Thursday, August 23, 2012

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA

Alhamdulillah ,  Ramadhan berjaya dijalani dengan baik , dugaan kali ini pastilah penyakit yang aku alami semasa awal Ramadhan . Mujur kena masa bulan puasa , mudah sikit nak pantang makan :) Dan alhamdulillah juga masa demam tu aku masih berdaya untuk berpuasa walaupun seluruh tubuh sakit . Alhamdulillah sekarang sudah sihat cuma parut-parut ada lagi . Kasihan~~

Raya kali ini alhamdulillah keluarga masih lagi bersama . Keluarga paling penting dalam hidup . Kalau aku menyayangi keluarga , aku yakin keluarga akan membalas sayang aku berganda-ganda . Itulah kelebihan keluarga , mereka takkan meninggalkan kita walau dalam kondisi apa sekalipun .

Harapan masih ada untuk melihat ahli keluarga bertambah , tapi mungkin bukan tahun ini . Semoga tahun hadapan doa kami sekeluarga termakbul untuk melihat adik beradik yang lebih berusia mendirikan rumah tangga . Insyaallah . Allah telah merancang yang sebaiknya untuk hamba-hambaNya .

Ya , sekali lagi aku beraya tanpa teman . Setahun lebih dia pergi . Dirinya tetap tiada pengganti . Jiwang pula tiba-tiba . :) Memang terasa sayu tatkala menghantar mesej kepadanya , terima kasih kerana membalasnya . Aku amat menghargainya meskipun mesej nya bukanlah satu ucapan hari raya . Tapi isinya sudah cukup mengejutkan aku kerana tidak menyangka dia bertandang ke blog ini yang selama ini aku tulis untuk dia . Haha segannya . Tapi itulah hakikatnya Azlan :) Selamat hari raya awak ... Saya minta maaf tapi saya tak dapat nak delete post tu ..

Tahun ini kami sekeluarga beraya di Shah Alam , di rumah kakakku kerana seorang lagi kakak tidak mendapat cuti pada raya pertama jadi kami pun datanglah beraya di sini . Lagipun memang tiap-tiap tahun tak pulang beraya di Kelantan . Raya di mana sama sahaja asalkan kami sekeluarga dapat berkumpul . 

Abah , ma , abang , kak nani , kak lija , kak zura , adik dan athirah , selamat hari raya aidilfitri !


Related Posts with Thumbnails