Monday, September 17, 2012

Aku Memang SENSITIF

Kalau ada orang kata aku ni sikit-sikit nak merajuk , sikit-sikit nak nangis , aku tak kisah pun . Sebab daripada kecil lagi aku memang sensitif , teringat masa dulu , kena usik sikit pun , mesti aku menangis . Nangis bawah bantal , tepi meja , tepi kerusi , atas katil . Hehe . Masa kecil memang air mata la teman setia .


Sekarang da besar , takkan nak nangis macam budak kecil , kalau rasa nak nangis pun tahan sedaya upaya sebab tak nak orang tengok . Yelah bila sekali orang dah tanya "Kenapa nangis?" ataupun "Janganlah nangis" , secara automatiknya kita akan nangis lagi dasyat . Betul tak ? Ke aku sorang aje macam ni ? ;)

Kadang-kadang boleh pula nangis tanpa sebab , bila orang tanya , jawab tak tahu . Sebenarnya susah nak diluahkan dengan kata-kata , sebab perasaan itu sendiri bercampur baur . Nak dicerita kepada orang , tak ada pendengar yang setia mendengar , mungkin ada yang mahu mendengar tapi hati ini belum siap sedia untuk bercerita .

Memang banyak masalah belakangan ini , masalah baru , masalah berbangkit dan macam-macam kategori masalah lagi . Susah nak diselesaikan kerana andai diselesaikan , ada hati yang bakal terluka , iaitu hati sendiri . Penyelesaian yang bakal menyeksakan diri sendiri , jadi lebih baik masalah itu dibiarkan sahaja . 

Ruang memori untuk satu masalah tersebut sangat besar di minda sehinggakan tiada ruang untuk menyimpan perkara baru yang jauh lebih penting , andai dapat aku buang masalah yang terbesar dalam hidup aku sejak setahun yang lalu , pasti hidup ini lebih mudah aku jalani . Tapi aku tak terdaya lagi membuang kenangan itu .



Aku sendiri tak tahu mengapa sukar melupakannya , mungkin salah sendiri kerana menyimpan harapan setinggi gunung . Berharap akan sesuatu yang sudah tidak pasti . Harapan yang dulunya setinggi gunung kini terkubur sudah . Semoga hati terus kuat :) Ya , aku mampu :)

2 comments:

Cik Ila said...

cik ila pun sensitif jugak.. ;p

Ainismaira said...

jgn la nangis.. nanti kite nangis jugak .. huhuhu

Related Posts with Thumbnails