

So , janganlah memilih kalau nak kongsi ilmu , ajar je kalau orang tanya . Tak luak pun , dapat pahala lagi tu . :)


Cerita Tentang JANJI

Janji . Senang diungkapkan . Apa susah ? Guna mulut , cakap . Tak susah kan? Tapi yang susahnya ialah untuk tunaikan apa yang kau dah janji .



Bagi aku kalau dah janji , memang harus lah kau tunaikan , jangan buat-buat lupa , buat-buat tak ingat atau fikir yang orang lain dah lupa apa yang kau janji . Ingat , Allah ada . Janji tu macam amanah , berat weh . Jangan main lepas gitu je , kau dah beri harapan pada orang . Tu orang pesan , jangan suka berjanji kalau kau rasa kau tak mampu nak laksanakan. 

Maybe aku tulis ni for someone , tapi aku nak cakap yang aku ingat semua benda yang orang janji pada aku . Aku bukan senang nak lupakan segala perkara yang terjadi pada aku . Tapi aku percaya , kalau kita buat baik , kita akan dapat balasan baik . Aku takkan balas apa-apa . Aku serahkan semua pada Allah . 

Hati-hati bila berjanji . Kau dah beri harapan kat orang :)


Saturday, June 25, 2011

Sekarang Sudah 25 JUN ! :)

Dapat juga balik rumah akhirnya . Hehe . Perjalanan yang sepatutnya sejam jadi dua jam sebab kena tukar-tukar bas. Bas pulak bas lama,terkedek-kedek.Hehe. Tapi kena sabar,sebab memang teringin sangat nak balik rumah. Apatah lagi bila tengok budak-budak lain semua nak balik,aku pun balik jugaklah walaupun cuma dua hari.

Lepas ni memang tak dapat la nak balik sebab UPS dah nak dekat.Takut.Nervous.Susah.Dahla banyak benda tak faham lagi ni.Basic-basic time spm pun aku kena selak semula.Banyak yang berkaitan.Sebulan lagi nak UPS,penilaian pertama kitorang di sini.Penanda aras yang pertama.

Nak tak nak kena ubah cara belajar.Mula-mula masa aku masuk sini,aku memang relaks,selalu kena tegur dengan budak2 bilik.Dahla tidur paling awal,memang takde la nak stay up.Tapi bila dah sebulan,rasa tak cukup ilmu ni,banyak lagi kelemahan,mana boleh relaks-relaks.Kalau relaks juga,jangan harap nak capai pointer bagus.Nganga la jawabnya tengok result nanti,silap-silap kena tarik beg keluar daripada KMPk.

Lecturer cakap : 'Awak mesti berada di sini , awak PDT , ada 4 semester kena lalui. Macam2 boleh jadi. Awak kena lalu 3 peperiksaan semester sebelum sampai ke semester ke 4. Budak2 PST tu,nanti habis semester 1,lebih daripada 1 bas yang gagal , kena berhenti daripada matrik ..Awak ada 3 tau , fikir baik-baik .

Tu la yang aku fikir hari-hari.Kadang-kadang termenung je time lecturer bercakap kat depan.Ada yang satu pun aku tak ingat.Huu.Kena lipat ganda lagi usaha ni.Kalau sekarang aku rasa dah usaha,rupanya belum cukup.Budak2 kat sini study siang malam,tak kira tempat.Aku pun kena macam mereka dan aku yakin aku boleh :)



Sunday, May 22, 2011

Warga 1993 : Welcome to new life !

Sedar tak sedar , alam persekolahan dah pun berlalu . Hari ini dah ada pun yang mendaftar dan melangkah ke alam universiti . Kawan2 , tak kira ke mana arah tujuan kita lepas ni , sama ada asasi , matrikulasi , diploma , tingkatan 6 , politeknik , foundation , maktab perguruan atau lain-lain , matlamat kita semua masih sama . Jadi yang terbaik antara yang terbaik . Sah2 la lepas ni persaingan makin sengit , kalau dulu kita dipisahkan dengan taraf sekolah harian , sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains mara , sekarang kita sama-sama belajar kembali di tempat yang sama .

Sibuk sangat bekerja sementara sebelum ni , aku tak sempat nak update tentang tawaran yang aku terima setelah tamat SPM . KPLSPM ? Awal2 aku dah direject . Haha . Punah harapan nak jadi cikgu , agak sedih juga rasa . Lepas tu datang pula tawaran yang aku tak pernah jangka iaitu matrikulasi . Aku tak pernah mengharapkan akan dapat ke program matrikulasi memandangkan keputusan SPM aku yang agak bengkang bengkok dan pelbagai huruf tu . Haha . Lepas tu aku dapat tawaran UPU pula iaitu Diploma Teknologi Polimer Fakulti Sains Gunaan UiTM cawangan Arau Perlis .

Lepas berfikir , tanya keluarga , kawan-kawan , aku memutuskan untuk ke matrikulasi . Aku terpilih untuk ke program dua tahun ( PDT ) jurusan Sains di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) . Walaupun aku dapat program dua tahun , tu pun dah syukur sangat sebab aku jangkakan yang aku tak dapat langsung ! Hehe . Maka dengan itu , Isnin ini bersamaan 23 Mei 2011 , aku akan mendaftar di KMPk . :) Aku harap aku dah buat pilihan yang tepat dan akan aku usaha semaksima mungkin untuk cemerlang di sana . Insyaallah :)

Saturday, May 21, 2011

Ohh NAZZ

kalau ada award awek pizza paling cun , aku nak kasi kat kau nazz . :)

First impression zila bila jumpa nazz , nazz comel sangat . nazz juga budak yang bercakap dengan bahasa yang sopan . Nazz juga budak yang rajin . 

Wahai pembaca-pembaca blog ku , inginkah kamu tahu siapa Nazz ni ? Taraaaaa !



Inilah nazz , si gadis comel di Pizza Hut . Kawan aku yang paling baik masa aku kerja di Pizza Hut Nilai . Kawan tempat aku cerita suka duka hidup aku . Nazz la best friend aku kat pizza tuh . 31 Mac kami berkenalan . Time tu dia hari kedua dan aku baru hari pertama . Aku memang lambat sesuaikan diri dengan suasana baru jadi orang yang baru kenal aku akan kata aku pendiam . Yeah , hampir semua orang akan kata sedemikian .

Tapi . Tak lama lepas tu , lepas aku dah dapat sesuaikan diri , semua orang aku berkawan . Kawan-kawan semua happening la . Tapi dalam ramai2 , nazz paling best , zila suka bila dapat usik nazz . HAHA

Note for you : Good luck in your new life beb :)  Jangan lupa zila tau , nanti if zila datang sana , jumpa ek . Rindu Nazz ! Simpan rahsia kita berdua baik2 , kunci dalam hati . HAHA . Saya sayang awak laa kawan . Tq for being a nice friend .



p/s : Tq for the sweet entry nazz . I really love it :')

Wednesday, May 4, 2011

Tahniah ! Matrikulasi dan Tingkatan 6 :)

Hai semua , nampaknya keputusan pemilihan calon untuk ke program matrikulasi dan tingkatan 6 bukan lagi rahsia kini . Ada yang meloncat kegembiraan kerana terpilih untuk matrikulasi ataupun tingkatan 6 .

Walaupun aku gagal untuk menempah tempat di maktab perguruan , aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke program dua tahun matrikulasi dalam jurusan sains di Kolej Matrikulasi Perak yang terletak di Gopeng . Pada awalnya aku memang tidak percaya akan mendapat tawaran kerana keputusan SPM yang kurang meyakinkan aku , hehe . Secara jujur , aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk matrikulasi , namun kuasa Allah , alhamdulillah atas rezeki ini.

Aku kini masih menunggu keputusan UPU pula yang dijangka akan dapat disemak pada Jumaat ini , 6 Mei 2011 . Selepas itu , baru aku akan membuat pilihan untuk mrlanjutkan pelajaran di mana . Nampaknya minggu hadapan aku harus meletakkan jawatan daripada Pizza Hut Nilai , tempat aku berkhidmat sebagai staf servis sejak 31 Mac yang lalu .  Banyak kenangan pahit dan manis yang aku perolehi , pasti akan aku ceritakan kepada kalian di entri akan datang :)

Wednesday, March 30, 2011

Sopannya DIA :p

Aku buka account tagged tadi , dapat mesej ni . Tak tahu nape aku rasa nak gelak . HEHE . Ntah kat berapa ramai dia copy paste ayat ni .




Rasa macam dapat surat kiriman pulak . hehehe :p

8 Kos Pilihan Hati :) Boleh tolong Saya tak ?

Assalamualaikum . Maaf ek kawan-kawan , agak busy sedikit belakangan ini menguruskan perihal permohonan ke IPTA . Alhamdulillah aku telah membuat pilihan setelah meneliti beberapa kos yang layak aku pohon . Sebenarnya rasa sedih juga di hati sebab banyak kos yang aku tak layak mohon . Mungkin kerana subjek Matematik Tambahan aku tidak mendapat kredit . Hehe . 

Di sini aku nak minta pendapat kalian tentang kos yang aku pilih dan aku sertakan juga keputusan SPM aku untuk dijadikan rujukan . Berikut merupakan keputusan SPM aku .

Bahasa Melayu - A+
Bahasa Inggeris - A
Matematik - A
Sejarah - A
Pendidikan Islam - A-
Pendidikan Seni Visual - A
Fizik - C+
Kimia - C
Biologi - C
Matematik Tambahan - D

Berikut merupakan kos-kos yang aku pohon :

Pilihan 1 : UiTM - Diploma Mikrobiologi
Pilihan 2 : UiTM - Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Pilihan 3 : UiTM - Diploma Pengimejan Perubatan
Pilihan 4 : UPSI - Diploma Bahasa Inggeris
Pilihan 5 : UiTM - Diploma Teknologi Polimer
Pilihan 6 : UiTM - Diploma Fisioterapi
Pilihan 7 : UPSI - Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Pilihan 8 : UiTM - Diploma Kesihatan Persekitaran

Hmm . Apa pandangan korang ? Sesuai tak dengan result aku yang tak seberapa tu ? Hehe . Risau juga kalau tersilap pilihan , menyesal pula nanti , jadi aku harap korang dapat bantu aku . Terima kasih banyak-banyak





Monday, March 28, 2011

Kenanganterindah:Harianugerahsmksagbidor2011 :)

Sabtu lepas telah berlangsungnya hari anugerah kecemerlangan di SMKSAG . Masa aku ambil result hari itu , cikgu bagi aku 1 kertas yang menjemput aku untuk menghadiri majlis tersebut . Aku tersenyum gembira apatah lagi dua rakan baikku turut diundang .

Setahun yang lalu , kami bertiga menyimpan impian untuk menghadiri hari anugerah sekolah selepas kami tamat tingkatan 5 . Alhamdulillah kami berjaya walaupun bukan sebagai penerima anugerah cemerlang SPM , tetapi sebagai penerima anugerah terbaik matapelajaran.

Hadir sebagai bekas pelajar , memang terasa lain . Bila tengok wajah cikgu-cikgu , terasa rindu di hati . Disambut dengan senyuman para guru , memang indah rasanya . Takkan aku lupa jasa cikgu-cikgu di sini yang telah bersusah payah mendidik aku sejak dari tingkatan 1 hingga 5 :)

tan , yoges dan faten :)

Mereka bertiga merupakan pelajar pintar di sekolah . Ketiga-tiga mendapat 9A :) Tahniah kawan-kawan . Yang paling kuat berusaha adalah Yoges dan Faten . Tan nampak cool di sekolah , tapi di rumah sudah tentu dia banyak meluangkan masa dengan buku-buku . Yoges pelajar yang banyak peningkatan . Faten sememangnya pintar dan sering menjadi rujukan aku dan rakan-rakan

aku : terbaik matapelajaran Bahasa Melayu :)

wany dan zarul . my best girlfriend and boyfriend :)
aku harap persahabatan kita terus kekal . wany , rasa sayu je time peluk hari tu , hehe , Harap kita bertiga dapat lepak sama-sama lagi . Serius , aku gembira dapat kawan yang happening macam korang berdua . Aku doakan korang berjaya di masa depan . Balik Bidor , calling2 la ok . Hehe :) Aku harap aku boleh jumpa kawan sebaik korang . Love you lah :))

kenangan terindah :) jilawanyjarulfaten
harianugerahsmksagbidor2011

Wednesday, March 23, 2011

Soalan Ulangan 23 Mac : Awak Dapat Berapa SPM ? Errr . Errr . :)

Seawal 10 pagi aku dah bersiap-siap untuk ke sekolah . Bersama 3 orang kawan baikku , kami ke sekolah untuk mengambil hadiah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia . Alaaaa . Slip SPM 2010 . Hehe :)

Debar di hati hanya Allah yang tahu . Tangan menggigil . Badan sejuk . Haha . Aku risau jika tidak dapat membanggakan keluarga . Tiba saat nama dipanggil .

Azila !
Aku berjalan ke arah meja keramat itu . Hehe
Aku pegang slip .
1 , 2 , 3 , 4 , 5 . Ehhhhh salah kira . lagi sekali . lagi sekali .
1, 2 , 3 , 4 , 5 , 6 ! 
6 A . 
Aku alihkan pandangan ke 4 subjek di bawah 
Additional Mathematics D
Physics C+
Chemistry C
Biology C


Keputusan : 1 A+ 4A 1A- 1C+ 2C 1D atau 6A 3C 1D

Aku hanya mampu tersenyum . Lazimnya memang keempat-empat subjek ini memang itulah gred yang aku dapat . Tapi aku bersyukur pada Mu Ya Allah , ini keputusan terbaik pernah aku terima sejak aku belajar di aliran Sains Tulen ini . Hari Sabtu ini , Hari Anugerah Sekolah , aku penerima anugerah terbaik matapelajaran Bahasa Melayu :) 

Terima kasih keluarga
Terima kasih rakan-rakan
Terima kasih guru-guru Tadika Islam Sungkai , Sk Bidor dan SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor .
Jasa kalian akan aku kenang !
Perjalanan sebenar kehidupan baru saja bermula :)

p/s : Sekalung ucapan terima kasih untuk kalian yang ucap selamat hari lahir buat zila semalam :) Sayang korang !

Monday, March 21, 2011

Maki . Kutuk . Hina ! Sudahlah :)

Aku cukup rasa tak berkenan bila tengok orang melepaskan kemarahan di kotak status Facebook atau mana-mana laman sosial . Huhhh . Sudahlah bahasa yang digunakan amat-amat teruk , siap mencarut bagai . Hello ! Bahasa Jiwa Bangsa ! 

klik untuk tulisan yang gemuk
Tambah-tambah lagi kalau marah kat orang , nak libatkan mak ayah orang tu . Wehhh . Makcik dengan pakcik tu tak salah apa-apa tau . Kau ada masalah dengan anak dia , maki anak dia cukuplah . Takyah la canang nama mak ayah dia sekali . Haiii panas sungguh bila baca status-status cenggini . Hide saja orang sebegini . Tak pun remove je ! Hehe . Hati pun tak sakit , mata pun tak buta lagi dengan status macam ni .

p/s : Apa kata korang ?

Sunday, March 20, 2011

23 Mac : KPM bagi hadiah ! :)

23 Mac 2011 , semua calon SPM 2010 akan menerima hadiah yang boleh diambil di sekolah masing-masing . Hehe . Hadiahnya merupakan sehelai kertas yang mempunyai mungkin satu sahaja abjad iaitu A , ataupun berbagai abjad lain seperti B , C , D , E dan G . Akan wujud juga simbol + dan - dalam kertas yang memberi pengertian yang cukup besar bagi calon-calon SPM . 

bergetar tangan ! haha
Pada hari tersebut , pelbagai riak wajah dapat kita lihat . Ada yang tersenyum puas , tersenyum kelat dan pasti ada yang akan mengalirkan air mata . Dimanakah agaknya posisi aku ? Aku mahu tersenyum puas pada hari itu namun kita tunggu dan lihat sahaja . :) Hari itu juga aku dapat bertemu kembali rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa . Pasti banyak perubahan dapat dilihat bukan ? 

23 Mac juga aku dapat kembali melihat kawasan sekolah . Rindunyeeee ! Hehe . Dapat berjumpa cikgu-cikgu tersayang , adik-adik yang masih menuntut di sana serta semua kakitangan sekolah . Adakah aku mampu menjadi salah seorang pelajar kebanggaan sekolah setelah straight A's dalam UPSR dan PMR? Sebenarnya aku telah cukup bersedia dengan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima . Baik buruk apa yang aku dapat nanti , itulah apa yang telah aku usahakan .

Aku anggap keputusan SPM ini sebagai hadiah untuk diri sendiri kerana 22 Mac merupakan hari jadi aku . Hehe . Gembira ? Sedih ? Kecewa ? Ahhh . Terima sajalah . Siapa suruh main-main dulu kan ? Hehe ! Apa-apa pun , aku doakan kawan-kawan dapat keputusan yang terbaik kali ini ! Amin ! Salam 1 Malaysia ! 

Saturday, March 19, 2011

Couple Contract di PLKN ??

Beberapa orang telah memperkenalkan aku dengan perkataan Couple Contract ni sebelum aku ke PLKN . Mereka nasihatkan aku agar tidak terlibat dengannya . Berkawan tak salah asalkan jangan sampai tersangkut . Hehe . Aku pegang kata-kata tu .

Di kala rakan-rakan lain sibuk bercakap tentang wira , aku hanya mendengar cerita mereka .

A:Weh , si Ayob minta no fon aku tadi masa kat dewan makan . Aku pun bagi lah !
B:Abu ajak aku jumpe dekat hall mart waktu makan nanti . Ko teman aku ek?
C:Aku dah kapel dengan sorang mamat Charlie ni.Ensem seyhh!

Hehe . Kalau aku cerita , ada yang akan kata aku cemburu . Ehh sorry sikit pun tak . Ada juga yang kata 

D:Setia betul ko kat bf ko . Ala relaks la dia bukan tahu ko buat apa kat sini.

Jangan samakan orang lain dengan diri sendiri . Setiap orang punya prinsip yang tersendiri . Bila lagi kita nak jadi seorang yang setia kan ? Sekarang aku tengok , ramai yang meluahkan perasaan .

E:Rindulah dekat si dia kat PLKN :(

Hehe sabar je lah ek kawan-kawan :) Ala , semua pun orang Perak kan . Pergilah jumpa . HAHA . Jangan marah ! :)

Friday, March 18, 2011

PAKAIAN KREATIF : Kuasa HP di PLKN :)

Perhatian kepada semua wira dan wirawati , anda boleh turun ke dewan makan untuk minum malam sekarang . Bawa bersama telefon bimbit anda . Sekian harap maklum .

Pengumuman itu disambut dengan keluhan oleh kami semua . Ahh . Tak suka betul bila kena serah phone . Rasa macam tak bernyawa bila takde phone . Haha OVER . Lepas je pengumuman tu , semua pakat call orang2 tersayang . Masa kat dewan makan , bukan ramai pun yang minum , masing-masing sibuk dengan telefon masing-masing , yelah Jumaat depan baru boleh dapat semula . Seksa juga menunggunya .

Kalau ada acara apa-apa , kami akan dijanjikan dengan pemberian telefon bimbit jika kami all out dalam acara tersebut . Contohnya masa pertandingan kembara halangan , lepas je pengumuman pemenang iaitu kompeni Charlie , kami telah diberikan ganjaran telefon bimbit sehingga 28 Februari 2011 oleh tuan komandan . Wahhh! Melonjak gembira mengalahkan menang acara . Hehe . Tersenyum sendirian bila mengenangkannya .

Tiba 28 Februari , telefon kami perlu diserahkan semula dan kami boleh dapat kembali jika berpakaian kreatif semasa menonton sukan . Haa . Masa ini kami semua memang berusaha bersungguh-sungguh mencipta pakaian kreatif masing-masing. Macam-macam pakaian lucu dapat dilihat menunjukkan kesungguhan kami untuk mendapatkan semula telefon kami . Masa ini ganjarannya ialah kami boleh simpan sendiri telefon kami sehingga 13 Mac iaitu tarikh tamat latihan ! Memang tersangatlah gembira dan tuan Komandan memuji pakaian-pakaian kami pada masa itu .

antara pakaian terbaik

aiyaa . apek sudah jadi amoi.HAHA

demi handphone ! HAHA
pahlawan cina . HEHE

apa tu ? haha
Inilah kemeriahan Kem Syruz . Macam-macam gelagat dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila :')


Thursday, March 17, 2011

Kawad Kaki : Best ! Suka Suka :)

Baris , baris sedia .
Ke kanan lurus . 
Baris , pandang depan !
Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing !
Hentak kaki . 10 . 1 . 2 hentak kaki cepat !
Dari kanan cepat jalan !
Tukar langkah semasa berjalan , tukar langkah !
Hormat , hormat ke hadapan hormat !
Skuad henti ! Baris akan menghadap ke hadapan , ke kanan pusing .
Keluar baris !

Haha , tu merupakan antara arahan dalam kawad yang semua harus tahu . Penting tau kawad ni . Kalau di PLKN , pergi mana saja kita kena berkawad . Ala bukan susah sangat pun , kiri kanan kiri , kiri kanan kiri . Tangan jangan lupa ya , harus paras ! Kalau tak , ketua kompeni akan marah . Hehe . Kalau kita ayun tangan betul-betul , baris akan nampak cantik tau . Baru best berkawad . 

Kalau nak menuju ke padang kawad tu , hilang jugalah suara dibuatnya sebab jarak antara dorm wirawati dan  padang kawad agak jauh . Sepanjang perjalanan wajib berteriak masa 'kiri kanan kiri' sampailah ke padang kawad . Penat tau . Tapi inilah dinamakan pengalaman . Masa latihan kawad , memang sengsara rasa kulit ini .Rasa panas yang amat sangat . Macam dah dipanggang rasanya . Haha . Hasilnya , wujud belak di wajah . Haha . Hitam dah muka aku beb . Nak tengok budak hitam ?



Tiba-tiba lepas keluar PLKN ni rasa rindu nak berkawad , yelah benda yang kita buat hari-hari tiba-tiba kita dah tak buat , rasa pelik sangat . Hehe . Itulah manusia , masa kat sana , merungut nak balik , bila dah balik ni , aku rasa rindu gila suasana kem ! Huaaaa . Boringnya duduk rumah . :(

Wednesday, March 16, 2011

Guard Malam : Menakutkan !





Cerita pertama aku tentang PLKN ialah pengalaman berjaga malam . Malam itu aku ditugaskan untuk berjaga pada jam 1.30-3.00 pagi bersama dua lagi rakanku , Abby dan Lynn . Pakaian ketika berjaga ? Full Celoreng beb ! Macam apa je tengah-tengah malam , kami bertiga perlu pusing lapan dorm dengan berpakaian full celoreng . 

Bila tiba masa nak berjaga malam , semua yang bertugas perlu melapor diri di bilik Jurulatih bertugas untuk catat nama . Tepat pukul 12 tengah malam , semua yang bertugas iaitu 3 orang bagi setiap dorm 5 , 6 , 7 dan 8 perlu berada di dalam bilik rehat sementara menanti waktu bertugas masing-masing . Ada yang bawa selimut , bantal sebagai peneman tidur . Hehe . Aku bawa apa ? Aku bawa telefon saja . Ada yang akan menemani nanti . Wink ~ Hehe

Jam menunjukkan 1.30 pagi bermakna shift pertama tamat , tiba giliran aku dan dua rakanku daripada dorm 7 pula . Dengan mata mengantuk dan berbekalkan dua lampu suluh di tangan , kami bertiga berjalan-jalan mengawasi semua dorm wirawati . Huhhh 1.30 beb . Aku bukanlah seorang yang berani untuk menyuluh sini sana takut tersuluh benda tak sepatutnya . Mau lari tak cukup tanah aku masuk ke dorm . Haha . Kawan aku si Abby , semua benda nak disuluhnya . Ketar lutut aku dibuatnya . Jalan penyelesaian , kami membuat keputusan untuk duduk di kawasan tengah-tengah antara 8 dorm . 

Macam-macam bunyi kami dengar . Bunyi orang nak buka pintu , bunyi benda jatuh . Haiiii . Cepatlah pukul 3 ~ Lambat sungguh . Berkali-kali aku dan Lynn tengok jam . Lambat betul ku rasakan waktu bergerak masa-masa genting ni . Hehe . Keputusan seterusnya , aku dan Lynn berbaring di bawah khemah dan tidur buat seketika . 2.50 pagi kami bangun semula . Yeyy . Waktu tugasan hampir tamat . Berkali-kali Abby mengusik aku dan Lynn penakut . Haha . Memang aku takut !

Jam 3 pagi , aku dan dua rakanku masuk semula ke dalam bilik rehat dan mengejutkan rakan yang akan bertugas pada pukul 3 sehingga 4.30 pagi . Terasa lega sekali setelah tamat tugas . Tugas seterusnya ? Apa lagi tidurlah ! Hehe . Apa-apa pun ini salah satu pengalaman berharga semasa aku di PLKN . Ada bnyak lagi . Next entry pula ye ! Daaa :)

Monday, March 14, 2011

TAMAT SUDAH TUGASKU :)

Tengok kiri tengok kanan . Entri terakhir ialah pada 5 Februari 2011 . Hari ini 14 Mac 2011 . Sebulan lebih aku tak menghadap pc untuk menulis di sini . Hoho . Terasa rindu hati ini pada kalian semua . Chewahh . Aku lihat teman-teman bloggers sudah jauh ke hadapan . Dengan pengisian entri yang semakin mantap serta jumlah pengikut yang semakin ramai . Tahniah kawan-kawan ! :)

Jika kalian masih ingat pada aku , aku baru sahaja menamatkan latihan PLKN di Kem Syruz , Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 13 Mac 2011 :) Mata mengantuk kerana malam sebelum itu merupakan majlis perpisahan , kebanyakan daripada kami tidur pada jam 5 pagi kerana majlis tamat pada jam 4 pagi . Tak pe , malam terakhir di kem , harus diraikan kerana keesokan harinya kaki akan melangkah pergi daripada PLKN . 

Melihat rakan-rakan menangis di malam itu , hati cukup rasa tersentuh . Mataku juga berakhir tapi ku tahan sendu di hati . Hehe . AYAT ! Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang berada di sana . Akan aku ceritakan di entri-entri akan datang . Ada tak yang berminat untuk membaca ? Hehe . Oklah setakat ini coretan pertama setelah tamat latihan , nantikan entri selanjutnya :)


Saturday, February 5, 2011

SYRUZ CAMP : Terbaik !

Kenali rakan pelbagai budaya , Selami warisan kita yang kaya , Bersama bergandingan tiada perbezaan , Kita warga Malaysia .

Dorm 7 Kompeni Delta ! Selamat berjumpa esok !

Majulah maju maju kita maju
Bergerak seiring bersatu
Majulah maju maju kita maju
Kita lahir untuk juara
Revolusi hebat !

Kompeni Delta Kompeni Hebat 
Semangat kami sentiasa kuat
We working hard working smart
Bersatu padu dan bersepakat
Revolusi hebat
Kita pasti juara !

Apa yang best di PLKN Syruz ?

Kami dapat terus pegang sendiri handphone kami selama 3 minggu sebagai hadiah persembahan yang hebat semasa Kontrak Perjanjian Transformasi :)

Setiap minggu ada karaoke . Memang seronok time ni , dapat dengar wira dan wirawati menyanyi . Ada suara yang layak dapat kad merah dan hijau ujibakat Akademi Fantasia . Hehe !

Kami ada komanden kem yang handsome ! Betul . Tak tipu . Mejar Jaffari juga sangat sporting dan peramah . Beliau dan isteri pernah join kami karaoke . Suara beliau memang best !

Kami ada jurulatih yang sangat best ! Hehe . Kau ada ? :p

Makanan memang sedap ! Rugi kalau tak makan . Ada kawan-kawan di kem lain merungut tentang makanan di kem mereka , bagi aku makanan di PLKN Syruz memang terbaik lahhh . :)

Ini baru sebulan , setelah 3 bulan aku pasti dapat senaraikan lebih banyak perkara yang menarik di PLKN Syruz . Syukur kerana terpilih :) Dapat aku rasakan ikatan yang semakin kukuh antara kami semua . Kata komanden , di penghujung kem nanti , pasti kami akan mengalirkan air mata . Aku juga yakin perkara tersebut akan berlaku :) Esok aku akan kembali ke sana , menghabiskan baki sebulan setengah di sana . Doakan segalanya berjalan lancar . Insyaallah . :)



Friday, February 4, 2011

PLKN : ANNOYING ANNOUNCEMENT :p

Kalau korang pun pernah pergi PLKN mesti korang tahu hari Ahad merupakan hari lawatan keluarga . Waktu tu  memang ramai lah ibu bapa datang melawat anak-anak mereka . Hari Ahad merupakan hari untuk kami berehat ,jadi berehat sajalah di dalam dorm masing-masing . Aktiviti utama adalah TIDUR ! Haha . Cover balik waktu tidur yang tak cukup tu . Memang best . 

Cerita tentang lawatan keluarga , minggu kedua memang ramai parents yang datang . Tak sampai dua tiga minit akan berbunyilah 
Ting tong ! Perhatian kepada wirawati Aminah binti Ali , anda diminta hadir ke khemah lawatan sekarang kerana waris anda sedang menunggu harap maklum . Ting tong .

Daripada pukul 9 pagi sampailah pukul 5 petang , ayat itu akan berkumandang di telinga kami semua . Hehe . Aku memang tak pernah nak dengar kot-kot nama aku ke yang dia sebut sebab family aku hadapi kesukaran untuk ke sini :)

Tapi serius aku cakap , waktu lalu di khemah lawatan tu rasa sayu je hati aku . Aku boleh je hidup jauh daripada keluarga , tapi bila tengok orang lain , family dorang datang . Fuhh tahan juga emosi ni . Hehe . TApi takpe aku faham kondisi keluarga aku . Mana tahu nanti ada masa family aku datang . Hehe . Amin :)

Apa-apa pun , ini pengalaman pertama aku hidup jauh daripada keluarga . Pengalaman mematangkan kita :)

Thursday, February 3, 2011

PLKN : HARI PERTAMA

Assalamualaikum warga blogger ! Fuh . Sebulan sudah aku tidak update blog ni . Dah berhabuk ! Fuhhhhh2 . Semalam sehingga Ahad ini aku dapat pulang ke rumah . Yeahh . Memang ini saat yang dinantikan oleh kami semua wira dan wirawati Kem Syruz . 

Hari pertama sangat mendebarkan bagi aku . Cheewahh . Yela pertama kali aku berseorangan tanpa sesiapa pun  yang aku kenal . Pagi tu , aku tiba agak lewat di Tapah .  Aku sampai jer tengok bas dah jalan . Ahh sudah , aku kena tinggal ke . Heheehe . Rupanya ada 3 bas . Yang dah jalan tu bas first . Ok , lega !

Perjalanan daripada Tapah ke Kem Syruz memakan masa 2 jam setengah . Sempat juga lah tidur dalam bas . Haha . Sampai jer kat kem , terus pergi pendaftaran . Cikgu tu lekat sticker tertulis nombor 7 di kertas aku . Bermakna aku akan ditempatkan di Dorm 7 , Kompeni Delta :)

Lepas pendaftaran , kena melalui pemeriksaan beg . Dahsyat juga cikgu tu selongkar . Hehe . Penat aku lipat cantik2 . :p Dah lepas pemeriksaan , aku pun pergilah ke dorm 7 . 

Assalamualaikum ! Ada katil kosong tak ? 
Dorang jawab tak ada . Rupanya kem ni dah over limit , sepatutnya 450 saja , tapi kem ni dah lebih . Pelatih ada 500 lebih . Memang ramai . Sebab tu tak cukup serba-serbi . Tapi pihak pengurusan dapat atasi masalah ini . Dapatlah aku katil , bantal dan locker . :)

Lepas tu pergi ambil pakaian . Rasa gembira juga banyak dapat barang percuma . Hehe . Bukan selalu . Kalau kena bayar entah berapa la harga semua barang tu . 

Sekian sahaja kisah saya di hari pertama :)

Monday, January 3, 2011

MASA UNTUK PLKN : Selamat Tinggal Perak Selamat Datang Pulau Pinang :)

Nampaknya esok sudah 4 Januari 2011 , tarikh untuk saya mendaftar sebagai salah seorang wirawati PLKN di Kem Syruz , Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Pelbagai perasaan saya rasakan sekarang . Mahu tak mahu saya memang harus pergi . Walaupun ramai yang mentertawakan saya , saya yakin program ini baik untuk saya :)

Nampaknya blog ini akan terbiar sepi . Tiada lagi wajah saya di friendlist chat di Facebook . Tiada lagi kelibat saya di dalam rumah . Tiada lagi SMS dapat dihantar kepada teman-teman . Tiada lagi sesi blogwalking dan komen entri blogger lain . Semua bakal tiada . Hehe . Kalau ada cuti , belum tahu dapat balik ke tidak . Kalau dapat balik , sudah tentu saya akan menulis di sini . Mungkin selepas ini pageviews akan menjadi KOSONG . Haha . Sangat sedih melihatnya .

muka tak berapa nak rela
Oh Azila ! Jangan berlebihan . Hanya sehingga 13 Mac sahaja ! Hatiku berbisik . :) Baiklah cuma dua bulan lebih saja . Pssst ! (Sekadar menyedapkan hati) HAHA .  Mereka yang paling dirindui tentulah keluarga :)

Terima kasih kepada awak , awak , awak dan awak yang sudi membaca setiap entri saya walaupun kadang-kadang entri saya berbaur sinis . Hehe . Sekali-sekala luahkan rasa hati terasa lega jika dapat dikongsi bersama . Harap kawan-kawan dapat doakan saya selamat pergi dan selamat pulang . Saya akan merindui kalian ! :) Bye bye BLOGGER.COM :)


p/s : buak awok yang kat ganu tu mekaseh untuk semua tau , sayo ake rindu ke awok . haha ;)


Related Posts with Thumbnails