Friday, July 27, 2012

Jom SEDAPKAN hati wahai Bakal Penghuni PLKN siri 10/2013

Hai hai hai . Alala adik-adik , janganlah bersedih hati kalau terpilih ke PLKN . Awak patut berbangga tau sebab dalam ramai-ramai students Form 5, awak yang bertuah. Hehe :)


Masa aku cek dulu pun punyalah berdoa mintak-mintak tak dapat.Sebenarnya tak kisah pun pergi , tapi yang dikisahkan ialah kalau dapat confirm punyalah kena ejek dengan kawan-kawan. Memang akan kena gelak kaw-kaw punyalah dengan budak yang tak payah pergi. Yeahhhh, thats what happen to me. Dalam geng aku, aku seorang je dapat mesej TAHNIAH tu, kawan lain semua dapat mesej HARAP MAAF . Woooo, mula-mula memang niat nak sorok, tapi mana boleh sorok, lambat laun orang tahu juga aku dapat.

mcm ni la muka aku masa tahu aku dapat. HAHA
Haaaaaaa , habaq hang , bila da bagitahu dorang , memang sakit lah telinga ni kena gelak , kena ucap PADAN MUKA dan macam-macam lagi . SELAMAT JADI HITAM pun ada woi . Agak kurang asam di situ . Sampai pernah satu hari tu kesabaran aku dah beyond the limit , memang kena la kawan aku sorang tu . Hehe . Padan mukaaaaaa! Ejek aku lagi kannn .

Lama-lama , redha je la bila dapat . At least masa aku terisi dengan benda baik ( Fikiran kena positif ye adik-adik ) Ok kat sini aku nak cerita apa yang best yang bakal kau orang alami sendiri nanti :) Oh yeah lupa nak perkenalkan , saya WIRAWATI KOMPENI DELTA , NUR AZILA ISMAIL pelatih KEM SYRUZ , BUKIT MERTAJAM , PULAU PINANG bagi KUMPULAN 1 , SIRI 8/2011 :)

tempat aku dicampak selama 2 bulan 10 hari


Antara perkara yang best :

1)Kau orang akan dapat belajar berdikari , lepas habis sekolah daripada duduk melepak tak tentu hala , baik duduk dalam PLKN , belajar hidup sendiri . Sangat berguna bagi budak sekolah harian , kalau budak sekolah asrama , dorang dah terlebih berdikari , kita ni yang tak pernah jauh daripada keluarga kena rasai pengalaman nie , nanti senang bila dah sambung belajar , takdela macam sesetengah students yang asyik-asyik homesick je , nak ma ayah datang kolej je tiap-tiap minggu , baju pun tak tahu basuh , diri sendiri pun tak tahu nak uruskan . So , this is the good starting point untuk korang ye :)

2)Makan 6 kali sehari . Wahhh ini sangat nikmat . Makanannya pula bukan makanan yang tak sedap , kat kem aku dulu makanan sedap gila. Berat bukannya turun , makin naik ada la . Hehe . Lepas tu , setiap minggu akan ada satu hari yang makanannya best daripada hari biasa . Makanan yang paling sedap kan makanan free. Hehe , ingat senang ke orang nak bagi makanan free ? Bukan sehari , tapi dekat 3 bulan tau :D

tray makanan ini akan setia menemani korang . HAHA .
3)Dapat banyak barang free . Memang la baju-baju tu kita pakai time tu je . Tapi keseronokan tu tetap terasa bila semuanya free , baru pulak tu . Memang banyak gila dapat . :D Sangat memudahkan kehidupan kat sana. Tak pernah lak sampai takde baju nak pakai . Korang dah terasa seronok ke belum ? 

4)Dapat kawan baru . Yang ni serius best . Nanti akan dibahagikan kepada 4 kompeni . Setiap kompeni ada 2 dorm , dalam satu dorm tu ada Melayu , Cina , India . Jadi , masa inilah korang akan bergaul tak kira bangsa dan pasti akan rasa seronok sebab dapat ramai kawan baru . Mula-mula memang kekok sikit lama-lama satu PLKN tu korang punya kawan tau .  Percaya la . Percaya la . HEHE

kawan-kawan Dorm , baru kawan dalam dorm nie . hehe
5)Dapat kenal dengan jurulatih yang best-best. Semua jurulatih best , kalau korang pandai rapat dengan dorang , memang PLKN jadi makin syok . Diorang semua sporting-sporting walaupun ada yang muka macam garang tapi sebenarnya semua baik-baik :)

yang baju hitam tu jurulatih feveret :D

antara jurulatih perempuan yang best sgt

6)Modul yang menyeronokkan . Dalam PLKN ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat , yang mungkin korang takkan dapat buat kat luar , modul-modul yang disediakan dapat membina daya ketahanan diri , semangat setia kawan , meningkatkan keyakinan diri yang kita mampu buat macam-macam benda . Ada juga modul untuk membiasakan diri kita dengan alam pekerjaan , siap ada sesi temu duga lagi tau . Modul untuk membina semangat cinta akan negara pun ada . Confirm korang akan bertambah sayang dengan negara :)

kawad , confirm lah ada :D
7)Dapat buat khidmat masyarakat. Masa ni best gila korang akan sama-sama bantu masyarakat. Masa aku dulu, kena buat kerja dekat satu kawasan perumahan, lepastu tolong cat surau. Sampai aku tercat baju sendiri. HAHA

8)Dapat pergi perkhemahan luar. Ni bukan macam kem biasa tau . Korang akan jadi macam askar yang real punya . Memang tak sempat la hai nak goyang kaki masa ni sebab packed gile jadual masa ni . Korang akan rasa nak pengsan tapi itu lah pengalaman . Korang akan bina negara korang sendiri . Tapi aku tak pasti lah semua kem ke buat macam ni tapi kem aku buat macam ni . Korang akan terpaksa menempuh 8 halangan . Ada yang susah , ada yang senang , ada yang menakutkan . Kebanyakannya kena panjat-panjat lah . Hehe tapi serius syok . Malamnya pula korang akan alami sendiri kesusahan macam mana orang dulu nak merdeka . Korang kena bina benteng negara korang dan jangan bagi orang luar masuk . Time ni , korang akan kena berdiri lebih daripada 8 jam . Exausted gila lahhhh tapi enjoyy
briefing sebelum aktiviti bermula

budak cina punya kulit dah macam melayu . hehe

tgk muka , sedaya upaya mempertahan negara

sempat sengih lagi tu . haha

baru sampai ke tapak perkhemahan
9)Dapat menembak. Yang nie best . Tembak guna M16 . Kena pegi tempat menembak tu , kena jalan jauh gila . Fuhhh letih tapi sambil jalan sambil nyanyi . Syiokkk walaupun panas gila . Bila da masuk beberapa minggu korang dah takkan hairan dah dengan panas . Hehe alaaaa nanti kulit korang jadi macam biasa balik . Trust me . Hitam kejap je ^,^

10)Haaa , yang ni kat KEM SYRUZ je dapat . Handphone tak dirampas . Hehe kat kem lain aku tak tahu , tapi kem aku memang terbaik . Korang boleh simpan sendiri fon korang . Bergantung kepada komanden kem korang , komanden kem aku best . Tiap minggu ada karaoke , ada boleh pakai bebas . Macam-macam lagi yang best . Jadi sape dapat kem syruz memang beruntung sangat-sangat !

pemenang pakaian kreatif sempena karnival sukan

apek-apek jadi amoi maaa

semua kena buang rasa malu . ahaha

The conclusion is , PLKN memang best , mind set kita sebelum masuk dan selepas habis confirm lain ! Tanyalah dekat semua bekas peserta confirm dorang akan kata PLKN best dan tak rugi kalau pergi . Siapa yang tak pergi tu yang rugi sebenarnya :p Jadi adik-adik , fokus SPM dulu dan siapa yang terpilih untuk kumpulan 1 nanti , selamat berkhidmat untuk negara !

tgk , tak hitam kan ? tak kan ? haha (sedapkan hati)


Thursday, July 26, 2012

CHICKEN POX ! oh NO

Assalamualaikum , harap korang semua sihat sejahtera , tak macam aku , tengah sakit . Hehe ..

Sekitar seminggu sebelum post ni aku buat , aku sihat-sihat saja , tapi tiba-tiba aku mengalami simptom pening kepala yang agak dasyat sampai aku tak boleh nak buat apa-apa kerja sampai kerja-kerja kuliah aku terbengkalai . Sakit kepala tersebut menyerang pada waktu malam , tambah menyeksakan , badan aku jadi sangat panas . Aku agak panik sebab aku tak pernah rasa sakit kepala sampai tak boleh nak buat apa-apa kecuali tidur .

Setelah 4 hari , kat badan aku wujud dua bintik merah , aku pelik , binatang apa la yang gigit ni kan , so aku takde la fikir ke lain sebab ada dua saja . Keesokan harinya, bila aku tengok cermin , dekat leher aku ada macam lingkaran merah , what theeee ? Ada banyak juga la bintik merah naik , termasuk dekat lengan dan bintik-bintik tu macam mengandungi air di dalamnya . Aku pun turun ke bilik kawan aku . aku tunjuk kat dia sebab beberapa hari sebelum tu dia cerita kat aku masa dia pergi klinik , orang sebelah dia kena chicken pox . Bila aku tunjuk kat dia , dia pun kata macam sama dengan budak kat klinik siswa tu jadi aku buat keputusan untuk ke klinik , tambahan pula masa tu kelas takde jadi boleh la pergi klinik.

Sampai saja kat klinik , doktor takdelah pulak . grrrr . Jadi aku terpaksa pergi klinik luar iaitu Klinik Kesihatan Gopeng . Dah la aku sorang-sorang . Aku tak pernah pergi sorang-sorang ke klinik . Aku tak nampak pun kaunter pendaftaran .

Aku : Makcik , nak daftar kt mana?
Makcik : Tu letak IC dalam bakul kecil tu nanti ada india datang ambil IC tu .

Aku pun letak la IC dalam tu dan tunggu . Lepas dapat nombor , aku tunggu dan bila sampai giliran , aku pun masuk .

Lama gak aku duduk dalam tu , gelak-gelak dengan orang tu , baik nurse dengan pembantu perubatan tu . Thumbs up untuk mereka sebab pandai layan pesakit . Aku pun disahkan ada chicken pox dan diberi MC selama 8 hari . Seronok habaq hanggg . Haha . Dah la baru nak masuk Ramadan kan , for sure la aku seronok sebab dapat duduk rumah . Makan makanan ma masak . Orang tu pun kata kat aku untunglah kena time bulan puasa , boleh duduk rumah  .

Sebenarnya aku agak pelik sebab aku rasa tak sakit pun chicken pox , ramai kot orang takutkan aku , kata sakit gila . Memang la kadang sakit , contohnya masa hari kedua tu , tekak dan perut rasa sakit gila , kakak kata maybe ada kat saluran tekak tu yang rasa sakit . Masa sahur aku makan sikit gila nasi , yelah nak telan punyalah sakit . Tapi aku nak jugak puasa . Bintik-bintik pun tak banyak , dekat tangan boleh dikira , dekat badan tu lebih sikit la. Hehe , tapi kecil-kecil je . Kakak aku kata dia dulu besar-besar . Seram aku dengar cerita dia . Macam sakit gila jer . Aku boleh lagi macam orang sihat , nyanyi sana sini , gelak , kacau adik . Hehe . Alhamdulillah la aku punya demam tak serius macam sesetengah orang .

RAWATAN? Ma bagi minum air kelapa , tidur berlapikkan daun semambu , sapu krim yang klinik bagi , pantang makan . Itu sahaja . Jenuh weiii tahan diri ni daripada makan makanan yang aku tak boleh makan . Seksa juga la , kat rumah masak macam-macam , tapi kita tak boleh makan . Wuuuu sedih , tapi takpelah seminggu ni je kan . Lepas sihat nanti siap sedialah perut akan aku telan segalanya . HAHAHA .

Oklah hari ni pun dah hari Khamis , esok last MC , Ahad nanti pulanglah semula aku ke KMPk tercinta . Seminggu tinggal kelas , aiyoooo habisla banyak benda aku tak tahu + kena buat . Speaking quiz , Chemistry quiz , pre UPS semuanya sedang menanti aku . :( Takpe , yang penting aku sihat walafiat . OK , sampai sini saja . Jumpa lagi ;)

Sunday, July 8, 2012

Amalina Mustafar

First 3 words for you , 'I MISS YOU'

Sesaat kau datang sesaat kau hilang :)
Dah 2 minggu iena tinggalkan jila. Still tak dapat terima keadaan ini. Ramai giler orang usik Jila dgn Nabil sebab tinggal berdua jer. 

ada jarak perpisahan :(


Mana sorang lagi?
Mache mana?
Tinggal 2 serangkai je.

Haaaaaa , semua orang perasan ketidakwujudan kamu. Aku merasa kehilangan sesuatu yang sangat penting. Mood kamu constant , sebab tu kita suka kawan dengan awak :( Awak tak pernah moody dengan kita . Layan jer kita nie kan . Hehe . Kita sampai demam sebab awak nak pergi , sampai sekarang nie pun kita tak ok lagi .

masa nie muka iena sedih :(

Kita banyak persamaan , jila suka masam , iena suka masam . Bila usha orang , kita mesti usha orang yang sama . Taste kita sama . Perasaan kita  selalu sama . Apa yang kita tak suka , iena pun tak suka . Apa yang kita suka , iena mesti suka . Sebab tu kita suka iena .

sedih tiap kali pandang ni :( dah la byk kt kmpk nih


Tiap hari jila tengok video Iena, jila rindu iena sangat2 . Gambar Iena jila lekat kat meja study . Kad ucapan tu pun Jila lekat dekat situ. Jila takkan lupakan Iena .

Iena , jumpa kawan baru jangan lupa Jila tau . Sebab takkan ada orang boleh ganti tempat Iena dalam kelas kita :) Semua orang rindu gelak tawa Iena .

berkurang seorang :(


Akhirnya Iena kluar jugak matrik kan . Tiap2 hari jila tanya iena jadi keluar ke , iena jawab tak tahu :( Daripada awal lagi jila tau dah iena mesti nak keluar , tapi maybe iena tak nak kami sedih . Takpelah kami doakan Iena daripada jauh ..

udah mcm org mengandung aku nye baju kena angin . hhe

Related Posts with Thumbnails