Wednesday, March 23, 2011

Soalan Ulangan 23 Mac : Awak Dapat Berapa SPM ? Errr . Errr . :)

Seawal 10 pagi aku dah bersiap-siap untuk ke sekolah . Bersama 3 orang kawan baikku , kami ke sekolah untuk mengambil hadiah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia . Alaaaa . Slip SPM 2010 . Hehe :)

Debar di hati hanya Allah yang tahu . Tangan menggigil . Badan sejuk . Haha . Aku risau jika tidak dapat membanggakan keluarga . Tiba saat nama dipanggil .

Azila !
Aku berjalan ke arah meja keramat itu . Hehe
Aku pegang slip .
1 , 2 , 3 , 4 , 5 . Ehhhhh salah kira . lagi sekali . lagi sekali .
1, 2 , 3 , 4 , 5 , 6 ! 
6 A . 
Aku alihkan pandangan ke 4 subjek di bawah 
Additional Mathematics D
Physics C+
Chemistry C
Biology C


Keputusan : 1 A+ 4A 1A- 1C+ 2C 1D atau 6A 3C 1D

Aku hanya mampu tersenyum . Lazimnya memang keempat-empat subjek ini memang itulah gred yang aku dapat . Tapi aku bersyukur pada Mu Ya Allah , ini keputusan terbaik pernah aku terima sejak aku belajar di aliran Sains Tulen ini . Hari Sabtu ini , Hari Anugerah Sekolah , aku penerima anugerah terbaik matapelajaran Bahasa Melayu :) 

Terima kasih keluarga
Terima kasih rakan-rakan
Terima kasih guru-guru Tadika Islam Sungkai , Sk Bidor dan SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor .
Jasa kalian akan aku kenang !
Perjalanan sebenar kehidupan baru saja bermula :)

p/s : Sekalung ucapan terima kasih untuk kalian yang ucap selamat hari lahir buat zila semalam :) Sayang korang !

15 comments:

Citarasa Rinduan said...

6A.....wah..tahniah dik...tahniah....

kak tumpang bangga...dah filir lepas nie nak kemana??

Cik Nazatul Shima Ismail said...

tahniah dik!!!!

anies anessa said...

tahniah zieyla...tumpang bangga...

naqib said...

congratz

relevan said...

Tahniah :)

ezzyra said...

tahniah...gud job...nti pilih kos elok2 ye...

Kalamhati said...

congrats my dear sis!!well done!!..=)

-hanyaaku- said...

wahh.. tahniah! alhamdulillah.. :)

tak kesah la
A ke B ke C ke D ke,
asalkan ada minat tuk sambung belajar insyaAllah boleh punya la!

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

tahniah =)

nas said...

alhamdulillah... aku as rakan blogger ko tumpang gembira.... syukurlah... slack sket subj2 kritikal xdpt A..tp dpt credit pun bagus gak... keep it up

mommylavender said...

wahhhhh~ tahniah...teruskan belajar n belajar,mommy tumpang bangga dengan kejayaan ni

Syazrin said...

tahniah! :)

SyedGraphiX said...

tahniah for the great result!

titirara said...

tahniah sis

nur chahaya abadiey said...

tahniah dik........n selamt menyambung pgjian ke peringkt lebih tinggi... =)

Related Posts with Thumbnails