Monday, November 12, 2012

Berbisik?Elakkanlah

Entri kali ni berkait tentang perasaan yang mana aku rasa semua orang rasa sesuatu bila tengah sembang lebih daripada dua orang , contohnya sembang bertiga , tiba-tiba dua daripada rakan kita tu berbisik sesama sendiri depan kita . Tak ke rasa perbuatan tu tak sopan langsung dan mungkin mengguris hati orang ketiga tersebut? Mesti orang ketiga akan fikir 'hmm , mereka taknak aku tahu ke? Apa yang mereka bisikkan ? Tentang apa ? Rahsia apa yang tak boleh aku tahu tu ?'

kesian kucen comel kat belakang tu kan ? hehe
Jujurnya , aku memang pantang kalau tengah sembang ramai-ramai , tiba-tiba ada yang berbisik , bukanlah aku nak tahu sangat apa yang mereka bualkan , tapi aku rasa perbuatan tersebut sangat tak sopan dan tak menghormati rakan-rakan yang lain , yelah , lepak sama-sama , tapi tiba-tiba berbisik berdua , hati siapa tak panas kan , . Situasi ini lazimnya berlaku antara perempuan , sebab perempuan lagi suka bersembang kan? Hehe

Lagi satu , tengah sembang ramai-ramai , tiba-tiba 'Wehh Milah , aku nak cerita something kat kau , tapi nantilah !' 

Err, kalau nak cerita berdua , tak perlu rasanya cakap pada semua yang anda berdua ada rahsia yang nak disembangkan berdua . Please respect others feeling . Kalau orang buat kau orang macam tu , tentu kau orang pun tak suka betul tak? Sebab tu dalam hidup ni kena ada give and take .

Dalam Islam pun ada hadis tentang soal berbisik ni


وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ.

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1]


Hadis ni berikan kita 2 prinsip , yang pertama supaya kita tak menimbulkan syak wasangka pada orang lain , yang kedua ialah untuk menjaga hati dan perasaan orang lain :)

Jadi kesimpulannya kawan-kawan , elakkanlah perbuatan berbisik di depan kawan-kawan sebab perbuatan tersebut dilarang oleh Rasulullah sendiri :) Yang baik kita jadikan amalan , yang tidak jadikan sempadan . Jumpa lagi :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails