Sunday, September 16, 2012

Bad Experience : ONLINE SHOPPING

Hye guys , jila sebenarnya jarang-jarang beli barang online . Tapi setiap kali beli , alhamdulillah la , selamat sampai barang yang dibeli tu dan perkhidmatan pun memuaskan . Tapi ada sekali ni , rasa bengang sangat . Nak tahu cerita ?




Awal bulan Ogos 2012 , jila dan beberapa kawan lagi survey tudung dekat satu online shop kat Facebook (nama dirahsiakan) Memang banyak sangat pilihannya dan semua ada stok , yelah selalu kalau dekat orang lain , mesti stok dah takde , tambah-tambah yang kita berkenan . Memang happy la masuk page dia sebab banyak pilihan yang cantik-cantik dan harga memang sangat murah . Setakat ni , page ni lah yang Jila jumpa tudungnya paling murah , jadi kita orang pun pilih la tudung masing-masing . Jila beli 6 kalau tak silap dan tak sampai RM 30 pun 6 tudung tu , memang murah la kan ?

Kawan sorang tu pun ambil dalam 10 juga la , mula-mula was-was juga, betul ke kedai ni , tahtah tipu jek , tapi rasa yakin jugak sebab one of our friend pernah beli tudung dekat page ni , so rasa macam selamat sikit la pembelian ni kan . Hehe . So , lepas pilih-pilih , 30 helai jugak la kami borong , beli ramai-ramai ni save sikit . Postage tak payah bayar . Total semua dekat RM200 jugak la dan kami dah pun bank in kepada owner page tu .

So , excited la nak pegi ambil tudung dekat pejabat pentadbiran kolej sebab ada kawan tu nak buat jadi tudung raya , so sehari sebelum cuti raya kami cek la dekat pejabat , okayyy TAK SAMPAI LAGI . Hancur hati , nasib lah tudung tu Jila bukan nak pakai raya , so not so depressed lah bila tudung tu tak sampai . Kesian dekat kawan-kawan lah , kena beli tudung lain pula kan?

On 27 August 2012 kami pergi lagi sekali dekat pejabat tu , yelah almost 2 weeks dah kan , for sure tudung dah sampai . Yeahh seronok sebab ada bungkusan atas nama kawan , bila bukak parcel tu , TUDUNG TAK CUKUP  ada 13 saja , lagi 17 takde , yang ada cuma tudung 1 tone , dah la 1 tone saja ada , warna pun dia bagi tak betul . Kami rasa berapi jugak la , tudung dah la sampai lambat , tak cukup pulak tu , warna pun salah .  Bila contact tuan kedai tu , okeyyy dia off fon ! Try search page FB dia , dah tak jumpa .. Haaa , takkan kami terkena kot ?

Kami still sabar lagi , rupanya dia dah tutup page tu dan buka page lain . Konspirasi apakah ini ? Kami buntuuuu . Berapa kali dah kami hantar emel kat owner , sometime she replies , macam nak mengelak pun ada dia ni . Tapi kalau search google , semua customer puas hati dengan her service , so what wrong now ? Dia kata tengah tunggu return daripada pejabat pos , tapi sebulan dah kot berlalu , takkan lama sangat kan ? Kami memang bengang gila dah , rasa lagi geram bila hari-hari nampak dia update new stuff kat page dia tapi emel kami dia tak reti-reti nak balas . Argh tension . Nak kami tunggu sampai raya tahun depan pula ke cik kak ? Nonsense . kalau kami dah dapat apa yang kami beli , takdenye kami nak emel berkali-kali kat akak oit . 

Please la , berniaga la betul-betul . For sure kami takkan shopping dekat situ dah , terkena macam ni . 

2 comments:

Mohamad Adib said...

aku rasa kau tak patut rahsiakan nama page tu..biar semua orang tahu masalah yang kau hadapi..baru lepas ni owner tu tak berani nak tipu dah

Ainismaira said...

post komen kat semua new stuff yg die post.. biar sume customer die baca..

Related Posts with Thumbnails