Monday, January 3, 2011

MASA UNTUK PLKN : Selamat Tinggal Perak Selamat Datang Pulau Pinang :)

Nampaknya esok sudah 4 Januari 2011 , tarikh untuk saya mendaftar sebagai salah seorang wirawati PLKN di Kem Syruz , Bukit Mertajam , Pulau Pinang . Pelbagai perasaan saya rasakan sekarang . Mahu tak mahu saya memang harus pergi . Walaupun ramai yang mentertawakan saya , saya yakin program ini baik untuk saya :)

Nampaknya blog ini akan terbiar sepi . Tiada lagi wajah saya di friendlist chat di Facebook . Tiada lagi kelibat saya di dalam rumah . Tiada lagi SMS dapat dihantar kepada teman-teman . Tiada lagi sesi blogwalking dan komen entri blogger lain . Semua bakal tiada . Hehe . Kalau ada cuti , belum tahu dapat balik ke tidak . Kalau dapat balik , sudah tentu saya akan menulis di sini . Mungkin selepas ini pageviews akan menjadi KOSONG . Haha . Sangat sedih melihatnya .

muka tak berapa nak rela
Oh Azila ! Jangan berlebihan . Hanya sehingga 13 Mac sahaja ! Hatiku berbisik . :) Baiklah cuma dua bulan lebih saja . Pssst ! (Sekadar menyedapkan hati) HAHA .  Mereka yang paling dirindui tentulah keluarga :)

Terima kasih kepada awak , awak , awak dan awak yang sudi membaca setiap entri saya walaupun kadang-kadang entri saya berbaur sinis . Hehe . Sekali-sekala luahkan rasa hati terasa lega jika dapat dikongsi bersama . Harap kawan-kawan dapat doakan saya selamat pergi dan selamat pulang . Saya akan merindui kalian ! :) Bye bye BLOGGER.COM :)


p/s : buak awok yang kat ganu tu mekaseh untuk semua tau , sayo ake rindu ke awok . haha ;)


Saya pun ada juga :) Kalau suka sila like :)

Assalamualaikum awak ! Saya baru saja buat blog page kat facebook tu . Dah ramai sebenarnya yang suruh buat jadi tadi saya pun buatlah . Saya pun tak berapa tahu nak guna untuk apa page tu . Tapi abang Nakal suruh promote entri kat sana . Hehe . Baiklah saya ikut kata awak :)

Setakat ini baru ada 15 . Kalau awak sudi awak like la tau . Saya tak paksa pun . Hehe . Tapi kalau awak like saya nak ucap terima kasih . Saya budak baru 6 bulan dalam dunia blog . Harap sudi-sudilah kalian menyokong blog yang tak seberapa ni :)

Suka ? Like ada kat side bar blog ni .

Sekali lagi , terima kasih banyak-banyak :)

Sunday, January 2, 2011

Tawaran Istimewa ! Siapa Mahu Wang ?

Ada orang buat tawaran kat aku . Dia ingat aku boleh cair dengan tawaran yang dia bagi ? Hehe . No no no . 

klik untuk paparan jelas 

Makin lama makin menjadi-jadi kan . Haiii umat akhir zaman . -,-

RAJA LAWAK ASTRO KEMBALI LAGI

Rancangan kegemaran ramai Raja Lawak Astro akan kembali bersiaran Januari ini . Pada musim kelima ini sebanyak 12 finalis telah terpilih untuk menunjukkan bakat yang mereka miliki . 12 finalis terbaik telah dikenal pasti menerusi sesi ujibakat yang teliti terdiri daripada lapan peserta berkumpulan iaitu; Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI, Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO serta empat peserta solo iaitu; NAZMI, MAN, EPY dan LEMAN. Terdapat 2 wanita terpilih pada kali ini iaitu kumpulan KAMI .

kumpulan KAMI
Sekali lagi , Johan dan Zizan diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi rancangan ini . Bagi aku , rancangan ini memang sesuai dikendalikan oleh mereka dan kelihatan serasi ketika mengacarakannya . Keserasian antara pengacara amat penting apatah lagi mereka mengacarakan program yang mahu menghiburkan penonton.

Sekali lagi Radio Sinar FM dipilih sebagai radio rasmi Raja Lawak Astro dan turut disokong oleh Radio Era FM serta Murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk musim ini. Aku harap mutu peserta kali ini lebih bagus dan mempamerkan lawak yang berkualiti untuk penonton . Jangan seperti beberapa peserta di musim lalu yang gagal mengundang gelak tawa penonton yg menonton . Huhu . Malu pula nanti kan , kita berlawak tapi tiada yang gelak .

Di laman sosial Facebook , fan page untuk para peserta sudah boleh dicari oleh para penonton sebagai tanda sokongan dan agar dapat mengikuti perkembangan peserta pilihan masing-masing . Oleh itu , sama-sama nantikan Gelanggang Pertama Raja Lawak Astro Musim Kelima pada 7 Januari 2011 jam 9.00 malam . Mampukah mereka mempamerkan lawak yang menarik seperti Nabil , Cham , Johan , Zizan , Kecik dan Sepah ? Nantikan !

p/s : Tak dapat tengok ! Uwaaaaaa :(

Saturday, January 1, 2011

Awak Tak Boleh Lebih Daripada Saya !



Saya harus jadi yang paling popular ! Saya harus menjadi perhatian utama mata-mata yang memandang . Segala kelebihan harus saya yang dapat . Orang seperti saya layak memiliki segalanya ! Saya berhak mengarah orang lain berbuat apa yang saya mahukan kerana SAYALAH YANG TERHEBAT !


Pernahkah kalian berhadapan dengan manusia spesis ini ? Bagi dia , segala yang ada di sekelilingnya patut dimilikinya seorang . Kuasa , pangkat dan kasih sayang cuma milik dia seorang . Bagi dia , dia memiliki personaliti terbaik , orang di sekeliling hanyalah seperti kuli . Tiada ruang sekecil zarah pun diberikan kepada orang lain untuk mendapat seperti apa yang dia punyai .

Jika ada yang mampu menjadi pencabarnya , pelbagai cara dilakukan supaya dapat menundukkan potensi orang itu . Tidak senang duduk dia memikirkan cara supaya dapat sentiasa menjadi perhatian dan pilihan semua orang . Orang seperti ini hidupnya penuh dengan dendam dan perasaan iri hati yang membuak-buak seperti lava gunung berapi yang sedang meletus .

Memang tidak salah untuk kita sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik , namun dalam kehidupan sifat bertolak ansur sangat penting supaya orang lain dapat merasai bersama betapa gembiranya jika diri ini dipandang oleh orang lain . Oleh itu , sentiasalah memikirkan orang lain jika kita sedang berada di atas . :)


Related Posts with Thumbnails