Wednesday, May 4, 2011

Tahniah ! Matrikulasi dan Tingkatan 6 :)

Hai semua , nampaknya keputusan pemilihan calon untuk ke program matrikulasi dan tingkatan 6 bukan lagi rahsia kini . Ada yang meloncat kegembiraan kerana terpilih untuk matrikulasi ataupun tingkatan 6 .

Walaupun aku gagal untuk menempah tempat di maktab perguruan , aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke program dua tahun matrikulasi dalam jurusan sains di Kolej Matrikulasi Perak yang terletak di Gopeng . Pada awalnya aku memang tidak percaya akan mendapat tawaran kerana keputusan SPM yang kurang meyakinkan aku , hehe . Secara jujur , aku tidak meletakkan sebarang harapan untuk matrikulasi , namun kuasa Allah , alhamdulillah atas rezeki ini.

Aku kini masih menunggu keputusan UPU pula yang dijangka akan dapat disemak pada Jumaat ini , 6 Mei 2011 . Selepas itu , baru aku akan membuat pilihan untuk mrlanjutkan pelajaran di mana . Nampaknya minggu hadapan aku harus meletakkan jawatan daripada Pizza Hut Nilai , tempat aku berkhidmat sebagai staf servis sejak 31 Mac yang lalu .  Banyak kenangan pahit dan manis yang aku perolehi , pasti akan aku ceritakan kepada kalian di entri akan datang :)

6 comments:

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

waah..tahniah2.. =P

tp kan..if dapat dip..better pegi dip sebab dip pun dua tahun tapi boleh mintak kerja..if matrik sijil xleh pakai.. just nasihat..sbab dip skang dah pendek masa.. =)

nak piza satu!

Cik Ila said...

Tunggu UPU dlu...kalau nak belajar dgn tenang,amek diploma,kalo nak belajar dlm keadaan yg kental,boleh masuk matrik or ting.6.hehehehehe

Sabihah said...

tahniah..harap2 dapat laa buat keputusan yang terbaik..^_^

lynda said...

tahniah ! buat la keputusan yg terbaik utk masa dean awak oke !=)

Diya Edhayaa said...

wt pilihan yg terbaik dik.. chaiyok2!!

Ainismaira said...

uitm - dip teknologi polimer.. do u interested?

Related Posts with Thumbnails