Monday, November 19, 2012

Apa Kaitan Lagu dengan Emosi kita?

Assalamualaikum , setiap orang ada genre lagu yang diminati , kalau saya , saya suka lagu slow , lagu rancak pun suka juga tapi semuanya bergantung pada mood ataupun apa yang saya tengah rasa pada waktu tu . Saya suka dengar melodi sesuatu lagu tu , lepas tu saya akan hayati lirik dia dan kalau kena dengan diri saya , memang saya akan suka :)

Saya tak minat cuma pada artis tersebut , tapi saya akan suka lagu tu sendiri , maksudnya walaupun saya tak suka artis tu , kalau lagu dia best , saya layan jer :)

Kalau saya tengah sedih , saya suka dengar lagu sedih , yang kena dengan emosi saya . Mungkin ada orang kata , eh kalau sedih , dengar lah lagu rancak , kalau dengar lagu sedih , lagi lah sedih . Sebenarnya bagi saya , lagu ni umpama teman saat saya sedih , jadi dengan lirik yang kena dengan situasi yang dialami , tu lah yang best dan satu hiburan bagi saya :) Yelah , lain orang lain pendapat dan citarasa kan ? :)

salah satu band yang saya suka sangat :)
Kalau nak kata saya ni jiwang , memang ya . Saya suka dengar lagu slow , contohnya lagu 6ixth Sense , Anuar Zain , Nubhan , Akim , lagu-lagu daripada Indonesia pun banyak betul yang saya suka . Sebab kebanyakan lagu Indon ni betul-betul kena dengan jiwa saya , lagu melayu pun banyak yang best .

English songs ? Mestilah layan juga , kalau saya dah suka satu-satu lagu ni , saya akan pastikan lagu tu ada dalam phone saya . Selalunya kalau dengar lagu , saya akan skip skip , sebab suka dengar lagu yang sesuai dengan emosi saya :) Korea songs ? Layan juga , selalunya adik dan kakak saya yang akan perkenalkan lagu-lagu best kepada saya sebab saya ni mana lah tahu sangat tentang lagu-lagu baru ni :)

Jadi saya rasa lagu dan emosi memang ada kaitan secara tak langsung , telinga kita akan lebih suka untuk mendengar lagu yang berkaitan dengan emosi kita pada saat itu . So , apa lagu yang anda suka ? Tentu ada cerita di sebalik lagu tersebut kan :)

p/s : awak yang baca ni suka lagu apa? :)

Friday, November 16, 2012

Tak Susah . Betul :)

Assalamualaikum , sekarang ni blog entri saya ada yang bersifat umum , ada yang ditujukan untuk orang . :) Sebenarnya saya memang suka sangat menulis , menulis blog ni boleh hilangkan bosan saya , boleh buat saya senyum sendiri , hilangkan tension saya dan tanda saya menghargai orang . Sesiapa yang pernah saya tuliskan entri , maknanya kalian orang yang penting dalam hidup saya .

Sejak sebulan yang lepas , kalau kalian perasan , ada beberapa entri saya tujukan untuk seseorang . Kakak saya pun tanya siapa dia , ada orang tanya kenapa selalu tulis pasal dia , kenapa ? Sebab dia buat saya lupa pada semua benda yang buat saya sedih . Kalau kawan baik dan rapat dengan saya , diorang dapat tengok bezanya saya lepas kenal dia ni . :)

Setiap kali baca entri saya , dia mesti cakap 'susahkan awak je tulis' . Sebenarnya tak susah langsung tulis , tambah-tambah tulis tentang sesuatu yang buat kita gembira . Setiap entri saya tulis tentang dia , dia kata sweet . Haha . Saya tulis apa yang saya rasa .

Yang paling saya terkejut , masa saya tulis entri tentang dia , tapi saya tak bagitahu pun dia saya ada tulis , tapi dia datang baca :) Hehe , dulu rasa segan juga la tulis pasal dia , tapi lepas dia kata asalkan saya happy , dia ok je :) Thanks sangat-sangat . Saya cerita kat dia ada beberapa orang dah tau dia siapa , dia kata dia tak kisah pun :) Yang penting saya happy katanya ^^, 

Semalam dia komen pasal saya , dia kata saya pandai menulis , dia suruh saya tulis novel . Haha saya kata la saya takde idea , lagipun saya pandai tulis biasa-biasa je , kalau novel tu tak layak kot . Hehe tapi dia tetap kata saya boleh , jadi saya tanya la , kalau saya tulis , saya tulis tentang dia . Haha :) Kisah benar katanya . Saya tanya dia , apa tajuk novelnya nanti , dia bagi tajuk '4 Nasihat Cinta' .. Haha awak awak , suka buat saya senyum kan ? :) Kalau saya tulis , saya jual kat awak ye nanti ? :p

Kepada sesiapa yang tertanya-tanya tentang kami , kami kawan saja sebenarnya , tapi apa yang boleh saya bagitahu ,


kita hanya mampu merancang , Allah yang tentukan segalanya . :)

Thursday, November 15, 2012

MY MUM birthday :)

Assalamualaikum semua . Hari ni hari yang sangat-sangat istimewa , pertamanya tentulah tahun baru dalam kalendar hijrah iaitu Maal Hijrah , keduanya , hari ni merupakan hari jadi emak saya , Puan Rakiah binti Saleh yang ke 59 tahun :) 


my everything :')

Saya panggil emak saya 'MA' . Yes , ma saja , bukan mama atau mak. Hehe . Alhamdulillah tahun ni saya ada kat rumah masa hari jadi ma , yelah mana tahu tahun depan kena merantau ke mana-mana kan :) Ma , i love u very much . Ma saya panggil saya 'Laa' , abah saya pun panggil saya 'Laa' .. Dalam hidup ni , mereka berdua je panggil macam tu :) Dulu ada la suruh someone tu panggil Laa juga , tapi sekarang tak tahu la orang tu ke mana , yelah orang dah benci kita kan :) So , sekarang ni panggilan tu hanya untuk ma dan abah .

Ma , sempena hari lahir ma tahun ni , Laa doakan ma panjang umur , sihat selalu , kuat macam selalu , gembira sentiasa . Amin . Kami anak-anak ma tahu yang harapan ma mesti nak tengok anak-anak berkahwin kan , tapi sampai sekarang semua masih belum bertemu jodoh . Sama-sama la kita berdoa ya . Insyaallah jodoh tu pasti akan sampai buat abang dan kakak-kakak . Saya ? Hehe lambattttt lagi , baru 19 tahun , saya nak kejar cita-cita dulu . Kan ma? :)

my big family :)
Laa harap laa mampu buat ma gembira sentiasa . Sejak masuk matrik , Laa rasa lain sangat , mungkin kita jarang bersama , jadi bila sesekali balik , I felt so happy , my mum show me that she really love me . Setiap kali nak balik matrik , ma mesti cium dan peluk saya . Dulu ma jarang buat macam tu . Ya Allah , I'm so happy . Sebab tu setiap kali nak balik matrik , saya mesti sedih je , muram je , Laa tak nak berpisah dengan ma . Sekarang ni adik-beradik semua kata saya paling manja sekali . Hehe tapi saya tahu , ma sayang semua anak-anak ma :)


Kepada Pn Rakiah Saleh :)

Ma,
Laa janji akan buat ma bangga ada anak macam Laa , I will try my best to achieve my dream . Laa janji akan belajar rajin-rajin , jadi anak yang baik . Insyaallah . Kami anak-anak ma akan buat ma bahagia sebahagia-bahagianya sebab kami semua sayangggggggggggggg ma !

Happy birthday Ma:)

Lots of love,
Laa :)

Tuesday, November 13, 2012

Sedih + Geli = Uwekkkk :p

Hari ini saya nak cerita satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan , geli terasa sampai ke saat ini .


Petang tu lepas habis exam apa ntah tak ingat , saya dan seorang lagi kawan saya pergi la ke kafe , tujuan asal nak beli makan malam la , kawan saya beli nasi kerabu , saya beli burger je , sementara tunggu burger saya siap , kami berdua pun beli la air . Kami beli nescafe ais sebab mata agak mengantuk , kononnya minum nescafe kurang la sikit ngantuknya . (selalunya tak hilang pun) Jadi kami pun order la 2 nescafe ais bungkus kat abang cafe tu , memang selalu beli bungkus pun sebab banyak sikit :D

Dah siap air tu , aku pon bayar la , hulur rm5 kat makcik tu , balance RM2 je , err pelik gak selalu beli kat cafe lain , nescafe ais RM1.20 jer tapi kali ni RM1.50.. Mahal-mahal , minum-minum , nasib baik la sedap air tu kan , aku tak minum sampai habis kat cafe , bawak balik bilik .

dalam fikiran , air nye macam ni . tapiiiiiii!
Kat bilik , sambung la minum air tu sambil duduk atas katil ,dah lepas habis separuh air tu , aku dah rasa tak larat da , sedut la lagi sikit , sekali sedut tu terasa sesuatu masuk mulut . Aku pelik gak , minum air nescafe , apa benda pula yang boleh ada dalam air aku ni , nasib tak telan , ada benda terasa kat hujung lidah aku , aku pun keluarkan lah , haaaaaaa tahu tak apa yang termasuk dalam mulut aku ? Eiii geli :( Ada serangga ! Tahu tak serangga apa ? Macam biasa kira dulu sampai 3 :p






1
























2






















3













LALAT !!!


Arghhh aku terus campak dia ke lantai . Loya terus tekak aku , sampai esoknya perut aku terasa sakit betul . Haishhhhhhhhh kenapa la air aku yang lalat tu nak masuk ? Kenapa wahai Encik Lalat ? Kenapa tak terbang dengan bebasnya , kenapa nak korbankan diri masuk dalam air aku ? Putus cintakah anda ? Hahah . Jadi rupanya air aku tu mahal sebab ada campuran lalat dalam tu . Argghhh abang kafe kejam , tak nak kawan dah . Hahaha .

Sila pastikan premis makanan anda bersih ya wahai pengusaha-pengusaha kafe sekalian . Macam-macam juga la pernah aku jumpa , ada surat khabar la dalam makanan , serpihan polistrine la . Haiyaaa , bahaya tau kalau kita makan makanan yang tak bersih , boleh kena keracunan makanan . Seksa tau kalau kena keracunan makanan ni :)

So , lebih baik buat sendiri air daripada beli , lebih terjamin kebersihannya :D

Hari Ini :)

Assalamualaikum , hari ini 13 November 2012 . Ada apa-apa yang special ke dengan tarikh ni ? Yup , ada sebab dah sebulan saya kenal dengan dia . Memang baru sebulan tapi macam-macam dah jadi :) Matrik pulak tinggal tak berapa lama lagi dah habis , maksudnya lepas ni pun saya dan dia dah tak dapat berjumpa lagi , tak de lah nak hantar mesej saya nampak awak dekat cafe B . Hehe sebab dia duduk jauh :)


Sebulan dekat matrik memang tak sama dengan sebulan kalau kita kat luar matrik . Rasa lama je , sebab tu rasa walaupun baru sebulan kenal dia , tapi rasa macam dah lama kenal . Macam-macam dah tahu , macam-macam dah dibualkan dan macam-macam dah ditanyakan . Hehe :) Saya seronok kawan dengan dia sebab dia buat saya rasa tak janggal langsung , saya rasa boleh cerita macam-macam pada dia , boleh kongsi macam-macam :)

Dalam tempoh sebulan ni juga saya dah kenal dengan ramai juga lah kawan-kawan dia , dan salah seorangnya dah jadi adik lelaki saya :p Thanks sangat ya sebab bagi saya seorang adik lelaki yang ceria dan selalu buat saya happy beberapa menjak ni ;) Mula-mula saya cuma main-main je tanya awak dia nak tak jadi adik saya , tapi lama-lama dia dah betul-betul jadi macam adik saya . Hehe merasa jugalah pengalaman ada adik lelaki yang berbeza umur setahun ni :)



Ada banyak yang saya takkan dapat nak lupakan walau mungkin satu hari nanti hubungan antara kita dah tak macam sekarang . You give me many sweet things to remember . Tq sangat-sangat sebab awak lah saya mampu tersenyum . Chewah , memang agak poyo , tetapi itulah kenyataannya . Harap kita dapat terus berkawan dan keempat-empat nasihat awak akan saya ingat selalu . Amin . Insyaallah :) Saya ada hadiah untuk awak :D

Sila kira 1 sampai 3








1











2











3












Jemput makan :D


ayam masak merah drpd Makcik Google :p

dan


coklat kedai siswa :p

dan


t shirt warna biru :p haha 

Saje gurau-gurau :) Jangan marah :D

Monday, November 12, 2012

Berbisik?Elakkanlah

Entri kali ni berkait tentang perasaan yang mana aku rasa semua orang rasa sesuatu bila tengah sembang lebih daripada dua orang , contohnya sembang bertiga , tiba-tiba dua daripada rakan kita tu berbisik sesama sendiri depan kita . Tak ke rasa perbuatan tu tak sopan langsung dan mungkin mengguris hati orang ketiga tersebut? Mesti orang ketiga akan fikir 'hmm , mereka taknak aku tahu ke? Apa yang mereka bisikkan ? Tentang apa ? Rahsia apa yang tak boleh aku tahu tu ?'

kesian kucen comel kat belakang tu kan ? hehe
Jujurnya , aku memang pantang kalau tengah sembang ramai-ramai , tiba-tiba ada yang berbisik , bukanlah aku nak tahu sangat apa yang mereka bualkan , tapi aku rasa perbuatan tersebut sangat tak sopan dan tak menghormati rakan-rakan yang lain , yelah , lepak sama-sama , tapi tiba-tiba berbisik berdua , hati siapa tak panas kan , . Situasi ini lazimnya berlaku antara perempuan , sebab perempuan lagi suka bersembang kan? Hehe

Lagi satu , tengah sembang ramai-ramai , tiba-tiba 'Wehh Milah , aku nak cerita something kat kau , tapi nantilah !' 

Err, kalau nak cerita berdua , tak perlu rasanya cakap pada semua yang anda berdua ada rahsia yang nak disembangkan berdua . Please respect others feeling . Kalau orang buat kau orang macam tu , tentu kau orang pun tak suka betul tak? Sebab tu dalam hidup ni kena ada give and take .

Dalam Islam pun ada hadis tentang soal berbisik ni


وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ.

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1]


Hadis ni berikan kita 2 prinsip , yang pertama supaya kita tak menimbulkan syak wasangka pada orang lain , yang kedua ialah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain :)

Jadi kesimpulannya kawan-kawan , elakkanlah perbuatan berbisik di depan kawan-kawan sebab perbuatan tersebut dilarang oleh Rasulullah sendiri :) Yang baik kita jadikan amalan , yang tidak jadikan sempadan . Jumpa lagi :)

Saturday, November 10, 2012

Semester 3 tamat :)

Assalamualaikum , hari ni secara rasminya tamatlah semester 3 aku di KMPk . Sem ni penuh dengan warna warni , ada suka , ada duka , ada kecewa . Macam-macam . Yang paling best sebab semakin rapat dengan kawan-kawan sekelas , yelah dah 3 sem bersama , tentulah makin rapat dan pastinya sem 4 nanti sedih nak tamatkan matrik .


Bercakap tentang pelajaran , aku rasa sem ni paling tough antara 3 semester yang telah aku lalui , paling susah rasanya Matematik . Hurm , risau juga bila tengok result UPS yang ntah apa-apa tu , teringat pula paper PSPM hari tu , hmm risaunya kalau tak dapat sambung semester 4 , lagi satu sem je lagi , harap-harap lepas la pointer aku :(

kelas kesayangan :)


Semester ni jugalah kelas kami dapat banyak feedback negatif daripada lecturer yang rata-ratanya komen tentang attitude kami yang makin teruk dari hari ke hari . Memang kelas aku sangat berbeza daripada kelas orang lain , kalau lalu dari kelas ke kelas , kelas orang lain senyap gila , kelas aku , hmm jangan cakap la , 23 mulut bercakap . Haha . Tu pun dah beberapa orang dah keluar matrik , kalau diorang ada , silap-silap kena pecah kelas kami ni . 

semua ni nakal-nakal sangat :p

Sem ni kami nakal sangat , kami pernah buat lecturer sampai merajuk , memang sangat serba salah . Maafkan kami . Kami da cuba diam , paling lama tahan pun setengah jam . Haha bila sorang da start bercakap , memang yang lain sahut menyahut . Tapi serius cakap , aku happy dan bersyukur dapat masuk dalam kelas KD1T2 walaupun ramai yang pandang negatif pada kelas kami , yang penting kami bahagia sangat :)

Sem depan tak tahu la macam mana , harap dapat jumpa lagi dengan semua yang ada kat KMPk tu , aku nak habis sampai sem 4 , tak nak la terkandas , setahun setengah dah aku kat sana , rugi sangat kalau tak dapat nak teruskan , tapi serius cakap , aku tak yakin dengan PSPM kali ni , tak sedap hati sangat-sangat . Harap sangat pointer aku lepas untuk terus melangkah ke semester 4 :(

Kepada kawan-kawan , selamat bercuti :) Jaga diri baik-baik tau , jangan nakal-nakal :) Insyaallah kita jumpa lagi semester depan . Amin :)

Thursday, November 8, 2012

The Biggest Mistake

Assalamualaikum , dalam hidup ni kita mesti ada benda yang kita tak suka sangat-sangat dan apabila kita telah melakukan benda yang orang tersebut tak suka , what should I feel ? Tentulah rasa bersalah yang teramat sangat sebab kita dah buat satu kesalahan , bukan kesalahan biasa tapi kesalahan yang mungkin kalau kita ulang , kita akan kehilangan orang tu .


Sebenarnya itulah kali pertama saya buat macam tu dan kali pertama itulah saya telah berkenalan dengan orang yang rupanya sangat tidak suka akan perbuatan saya itu . Sejujurnya , saya tak berniat langsung nak melakukannya , niat saya cuma satu . Saya betul-betul nak minta maaf dengan awak sebab saya buat macam tu . Tambah-tambah pula itulah satu-satunya perkara yang awak tak suka dan saya telahpun melakukannya . I am so sorry . Kalaulah saya tahu daripada awal yang awak tak suka orang buat macam tu , saya takkan buat perbuatan tersebut , saya minta maaf ya awak .

Awak , terima kasih sangat-sangat sebab awak maafkan saya dan terima saya walaupun saya dah buat perkara yang awak tak suka. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni ada hikmahnya kan dan mungkin memang dah tertulis kita berkenalan dengan cara macam ni .

Hehe apa la saya ni kan , semalam saya yang suruh awak lupakan , tapi hari ni saya bangun tidur terus saya teringat tentang perkara yang awak suka dan tak suka tu :') Tahu-tahu je lah , saya ni ingat aje semua yang pernah awak cakap ^^, Apa-apapun terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya , maafkan semua salah silap saya , apa yang pernah saya cakap mungkin banyak yang awak tak suka . Dengan ikhlasnya saya minta maaf , jangan simpan dalam hati tau ?

My goal is to not dissapoint you 
But I already did it on 13 October .
I am sorry :(
I hope our friendship will be better after this :)




Tuesday, November 6, 2012

Siapa DIA ?



Ada orang tanya siapa dia MDK yang special sangat sampai aku dah tulis pasal orang tu 2 kali . emm korang nak tahu ke siapa dia ? Hmm , sebenarnya aku dah janji dengan dia , tak nak cerita kat sesiapa , tapi special untuk korang semua , aku bagitahu jugalah siapa dia yang berjaya curi hati aku ( haha over tak saya ? ) 


Tapi korang kena janji , jangan terpikat pulak dengan dia ni , sebab aku je boleh minat kat dia . Haha .  Boleh janji tak ? Kalau tak boleh , aku tak nak la letak . Hmm janji tau ? :)

Kalau sehari tak nampak dia , rasa tak best lahhh , so kat sini aku letakkan sekali gambar dia supaya nanti korang takdelah tertanya-tanya pulak macam mana orangnya , yang penting , dia sangat sweet tau :p

Ok dah sedia ?







1










2








3






Inilah orangnya



M DAUD KILAU 
Hahaha MDK jugak tu kan , pakai baju warna biru pulak tu . hehehe :D Jangan marah ya semua , saja nak bagi dia senyum lagi . Haha berjaya tak saya buat awak senyum lagi ? :p

Minta maaf kepada Dato MDK ( M Daud Kilau ) sebab saya pinjam gambar . HAHA :D Ampun-ampun .

Jangan lupa balik KMPk tau , MUET tak habis lagi ;)

p/s : awak cuba dgr lagu ni , cute sgt ! Click SINI :)

Saturday, November 3, 2012

2 Nasihat :)

Dalam hidup ni kita perlukan nasihat,supaya kita tak terleka dengan dunia ni. Aku sangat suka berkawan dengan orang yang suka menasihati , sebab kita kadang-kadang tak tahu yang apa yang kita buat mungkin salah atau tidak kena pada masanya.


Baru-baru ni aku dapat nasihat baru :) 
1.Jangan terlalu berterus terang , berterus terang tu bagus tapi ada hadnya :)
2.Jangan cepat suka pada orang kalau kita tak kenal orang tu lagi :)

Aku akan ingat 2 nasihat ini . Sebab aku rasa memang betul pun apa yang dia cakap , tambah-tambah yang no 2 tu :) Kita mungkin boleh suka orang dengan cepat , tapi kita juga perlu masa dan peluang untuk mengenali dia,.Setiap hari adalah proses perkenalan yang baru kan? :)

Alhamdulillah sikit demi sikit aku rasa emosi aku makin stabil , terima kasih semua kawan-kawan yang sentiasa di sisi , terutamanya Nabila . Susah senang kita sama-sama tau? :)

Sebenarnya aku nak kembali menulis di sini , aku rindu masa-masa rajin menulis dulu , dulu ada someone minta nak baca blog ni , hari-hari suruh tulis benda baru . sekarang mana ada dah . MDK , awak nak tak jadi pembaca setia blog saya? Haha :) Gurau je :p

Semester 3 dah pun hampir tamat , banyak suka duka aku lalui sem ni , paling sedih tentunya kehilangan kawan baik aku yang keluar sebab tawaran SPA :) Iena , i miss u so much ! Nanti kita jumpa lagi :')

Tq awak sebab sudi datang baca blog ni semalam . Haha , satu lagi ayat awak yang selalu awak cakap "Emm , tak tahu nak cakap apa ? " :p Jangan marah 

saya pun tersenyum masa baca ni :D
Tq for that respond , every single text from you makes my day brighter . Tq friend ;)



Friday, November 2, 2012

Thank you MDK :)

Hye :) Hari ni nak cerita tentang seseorang , tak perlu mention siapa . You know who you are :)


Semuanya bermula sebab aku , aku yang cari dia . Personaliti dia menyenangkan hati . Mula-mula aku takut sangat dia tak sudi kawan dengan aku . Tapi dia baik :) Dia tak sombong . Actually dia student matrik sini juga . Aku tak tahu langsung tentang dia pada awalnya,nama pun aku tak tahu.Tapi serius,aku nak sangat jadi kawan dia.

Dengan ingatan aku tentang muka dia,aku cari di Facebook,aku cari dia dalam satu group student matriks,satu-satu nama aku tengok,tengok profile picture,semua aku belek.Sebab aku betul-betul nak berkawan.Dah nak sampai habis list nama tu aku tengok,aku tetap tak jumpa.Sedih jugak la.Tapi aku tak nak putus asa,tak lama lepas tu,aku jumpa satu profile yang ada gambar dia sebagai DP dan cover photo.Tapi gambar tu ada ramai orang.Aku add juga,mana tahu tu profile dia kan? :)

Tengok-tengok tagged photo profile tu,aku terjumpa gambar dia,ada tag nama dia kat situ.Alhamdulillah akhirnya aku jumpa juga profile dia :) Serius aku seronok sangat,sebab akhirnya aku jumpa profile dia.Aku pun add,dengan harapan dia approve. :) Alhamdulillah beberapa jam lepas aku add,dia approve. :) Tersenyum aku,aku pun beranikan diri mesej inbox FB dia,dia reply dan kami pun jadi kawan pada 13 Oktober 2012 :)

Mula-mula aku ingat dia sombong,tak nak kawan dengan aku,tapi dia sangat ok,seronok sangat jadi kawan dia.Macam-macam dah share sama.Aku kalau boleh tak nak kawan sekejap je dengan dia,aku nak jadi kawan lama2 dengan dia.Haha ayat apa aku cakap ni?Maksud aku nak jadi kawan yang betul-betul kawan,bukan kawan sekejap-sekejap.Taknak macam tu.

Tapi sebenarnya ada banyak benda yang buat aku serba salah dengan dia.Aku takut nanti lama-lama dia dah tak suka kawan dengan aku sebab sifat-sifat aku yang mungkin tak menyenangkan dia.Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada eh?Saya tahu mesti ada kan?:) Dengan serendah-rendah hatinya saya minta maaf. Apa benda yang terjadi,biarlah aku dan dia je yang tahu.

Sampai sekarang dia tak berapa cam aku lagi,aku je yang terlebih cam dia :) 1 sem lagi , nanti kenal la tu :) Tapi aku pula yang segan bila dia bagitahu dia dah mula cam aku. Game over katanya :D 

Kepada 'awak' ,
Terima kasih sangat sebab sudi berkawan dengan saya.Awaklah kawan PST lelaki pertama saya tahun ni . Haha :) Tq juga sebab banyak dah buat saya happy 2-3 minggu ni,harap-harap kita tetap dapat terus contact :) Ada 1 sem lagi kita duduk matrik ni,harap awak gembira dengan kehidupan kat sini :) Jangan tension2, senyum selalu ;) Tq sebab banyak share cerita pasal awak dekat saya,saya akan ingat semua daripada A sampai Z :) Lepas ni kalau awak sedih-sedih lagi saya tak risau da ek sebab nanti awak mesti jawab "Dont worry,saya kan kuat'' hehe :)

Terima kasih sekali lagi dan maaf untuk semua salah dan silap , Mr MDK ;)

ehem , yang tinggi tu awak :)

Related Posts with Thumbnails