Wednesday, March 30, 2011

Sopannya DIA :p

Aku buka account tagged tadi , dapat mesej ni . Tak tahu nape aku rasa nak gelak . HEHE . Ntah kat berapa ramai dia copy paste ayat ni .




Rasa macam dapat surat kiriman pulak . hehehe :p

8 Kos Pilihan Hati :) Boleh tolong Saya tak ?

Assalamualaikum . Maaf ek kawan-kawan , agak busy sedikit belakangan ini menguruskan perihal permohonan ke IPTA . Alhamdulillah aku telah membuat pilihan setelah meneliti beberapa kos yang layak aku pohon . Sebenarnya rasa sedih juga di hati sebab banyak kos yang aku tak layak mohon . Mungkin kerana subjek Matematik Tambahan aku tidak mendapat kredit . Hehe . 

Di sini aku nak minta pendapat kalian tentang kos yang aku pilih dan aku sertakan juga keputusan SPM aku untuk dijadikan rujukan . Berikut merupakan keputusan SPM aku .

Bahasa Melayu - A+
Bahasa Inggeris - A
Matematik - A
Sejarah - A
Pendidikan Islam - A-
Pendidikan Seni Visual - A
Fizik - C+
Kimia - C
Biologi - C
Matematik Tambahan - D

Berikut merupakan kos-kos yang aku pohon :

Pilihan 1 : UiTM - Diploma Mikrobiologi
Pilihan 2 : UiTM - Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Pilihan 3 : UiTM - Diploma Pengimejan Perubatan
Pilihan 4 : UPSI - Diploma Bahasa Inggeris
Pilihan 5 : UiTM - Diploma Teknologi Polimer
Pilihan 6 : UiTM - Diploma Fisioterapi
Pilihan 7 : UPSI - Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Pilihan 8 : UiTM - Diploma Kesihatan Persekitaran

Hmm . Apa pandangan korang ? Sesuai tak dengan result aku yang tak seberapa tu ? Hehe . Risau juga kalau tersilap pilihan , menyesal pula nanti , jadi aku harap korang dapat bantu aku . Terima kasih banyak-banyak





Monday, March 28, 2011

Kenanganterindah:Harianugerahsmksagbidor2011 :)

Sabtu lepas telah berlangsungnya hari anugerah kecemerlangan di SMKSAG . Masa aku ambil result hari itu , cikgu bagi aku 1 kertas yang menjemput aku untuk menghadiri majlis tersebut . Aku tersenyum gembira apatah lagi dua rakan baikku turut diundang .

Setahun yang lalu , kami bertiga menyimpan impian untuk menghadiri hari anugerah sekolah selepas kami tamat tingkatan 5 . Alhamdulillah kami berjaya walaupun bukan sebagai penerima anugerah cemerlang SPM , tetapi sebagai penerima anugerah terbaik matapelajaran.

Hadir sebagai bekas pelajar , memang terasa lain . Bila tengok wajah cikgu-cikgu , terasa rindu di hati . Disambut dengan senyuman para guru , memang indah rasanya . Takkan aku lupa jasa cikgu-cikgu di sini yang telah bersusah payah mendidik aku sejak dari tingkatan 1 hingga 5 :)

tan , yoges dan faten :)

Mereka bertiga merupakan pelajar pintar di sekolah . Ketiga-tiga mendapat 9A :) Tahniah kawan-kawan . Yang paling kuat berusaha adalah Yoges dan Faten . Tan nampak cool di sekolah , tapi di rumah sudah tentu dia banyak meluangkan masa dengan buku-buku . Yoges pelajar yang banyak peningkatan . Faten sememangnya pintar dan sering menjadi rujukan aku dan rakan-rakan

aku : terbaik matapelajaran Bahasa Melayu :)

wany dan zarul . my best girlfriend and boyfriend :)
aku harap persahabatan kita terus kekal . wany , rasa sayu je time peluk hari tu , hehe , Harap kita bertiga dapat lepak sama-sama lagi . Serius , aku gembira dapat kawan yang happening macam korang berdua . Aku doakan korang berjaya di masa depan . Balik Bidor , calling2 la ok . Hehe :) Aku harap aku boleh jumpa kawan sebaik korang . Love you lah :))

kenangan terindah :) jilawanyjarulfaten
harianugerahsmksagbidor2011

Wednesday, March 23, 2011

Soalan Ulangan 23 Mac : Awak Dapat Berapa SPM ? Errr . Errr . :)

Seawal 10 pagi aku dah bersiap-siap untuk ke sekolah . Bersama 3 orang kawan baikku , kami ke sekolah untuk mengambil hadiah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia . Alaaaa . Slip SPM 2010 . Hehe :)

Debar di hati hanya Allah yang tahu . Tangan menggigil . Badan sejuk . Haha . Aku risau jika tidak dapat membanggakan keluarga . Tiba saat nama dipanggil .

Azila !
Aku berjalan ke arah meja keramat itu . Hehe
Aku pegang slip .
1 , 2 , 3 , 4 , 5 . Ehhhhh salah kira . lagi sekali . lagi sekali .
1, 2 , 3 , 4 , 5 , 6 ! 
6 A . 
Aku alihkan pandangan ke 4 subjek di bawah 
Additional Mathematics D
Physics C+
Chemistry C
Biology C


Keputusan : 1 A+ 4A 1A- 1C+ 2C 1D atau 6A 3C 1D

Aku hanya mampu tersenyum . Lazimnya memang keempat-empat subjek ini memang itulah gred yang aku dapat . Tapi aku bersyukur pada Mu Ya Allah , ini keputusan terbaik pernah aku terima sejak aku belajar di aliran Sains Tulen ini . Hari Sabtu ini , Hari Anugerah Sekolah , aku penerima anugerah terbaik matapelajaran Bahasa Melayu :) 

Terima kasih keluarga
Terima kasih rakan-rakan
Terima kasih guru-guru Tadika Islam Sungkai , Sk Bidor dan SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor .
Jasa kalian akan aku kenang !
Perjalanan sebenar kehidupan baru saja bermula :)

p/s : Sekalung ucapan terima kasih untuk kalian yang ucap selamat hari lahir buat zila semalam :) Sayang korang !

Monday, March 21, 2011

Maki . Kutuk . Hina ! Sudahlah :)

Aku cukup rasa tak berkenan bila tengok orang melepaskan kemarahan di kotak status Facebook atau mana-mana laman sosial . Huhhh . Sudahlah bahasa yang digunakan amat-amat teruk , siap mencarut bagai . Hello ! Bahasa Jiwa Bangsa ! 

klik untuk tulisan yang gemuk
Tambah-tambah lagi kalau marah kat orang , nak libatkan mak ayah orang tu . Wehhh . Makcik dengan pakcik tu tak salah apa-apa tau . Kau ada masalah dengan anak dia , maki anak dia cukuplah . Takyah la canang nama mak ayah dia sekali . Haiii panas sungguh bila baca status-status cenggini . Hide saja orang sebegini . Tak pun remove je ! Hehe . Hati pun tak sakit , mata pun tak buta lagi dengan status macam ni .

p/s : Apa kata korang ?

Sunday, March 20, 2011

23 Mac : KPM bagi hadiah ! :)

23 Mac 2011 , semua calon SPM 2010 akan menerima hadiah yang boleh diambil di sekolah masing-masing . Hehe . Hadiahnya merupakan sehelai kertas yang mempunyai mungkin satu sahaja abjad iaitu A , ataupun berbagai abjad lain seperti B , C , D , E dan G . Akan wujud juga simbol + dan - dalam kertas yang memberi pengertian yang cukup besar bagi calon-calon SPM . 

bergetar tangan ! haha
Pada hari tersebut , pelbagai riak wajah dapat kita lihat . Ada yang tersenyum puas , tersenyum kelat dan pasti ada yang akan mengalirkan air mata . Dimanakah agaknya posisi aku ? Aku mahu tersenyum puas pada hari itu namun kita tunggu dan lihat sahaja . :) Hari itu juga aku dapat bertemu kembali rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa . Pasti banyak perubahan dapat dilihat bukan ? 

23 Mac juga aku dapat kembali melihat kawasan sekolah . Rindunyeeee ! Hehe . Dapat berjumpa cikgu-cikgu tersayang , adik-adik yang masih menuntut di sana serta semua kakitangan sekolah . Adakah aku mampu menjadi salah seorang pelajar kebanggaan sekolah setelah straight A's dalam UPSR dan PMR? Sebenarnya aku telah cukup bersedia dengan apa sahaja keputusan yang bakal aku terima . Baik buruk apa yang aku dapat nanti , itulah apa yang telah aku usahakan .

Aku anggap keputusan SPM ini sebagai hadiah untuk diri sendiri kerana 22 Mac merupakan hari jadi aku . Hehe . Gembira ? Sedih ? Kecewa ? Ahhh . Terima sajalah . Siapa suruh main-main dulu kan ? Hehe ! Apa-apa pun , aku doakan kawan-kawan dapat keputusan yang terbaik kali ini ! Amin ! Salam 1 Malaysia ! 

Saturday, March 19, 2011

Couple Contract di PLKN ??

Beberapa orang telah memperkenalkan aku dengan perkataan Couple Contract ni sebelum aku ke PLKN . Mereka nasihatkan aku agar tidak terlibat dengannya . Berkawan tak salah asalkan jangan sampai tersangkut . Hehe . Aku pegang kata-kata tu .

Di kala rakan-rakan lain sibuk bercakap tentang wira , aku hanya mendengar cerita mereka .

A:Weh , si Ayob minta no fon aku tadi masa kat dewan makan . Aku pun bagi lah !
B:Abu ajak aku jumpe dekat hall mart waktu makan nanti . Ko teman aku ek?
C:Aku dah kapel dengan sorang mamat Charlie ni.Ensem seyhh!

Hehe . Kalau aku cerita , ada yang akan kata aku cemburu . Ehh sorry sikit pun tak . Ada juga yang kata 

D:Setia betul ko kat bf ko . Ala relaks la dia bukan tahu ko buat apa kat sini.

Jangan samakan orang lain dengan diri sendiri . Setiap orang punya prinsip yang tersendiri . Bila lagi kita nak jadi seorang yang setia kan ? Sekarang aku tengok , ramai yang meluahkan perasaan .

E:Rindulah dekat si dia kat PLKN :(

Hehe sabar je lah ek kawan-kawan :) Ala , semua pun orang Perak kan . Pergilah jumpa . HAHA . Jangan marah ! :)

Friday, March 18, 2011

PAKAIAN KREATIF : Kuasa HP di PLKN :)

Perhatian kepada semua wira dan wirawati , anda boleh turun ke dewan makan untuk minum malam sekarang . Bawa bersama telefon bimbit anda . Sekian harap maklum .

Pengumuman itu disambut dengan keluhan oleh kami semua . Ahh . Tak suka betul bila kena serah phone . Rasa macam tak bernyawa bila takde phone . Haha OVER . Lepas je pengumuman tu , semua pakat call orang2 tersayang . Masa kat dewan makan , bukan ramai pun yang minum , masing-masing sibuk dengan telefon masing-masing , yelah Jumaat depan baru boleh dapat semula . Seksa juga menunggunya .

Kalau ada acara apa-apa , kami akan dijanjikan dengan pemberian telefon bimbit jika kami all out dalam acara tersebut . Contohnya masa pertandingan kembara halangan , lepas je pengumuman pemenang iaitu kompeni Charlie , kami telah diberikan ganjaran telefon bimbit sehingga 28 Februari 2011 oleh tuan komandan . Wahhh! Melonjak gembira mengalahkan menang acara . Hehe . Tersenyum sendirian bila mengenangkannya .

Tiba 28 Februari , telefon kami perlu diserahkan semula dan kami boleh dapat kembali jika berpakaian kreatif semasa menonton sukan . Haa . Masa ini kami semua memang berusaha bersungguh-sungguh mencipta pakaian kreatif masing-masing. Macam-macam pakaian lucu dapat dilihat menunjukkan kesungguhan kami untuk mendapatkan semula telefon kami . Masa ini ganjarannya ialah kami boleh simpan sendiri telefon kami sehingga 13 Mac iaitu tarikh tamat latihan ! Memang tersangatlah gembira dan tuan Komandan memuji pakaian-pakaian kami pada masa itu .

antara pakaian terbaik

aiyaa . apek sudah jadi amoi.HAHA

demi handphone ! HAHA
pahlawan cina . HEHE

apa tu ? haha
Inilah kemeriahan Kem Syruz . Macam-macam gelagat dan pastinya akan dikenang sampai bila-bila :')


Thursday, March 17, 2011

Kawad Kaki : Best ! Suka Suka :)

Baris , baris sedia .
Ke kanan lurus . 
Baris , pandang depan !
Bergerak ke kiri bertiga-tiga ke kiri pusing !
Hentak kaki . 10 . 1 . 2 hentak kaki cepat !
Dari kanan cepat jalan !
Tukar langkah semasa berjalan , tukar langkah !
Hormat , hormat ke hadapan hormat !
Skuad henti ! Baris akan menghadap ke hadapan , ke kanan pusing .
Keluar baris !

Haha , tu merupakan antara arahan dalam kawad yang semua harus tahu . Penting tau kawad ni . Kalau di PLKN , pergi mana saja kita kena berkawad . Ala bukan susah sangat pun , kiri kanan kiri , kiri kanan kiri . Tangan jangan lupa ya , harus paras ! Kalau tak , ketua kompeni akan marah . Hehe . Kalau kita ayun tangan betul-betul , baris akan nampak cantik tau . Baru best berkawad . 

Kalau nak menuju ke padang kawad tu , hilang jugalah suara dibuatnya sebab jarak antara dorm wirawati dan  padang kawad agak jauh . Sepanjang perjalanan wajib berteriak masa 'kiri kanan kiri' sampailah ke padang kawad . Penat tau . Tapi inilah dinamakan pengalaman . Masa latihan kawad , memang sengsara rasa kulit ini .Rasa panas yang amat sangat . Macam dah dipanggang rasanya . Haha . Hasilnya , wujud belak di wajah . Haha . Hitam dah muka aku beb . Nak tengok budak hitam ?



Tiba-tiba lepas keluar PLKN ni rasa rindu nak berkawad , yelah benda yang kita buat hari-hari tiba-tiba kita dah tak buat , rasa pelik sangat . Hehe . Itulah manusia , masa kat sana , merungut nak balik , bila dah balik ni , aku rasa rindu gila suasana kem ! Huaaaa . Boringnya duduk rumah . :(

Wednesday, March 16, 2011

Guard Malam : Menakutkan !





Cerita pertama aku tentang PLKN ialah pengalaman berjaga malam . Malam itu aku ditugaskan untuk berjaga pada jam 1.30-3.00 pagi bersama dua lagi rakanku , Abby dan Lynn . Pakaian ketika berjaga ? Full Celoreng beb ! Macam apa je tengah-tengah malam , kami bertiga perlu pusing lapan dorm dengan berpakaian full celoreng . 

Bila tiba masa nak berjaga malam , semua yang bertugas perlu melapor diri di bilik Jurulatih bertugas untuk catat nama . Tepat pukul 12 tengah malam , semua yang bertugas iaitu 3 orang bagi setiap dorm 5 , 6 , 7 dan 8 perlu berada di dalam bilik rehat sementara menanti waktu bertugas masing-masing . Ada yang bawa selimut , bantal sebagai peneman tidur . Hehe . Aku bawa apa ? Aku bawa telefon saja . Ada yang akan menemani nanti . Wink ~ Hehe

Jam menunjukkan 1.30 pagi bermakna shift pertama tamat , tiba giliran aku dan dua rakanku daripada dorm 7 pula . Dengan mata mengantuk dan berbekalkan dua lampu suluh di tangan , kami bertiga berjalan-jalan mengawasi semua dorm wirawati . Huhhh 1.30 beb . Aku bukanlah seorang yang berani untuk menyuluh sini sana takut tersuluh benda tak sepatutnya . Mau lari tak cukup tanah aku masuk ke dorm . Haha . Kawan aku si Abby , semua benda nak disuluhnya . Ketar lutut aku dibuatnya . Jalan penyelesaian , kami membuat keputusan untuk duduk di kawasan tengah-tengah antara 8 dorm . 

Macam-macam bunyi kami dengar . Bunyi orang nak buka pintu , bunyi benda jatuh . Haiiii . Cepatlah pukul 3 ~ Lambat sungguh . Berkali-kali aku dan Lynn tengok jam . Lambat betul ku rasakan waktu bergerak masa-masa genting ni . Hehe . Keputusan seterusnya , aku dan Lynn berbaring di bawah khemah dan tidur buat seketika . 2.50 pagi kami bangun semula . Yeyy . Waktu tugasan hampir tamat . Berkali-kali Abby mengusik aku dan Lynn penakut . Haha . Memang aku takut !

Jam 3 pagi , aku dan dua rakanku masuk semula ke dalam bilik rehat dan mengejutkan rakan yang akan bertugas pada pukul 3 sehingga 4.30 pagi . Terasa lega sekali setelah tamat tugas . Tugas seterusnya ? Apa lagi tidurlah ! Hehe . Apa-apa pun ini salah satu pengalaman berharga semasa aku di PLKN . Ada bnyak lagi . Next entry pula ye ! Daaa :)

Monday, March 14, 2011

TAMAT SUDAH TUGASKU :)

Tengok kiri tengok kanan . Entri terakhir ialah pada 5 Februari 2011 . Hari ini 14 Mac 2011 . Sebulan lebih aku tak menghadap pc untuk menulis di sini . Hoho . Terasa rindu hati ini pada kalian semua . Chewahh . Aku lihat teman-teman bloggers sudah jauh ke hadapan . Dengan pengisian entri yang semakin mantap serta jumlah pengikut yang semakin ramai . Tahniah kawan-kawan ! :)

Jika kalian masih ingat pada aku , aku baru sahaja menamatkan latihan PLKN di Kem Syruz , Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 13 Mac 2011 :) Mata mengantuk kerana malam sebelum itu merupakan majlis perpisahan , kebanyakan daripada kami tidur pada jam 5 pagi kerana majlis tamat pada jam 4 pagi . Tak pe , malam terakhir di kem , harus diraikan kerana keesokan harinya kaki akan melangkah pergi daripada PLKN . 

Melihat rakan-rakan menangis di malam itu , hati cukup rasa tersentuh . Mataku juga berakhir tapi ku tahan sendu di hati . Hehe . AYAT ! Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang berada di sana . Akan aku ceritakan di entri-entri akan datang . Ada tak yang berminat untuk membaca ? Hehe . Oklah setakat ini coretan pertama setelah tamat latihan , nantikan entri selanjutnya :)


Related Posts with Thumbnails