Monday, September 17, 2012

Aku Memang SENSITIF

Kalau ada orang kata aku ni sikit-sikit nak merajuk , sikit-sikit nak nangis , aku tak kisah pun . Sebab daripada kecil lagi aku memang sensitif , teringat masa dulu , kena usik sikit pun , mesti aku menangis . Nangis bawah bantal , tepi meja , tepi kerusi , atas katil . Hehe . Masa kecil memang air mata la teman setia .


Sekarang da besar , takkan nak nangis macam budak kecil , kalau rasa nak nangis pun tahan sedaya upaya sebab tak nak orang tengok . Yelah bila sekali orang dah tanya "Kenapa nangis?" ataupun "Janganlah nangis" , secara automatiknya kita akan nangis lagi dasyat . Betul tak ? Ke aku sorang aje macam ni ? ;)

Kadang-kadang boleh pula nangis tanpa sebab , bila orang tanya , jawab tak tahu . Sebenarnya susah nak diluahkan dengan kata-kata , sebab perasaan itu sendiri bercampur baur . Nak dicerita kepada orang , tak ada pendengar yang setia mendengar , mungkin ada yang mahu mendengar tapi hati ini belum siap sedia untuk bercerita .

Memang banyak masalah belakangan ini , masalah baru , masalah berbangkit dan macam-macam kategori masalah lagi . Susah nak diselesaikan kerana andai diselesaikan , ada hati yang bakal terluka , iaitu hati sendiri . Penyelesaian yang bakal menyeksakan diri sendiri , jadi lebih baik masalah itu dibiarkan sahaja . 

Ruang memori untuk satu masalah tersebut sangat besar di minda sehinggakan tiada ruang untuk menyimpan perkara baru yang jauh lebih penting , andai dapat aku buang masalah yang terbesar dalam hidup aku sejak setahun yang lalu , pasti hidup ini lebih mudah aku jalani . Tapi aku tak terdaya lagi membuang kenangan itu .



Aku sendiri tak tahu mengapa sukar melupakannya , mungkin salah sendiri kerana menyimpan harapan setinggi gunung . Berharap akan sesuatu yang sudah tidak pasti . Harapan yang dulunya setinggi gunung kini terkubur sudah . Semoga hati terus kuat :) Ya , aku mampu :)

Sunday, September 16, 2012

Bad Experience : ONLINE SHOPPING

Hye guys , jila sebenarnya jarang-jarang beli barang online . Tapi setiap kali beli , alhamdulillah la , selamat sampai barang yang dibeli tu dan perkhidmatan pun memuaskan . Tapi ada sekali ni , rasa bengang sangat . Nak tahu cerita ?




Awal bulan Ogos 2012 , jila dan beberapa kawan lagi survey tudung dekat satu online shop kat Facebook (nama dirahsiakan) Memang banyak sangat pilihannya dan semua ada stok , yelah selalu kalau dekat orang lain , mesti stok dah takde , tambah-tambah yang kita berkenan . Memang happy la masuk page dia sebab banyak pilihan yang cantik-cantik dan harga memang sangat murah . Setakat ni , page ni lah yang Jila jumpa tudungnya paling murah , jadi kita orang pun pilih la tudung masing-masing . Jila beli 6 kalau tak silap dan tak sampai RM 30 pun 6 tudung tu , memang murah la kan ?

Kawan sorang tu pun ambil dalam 10 juga la , mula-mula was-was juga, betul ke kedai ni , tahtah tipu jek , tapi rasa yakin jugak sebab one of our friend pernah beli tudung dekat page ni , so rasa macam selamat sikit la pembelian ni kan . Hehe . So , lepas pilih-pilih , 30 helai jugak la kami borong , beli ramai-ramai ni save sikit . Postage tak payah bayar . Total semua dekat RM200 jugak la dan kami dah pun bank in kepada owner page tu .

So , excited la nak pegi ambil tudung dekat pejabat pentadbiran kolej sebab ada kawan tu nak buat jadi tudung raya , so sehari sebelum cuti raya kami cek la dekat pejabat , okayyy TAK SAMPAI LAGI . Hancur hati , nasib lah tudung tu Jila bukan nak pakai raya , so not so depressed lah bila tudung tu tak sampai . Kesian dekat kawan-kawan lah , kena beli tudung lain pula kan?

On 27 August 2012 kami pergi lagi sekali dekat pejabat tu , yelah almost 2 weeks dah kan , for sure tudung dah sampai . Yeahh seronok sebab ada bungkusan atas nama kawan , bila bukak parcel tu , TUDUNG TAK CUKUP  ada 13 saja , lagi 17 takde , yang ada cuma tudung 1 tone , dah la 1 tone saja ada , warna pun dia bagi tak betul . Kami rasa berapi jugak la , tudung dah la sampai lambat , tak cukup pulak tu , warna pun salah .  Bila contact tuan kedai tu , okeyyy dia off fon ! Try search page FB dia , dah tak jumpa .. Haaa , takkan kami terkena kot ?

Kami still sabar lagi , rupanya dia dah tutup page tu dan buka page lain . Konspirasi apakah ini ? Kami buntuuuu . Berapa kali dah kami hantar emel kat owner , sometime she replies , macam nak mengelak pun ada dia ni . Tapi kalau search google , semua customer puas hati dengan her service , so what wrong now ? Dia kata tengah tunggu return daripada pejabat pos , tapi sebulan dah kot berlalu , takkan lama sangat kan ? Kami memang bengang gila dah , rasa lagi geram bila hari-hari nampak dia update new stuff kat page dia tapi emel kami dia tak reti-reti nak balas . Argh tension . Nak kami tunggu sampai raya tahun depan pula ke cik kak ? Nonsense . kalau kami dah dapat apa yang kami beli , takdenye kami nak emel berkali-kali kat akak oit . 

Please la , berniaga la betul-betul . For sure kami takkan shopping dekat situ dah , terkena macam ni . 

Mari LIKE!

Beberapa hari yang lepas , jila dah dilantik sebagai salah seorang admin dalam satu page Facebook ni . Masa mula-mula tu pelik juga la , kenapa jila tiba-tiba jadi admin ni , lama-lama rasa macam best jugak la . Hehe . Tapi buat masa ni page tersebut masih kurang sambutan , yelah page baru lagi ni . So , kawan-kawan semua jom lah like page ni !





Page ni bersifat general , so kami share macam-macam , takde yang specific pun . Ada 4 orang yang kendalikan page ni . Harap korang boleh ringan tangan dan klik like untuk page ni . Tak rugi pun , boleh berhibur sambil dapat macam-macam ilmu baru tau yang selama ni kita tak tahu , sekarang dah tahu :D

My role?
Hehe jila dah diminta untuk post tentang love quotes , biasalah perempuan kan . Hehe benda-benda macam ni lebih dekat di hati . Tambah-tambah jila memang sukaaaaa sangat baca quotes :) So memang sesuai lah dengan part yang jila pegang ni .

Tapi sebagai student , i have limit of time to online . So , maaf lah kepada yang lain kalau jila jarang update ya ? Bertambah masalah sebab my room tak dapat coverage wifi kolej , al maklumlah duduk tinggi sangat . Haha , sabar sabar ! Harap kami dapat bersatu dan menaikkan page ini ! :)
Related Posts with Thumbnails