Sunday, May 22, 2011

Warga 1993 : Welcome to new life !

Sedar tak sedar , alam persekolahan dah pun berlalu . Hari ini dah ada pun yang mendaftar dan melangkah ke alam universiti . Kawan2 , tak kira ke mana arah tujuan kita lepas ni , sama ada asasi , matrikulasi , diploma , tingkatan 6 , politeknik , foundation , maktab perguruan atau lain-lain , matlamat kita semua masih sama . Jadi yang terbaik antara yang terbaik . Sah2 la lepas ni persaingan makin sengit , kalau dulu kita dipisahkan dengan taraf sekolah harian , sekolah berasrama penuh dan maktab rendah sains mara , sekarang kita sama-sama belajar kembali di tempat yang sama .

Sibuk sangat bekerja sementara sebelum ni , aku tak sempat nak update tentang tawaran yang aku terima setelah tamat SPM . KPLSPM ? Awal2 aku dah direject . Haha . Punah harapan nak jadi cikgu , agak sedih juga rasa . Lepas tu datang pula tawaran yang aku tak pernah jangka iaitu matrikulasi . Aku tak pernah mengharapkan akan dapat ke program matrikulasi memandangkan keputusan SPM aku yang agak bengkang bengkok dan pelbagai huruf tu . Haha . Lepas tu aku dapat tawaran UPU pula iaitu Diploma Teknologi Polimer Fakulti Sains Gunaan UiTM cawangan Arau Perlis .

Lepas berfikir , tanya keluarga , kawan-kawan , aku memutuskan untuk ke matrikulasi . Aku terpilih untuk ke program dua tahun ( PDT ) jurusan Sains di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) . Walaupun aku dapat program dua tahun , tu pun dah syukur sangat sebab aku jangkakan yang aku tak dapat langsung ! Hehe . Maka dengan itu , Isnin ini bersamaan 23 Mei 2011 , aku akan mendaftar di KMPk . :) Aku harap aku dah buat pilihan yang tepat dan akan aku usaha semaksima mungkin untuk cemerlang di sana . Insyaallah :)

7 comments:

eira ghulam said...

gud luck zila :) chaiyok3 !

Ainismaira said...

masih punya peluang nak jadi cikgu.. blaja sampai dapat degree.. nanti leh mtak KPLI/DPLI.. gdluck..

nazirulhazwan~ said...

Blaja elok2,jgn malas:p

-hanyaaku- said...

all the best!
tak kisah la pilih yang mana,
asalkan semangat nak tuntut ilmu tu ada insyaAllah kejayaan pasti menyebelahi :)

abe Celoteh said...

tahniah!

Ali ridha said...

semoga terus berjaya selalu.
usaha yang berterusan akan
mencapai kejayaan.

nulhazwany abdul malik said...

hehe sama lagi.

*realisasikan impian, mencipta kejayaan. ^^

Related Posts with Thumbnails