Thursday, July 26, 2012

CHICKEN POX ! oh NO

Assalamualaikum , harap korang semua sihat sejahtera , tak macam aku , tengah sakit . Hehe ..

Sekitar seminggu sebelum post ni aku buat , aku sihat-sihat saja , tapi tiba-tiba aku mengalami simptom pening kepala yang agak dasyat sampai aku tak boleh nak buat apa-apa kerja sampai kerja-kerja kuliah aku terbengkalai . Sakit kepala tersebut menyerang pada waktu malam , tambah menyeksakan , badan aku jadi sangat panas . Aku agak panik sebab aku tak pernah rasa sakit kepala sampai tak boleh nak buat apa-apa kecuali tidur .

Setelah 4 hari , kat badan aku wujud dua bintik merah , aku pelik , binatang apa la yang gigit ni kan , so aku takde la fikir ke lain sebab ada dua saja . Keesokan harinya, bila aku tengok cermin , dekat leher aku ada macam lingkaran merah , what theeee ? Ada banyak juga la bintik merah naik , termasuk dekat lengan dan bintik-bintik tu macam mengandungi air di dalamnya . Aku pun turun ke bilik kawan aku . aku tunjuk kat dia sebab beberapa hari sebelum tu dia cerita kat aku masa dia pergi klinik , orang sebelah dia kena chicken pox . Bila aku tunjuk kat dia , dia pun kata macam sama dengan budak kat klinik siswa tu jadi aku buat keputusan untuk ke klinik , tambahan pula masa tu kelas takde jadi boleh la pergi klinik.

Sampai saja kat klinik , doktor takdelah pulak . grrrr . Jadi aku terpaksa pergi klinik luar iaitu Klinik Kesihatan Gopeng . Dah la aku sorang-sorang . Aku tak pernah pergi sorang-sorang ke klinik . Aku tak nampak pun kaunter pendaftaran .

Aku : Makcik , nak daftar kt mana?
Makcik : Tu letak IC dalam bakul kecil tu nanti ada india datang ambil IC tu .

Aku pun letak la IC dalam tu dan tunggu . Lepas dapat nombor , aku tunggu dan bila sampai giliran , aku pun masuk .

Lama gak aku duduk dalam tu , gelak-gelak dengan orang tu , baik nurse dengan pembantu perubatan tu . Thumbs up untuk mereka sebab pandai layan pesakit . Aku pun disahkan ada chicken pox dan diberi MC selama 8 hari . Seronok habaq hanggg . Haha . Dah la baru nak masuk Ramadan kan , for sure la aku seronok sebab dapat duduk rumah . Makan makanan ma masak . Orang tu pun kata kat aku untunglah kena time bulan puasa , boleh duduk rumah  .

Sebenarnya aku agak pelik sebab aku rasa tak sakit pun chicken pox , ramai kot orang takutkan aku , kata sakit gila . Memang la kadang sakit , contohnya masa hari kedua tu , tekak dan perut rasa sakit gila , kakak kata maybe ada kat saluran tekak tu yang rasa sakit . Masa sahur aku makan sikit gila nasi , yelah nak telan punyalah sakit . Tapi aku nak jugak puasa . Bintik-bintik pun tak banyak , dekat tangan boleh dikira , dekat badan tu lebih sikit la. Hehe , tapi kecil-kecil je . Kakak aku kata dia dulu besar-besar . Seram aku dengar cerita dia . Macam sakit gila jer . Aku boleh lagi macam orang sihat , nyanyi sana sini , gelak , kacau adik . Hehe . Alhamdulillah la aku punya demam tak serius macam sesetengah orang .

RAWATAN? Ma bagi minum air kelapa , tidur berlapikkan daun semambu , sapu krim yang klinik bagi , pantang makan . Itu sahaja . Jenuh weiii tahan diri ni daripada makan makanan yang aku tak boleh makan . Seksa juga la , kat rumah masak macam-macam , tapi kita tak boleh makan . Wuuuu sedih , tapi takpelah seminggu ni je kan . Lepas sihat nanti siap sedialah perut akan aku telan segalanya . HAHAHA .

Oklah hari ni pun dah hari Khamis , esok last MC , Ahad nanti pulanglah semula aku ke KMPk tercinta . Seminggu tinggal kelas , aiyoooo habisla banyak benda aku tak tahu + kena buat . Speaking quiz , Chemistry quiz , pre UPS semuanya sedang menanti aku . :( Takpe , yang penting aku sihat walafiat . OK , sampai sini saja . Jumpa lagi ;)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails