Thursday, February 3, 2011

PLKN : HARI PERTAMA

Assalamualaikum warga blogger ! Fuh . Sebulan sudah aku tidak update blog ni . Dah berhabuk ! Fuhhhhh2 . Semalam sehingga Ahad ini aku dapat pulang ke rumah . Yeahh . Memang ini saat yang dinantikan oleh kami semua wira dan wirawati Kem Syruz . 

Hari pertama sangat mendebarkan bagi aku . Cheewahh . Yela pertama kali aku berseorangan tanpa sesiapa pun  yang aku kenal . Pagi tu , aku tiba agak lewat di Tapah .  Aku sampai jer tengok bas dah jalan . Ahh sudah , aku kena tinggal ke . Heheehe . Rupanya ada 3 bas . Yang dah jalan tu bas first . Ok , lega !

Perjalanan daripada Tapah ke Kem Syruz memakan masa 2 jam setengah . Sempat juga lah tidur dalam bas . Haha . Sampai jer kat kem , terus pergi pendaftaran . Cikgu tu lekat sticker tertulis nombor 7 di kertas aku . Bermakna aku akan ditempatkan di Dorm 7 , Kompeni Delta :)

Lepas pendaftaran , kena melalui pemeriksaan beg . Dahsyat juga cikgu tu selongkar . Hehe . Penat aku lipat cantik2 . :p Dah lepas pemeriksaan , aku pun pergilah ke dorm 7 . 

Assalamualaikum ! Ada katil kosong tak ? 
Dorang jawab tak ada . Rupanya kem ni dah over limit , sepatutnya 450 saja , tapi kem ni dah lebih . Pelatih ada 500 lebih . Memang ramai . Sebab tu tak cukup serba-serbi . Tapi pihak pengurusan dapat atasi masalah ini . Dapatlah aku katil , bantal dan locker . :)

Lepas tu pergi ambil pakaian . Rasa gembira juga banyak dapat barang percuma . Hehe . Bukan selalu . Kalau kena bayar entah berapa la harga semua barang tu . 

Sekian sahaja kisah saya di hari pertama :)

10 comments:

niDa said...

selamat ber PLKN ye.... hihi

Kalamhati said...

miss u dear!!..semoga makin bersemangat lepas cuti ni ye utk balik ke kem..=)

NADDIERAWR said...

weyh, kau kem syruz bukit mertajam ke?
member aku pun dekat situ jugak. ahaha

JIJI YU said...

aku sampai mule2 takder pon yg berani cek beg aku..hehehe sampai ke sudah mmg tak chek pon sume barang aku

nazirulhazwan~ said...

sepi dunia blog sejak zieyla tade disini.hehe

Citarasa Rinduan said...

sayang ku azila..

wah..rindunya dgn kamu...
cuti CNY yer..

selamat kembali kerumah yer..

PS: nanti update lagi kisah kamu disana..mujur dapat loker, katil dll..beruntung kamu

Si Gadis Semasa said...

good luck di PLKN ! enjoy urself there :)

nulhazwany abdul malik said...

zila dah pandai lipat baju cantik ye. tak sumbat2 dah. haha

assalamualaikum ! ada katil kosong tak ?
* sedang membayangkan muka zila waktu cakap ni. ^^

azzey said...

Hari pertama yg menggembirakan lah ni ye....lama x jenguk awak. follower pon dah makin ramai.. tahniah!

Admin PLKN said...

Salam 1 PLKN,
Blog anda terpilih untuk dimuatkan di dalam blog 1NSPLKN.blogspot.com untuk segment "Share Story".

Mohon keizinan untuk diambil sedikit dari pengisian diatas, sekian.

Admin

Related Posts with Thumbnails