Wednesday, March 30, 2011

8 Kos Pilihan Hati :) Boleh tolong Saya tak ?

Assalamualaikum . Maaf ek kawan-kawan , agak busy sedikit belakangan ini menguruskan perihal permohonan ke IPTA . Alhamdulillah aku telah membuat pilihan setelah meneliti beberapa kos yang layak aku pohon . Sebenarnya rasa sedih juga di hati sebab banyak kos yang aku tak layak mohon . Mungkin kerana subjek Matematik Tambahan aku tidak mendapat kredit . Hehe . 

Di sini aku nak minta pendapat kalian tentang kos yang aku pilih dan aku sertakan juga keputusan SPM aku untuk dijadikan rujukan . Berikut merupakan keputusan SPM aku .

Bahasa Melayu - A+
Bahasa Inggeris - A
Matematik - A
Sejarah - A
Pendidikan Islam - A-
Pendidikan Seni Visual - A
Fizik - C+
Kimia - C
Biologi - C
Matematik Tambahan - D

Berikut merupakan kos-kos yang aku pohon :

Pilihan 1 : UiTM - Diploma Mikrobiologi
Pilihan 2 : UiTM - Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Pilihan 3 : UiTM - Diploma Pengimejan Perubatan
Pilihan 4 : UPSI - Diploma Bahasa Inggeris
Pilihan 5 : UiTM - Diploma Teknologi Polimer
Pilihan 6 : UiTM - Diploma Fisioterapi
Pilihan 7 : UPSI - Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan
Pilihan 8 : UiTM - Diploma Kesihatan Persekitaran

Hmm . Apa pandangan korang ? Sesuai tak dengan result aku yang tak seberapa tu ? Hehe . Risau juga kalau tersilap pilihan , menyesal pula nanti , jadi aku harap korang dapat bantu aku . Terima kasih banyak-banyak





10 comments:

Ainina Moxie said...

baby, amek fisioterapi :)

Mohamad Adib said...

law xde ke zila??try la..kot2 sangkut..dah lyak tu..

kuzer miyo said...

polimer ko mnt ke ? da kaji ?
reka bentuk dalaman ko xnk ? huhuhu . lau ko mnat larh .

Rizal Zal said...

huhu..Pilih la yg paling minat...Penting tu..

Kalamhati said...

Minat tu satu..satu lg kelayakan..
even minat tp tak cukup merit susah jugak..

saingan utk course mcm ni ialah result utk bio,fizik dan chemistry tu mesti ok..ziela kena buat pilihan terbaik..

afiqazizan said...

5,7 atau 8 la..tak ramai yang minat bidang2 ni rasanya.

wany said...

teknologi makmal perubatan n kesihatan persekitaran.

sameee. hee ^^

Anonymous said...

BAGI SAYA..u layak..saya sebagai bahagian pgambilan pelajar untuk ipta..pilihan reka bntuk permainan tidak sesuai dgn anda!

Bungkilan said...

So camana dah. Mesti dah konvo ni kan..

Nur Azila Ismail said...

@Bungkilan hehe sy dpt pilihan yg polimer tu. tp saya pergi matrik. skarang tgh buat degree :)

Related Posts with Thumbnails