Saturday, February 5, 2011

SYRUZ CAMP : Terbaik !

Kenali rakan pelbagai budaya , Selami warisan kita yang kaya , Bersama bergandingan tiada perbezaan , Kita warga Malaysia .

Dorm 7 Kompeni Delta ! Selamat berjumpa esok !

Majulah maju maju kita maju
Bergerak seiring bersatu
Majulah maju maju kita maju
Kita lahir untuk juara
Revolusi hebat !

Kompeni Delta Kompeni Hebat 
Semangat kami sentiasa kuat
We working hard working smart
Bersatu padu dan bersepakat
Revolusi hebat
Kita pasti juara !

Apa yang best di PLKN Syruz ?

Kami dapat terus pegang sendiri handphone kami selama 3 minggu sebagai hadiah persembahan yang hebat semasa Kontrak Perjanjian Transformasi :)

Setiap minggu ada karaoke . Memang seronok time ni , dapat dengar wira dan wirawati menyanyi . Ada suara yang layak dapat kad merah dan hijau ujibakat Akademi Fantasia . Hehe !

Kami ada komanden kem yang handsome ! Betul . Tak tipu . Mejar Jaffari juga sangat sporting dan peramah . Beliau dan isteri pernah join kami karaoke . Suara beliau memang best !

Kami ada jurulatih yang sangat best ! Hehe . Kau ada ? :p

Makanan memang sedap ! Rugi kalau tak makan . Ada kawan-kawan di kem lain merungut tentang makanan di kem mereka , bagi aku makanan di PLKN Syruz memang terbaik lahhh . :)

Ini baru sebulan , setelah 3 bulan aku pasti dapat senaraikan lebih banyak perkara yang menarik di PLKN Syruz . Syukur kerana terpilih :) Dapat aku rasakan ikatan yang semakin kukuh antara kami semua . Kata komanden , di penghujung kem nanti , pasti kami akan mengalirkan air mata . Aku juga yakin perkara tersebut akan berlaku :) Esok aku akan kembali ke sana , menghabiskan baki sebulan setengah di sana . Doakan segalanya berjalan lancar . Insyaallah . :)



14 comments:

eira ghulam said...

wahhh..cam best je..huhu

-hanyaaku- said...

wah!! sepertinya best sangat kat sana!! hehee

nurliza said...

wah..cm best la...

JIJI YU said...

muahah..mase aku plkn mmg aku tak hepi langsong..

pjiie said...

jeles , waaaaaaaa . na ikot ! =='

nabila faryzza said...

dapat pegang fon? bestnyaaa. kem lain tak dapat. haha! jap! kem syruz ni kt mana?

Raji berkata said...

woahhh ruginya aku dlu xdpt PLKN
xcukup lucky utk pergi T.T

azzey said...

Yelah bila kita dah serasi bersama..tiba -tiba nak berpisah mmg amat menyedihkan..:(

zahidah dihaz said...

selamat berPLKN...macam seronok je...sedih tak terpilih dulu...


New entry: Team Medical Dragon 2

Faizal said...

nice entry ;)

Nurfazilah Cipa said...

wah!bestnye!:)cipa dtg bwk award~amek tau!

http://nurfazilaharsat.blogspot.com/2011/02/award-utk-sume-follower-cipa.html

kakchik@ella said...

da balik eh?? rindunya kat ziela. welcome home ziela. selamat pulang. selamat berblogging. HIhi ..

one2paii said...

hoho..mesti lu enjoy kat sana kan..

TAYAR PANCIT said...

hai awak saye da join awak :) follow me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

Related Posts with Thumbnails