Wednesday, October 24, 2012

Happy 21th Birthday :)

Happy birthday to you , Happy birthday to you , Happy birthday to Azlan , Happy Birthhday to you ! ;)

Assalamualaikum , firstly i'm so sorry because i write about you again :D Haha saye memang degil sejak dulu kan kan ?  tapi saye post ini semata-mata nak wish birthday awak , yeah i know you will read this :) Masa biirthday tak elok marah2 tau .

Last year , you said that i am the first person who wish your birthday . This year ? Am i the first or the last ? Haha tak penting lah orang pertama ke yang kedua ke yang terakhir ke , tarikh 24 Oktober 1991 tetap dalam kotak ingatan saya , tak kiralah apa pun yang terjadi :)

Sempena hari jadi awak , saya doakan awak panjang umur , murah rezeki , berjaya dalam kehidupan awak , dapat bahagiakan orang di sekeliling awak , saya doakan semua yang baik-baik untuk awak. Dulu awak beriya tak nak masuk umur 20 sebab dah tak ada 1 kat depan umur awak , tahun depan giliran saya pulak :)



Sekali lagi , selamat hari lahir yang ke 21 , Gat :) May Allah bless you always . Amin .

Saturday, October 13, 2012

Inilah Aku :)

Hye too all my readers . :)
Sekarang ni Jila ada kat rumah . Balik sebab Matrik Perak tengah tak ada air sekarang ni , sebenarnya kalau nak diikutkan kami tak dibenarkan balik sebab final exam lagi 2 minggu jer lagi tapi sebab KMPk ada krisis air jadi kami pun dibenarkan balik :) 

Actually hari-hari aku di KMPk tak lagi segembira dulu . Entah kenapa , ada certain2 masa yang aku rasa aku nak lajukan masa ataupun aku rasa nak tidur saja sepanjang hari . Aku rasa sesiapa yang kenal aku tahu aku ni jenis pendam , kalau ada masalah aku akan cuba settle sendiri dan aku tak suka nak sakitkan hati sesiapa sebab aku sendiri tak suka orang sakitkan hati aku . Aku tak tahu salah aku apa kadang-kadang . Kalau fikir-fikir balik , memang tak ada . Tak tahu lah kalau orang tak selesa dengan cara aku .

kesedihan aku mcm budak ni lah . hehe

Aku tak suka nak besar-besarkan apa yang aku rasa , sebab kalau pihak tu tahu , dia pula fikir apa nanti . Jadi , biarlah aku simpan sorang-sorang , yang aku tahu aku nak tengok orang sekeliling aku gembira . Aku sayang kawan aku sangat-sangat , biarlah dia gembira dengan surrounding dia :) Aku ? Tak pelah life kat sini tinggal berapa bulan saja lagi . Aku kuat ! Aku boleh hadapi tekanan emosi ini dengan jayanya . Insyaallah :)

Siapa yang rapat dengan aku boleh tahu betapa bisingnya mulut aku dan biasanya orang yang baru kenal aku akan cakap aku pendiam , yeah aku memang tak reti nak mulakan perbualan tapi aku rasa kali ini aku dah mencuba sedaya upaya nak berkawan baik dengan semua orang , baik orang yang baru aku kenal ataupun yang dah lama kenal aku , sebab aku fikir aku dah umur 19 , takkan nak berperangai keanak-anakan lagi , takkan nak merajuk-merajuk , cari pasal dengan orang lagi macam dulu . Cukup-cukup dah kot . Aku nak ada hubungan baik dengan semua orang .

Tapi kali ni aku dah rasa putus asa , aku rasa baik aku diam saja kalau kewujudan aku pun orang buat nampak tak nampak saja . Fokus utama aku study , pengaruh rakan sebaya kuat sangat dan buat pertama kalinya aku rasa tak terpengaruh langsung dengan persekitaran aku . Ya , setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan aku rasa inilah hikmahnya , aku lebih fokus dalam pelajaran , hidup aku lebih teratur . Alhamdulillah , terima kasih untuk persekitaran baru ini .
Related Posts with Thumbnails