Thursday, November 15, 2012

MY MUM birthday :)

Assalamualaikum semua . Hari ni hari yang sangat-sangat istimewa , pertamanya tentulah tahun baru dalam kalendar hijrah iaitu Maal Hijrah , keduanya , hari ni merupakan hari jadi emak saya , Puan Rakiah binti Saleh yang ke 59 tahun :) 


my everything :')

Saya panggil emak saya 'MA' . Yes , ma saja , bukan mama atau mak. Hehe . Alhamdulillah tahun ni saya ada kat rumah masa hari jadi ma , yelah mana tahu tahun depan kena merantau ke mana-mana kan :) Ma , i love u very much . Ma saya panggil saya 'Laa' , abah saya pun panggil saya 'Laa' .. Dalam hidup ni , mereka berdua je panggil macam tu :) Dulu ada la suruh someone tu panggil Laa juga , tapi sekarang tak tahu la orang tu ke mana , yelah orang dah benci kita kan :) So , sekarang ni panggilan tu hanya untuk ma dan abah .

Ma , sempena hari lahir ma tahun ni , Laa doakan ma panjang umur , sihat selalu , kuat macam selalu , gembira sentiasa . Amin . Kami anak-anak ma tahu yang harapan ma mesti nak tengok anak-anak berkahwin kan , tapi sampai sekarang semua masih belum bertemu jodoh . Sama-sama la kita berdoa ya . Insyaallah jodoh tu pasti akan sampai buat abang dan kakak-kakak . Saya ? Hehe lambattttt lagi , baru 19 tahun , saya nak kejar cita-cita dulu . Kan ma? :)

my big family :)
Laa harap laa mampu buat ma gembira sentiasa . Sejak masuk matrik , Laa rasa lain sangat , mungkin kita jarang bersama , jadi bila sesekali balik , I felt so happy , my mum show me that she really love me . Setiap kali nak balik matrik , ma mesti cium dan peluk saya . Dulu ma jarang buat macam tu . Ya Allah , I'm so happy . Sebab tu setiap kali nak balik matrik , saya mesti sedih je , muram je , Laa tak nak berpisah dengan ma . Sekarang ni adik-beradik semua kata saya paling manja sekali . Hehe tapi saya tahu , ma sayang semua anak-anak ma :)


Kepada Pn Rakiah Saleh :)

Ma,
Laa janji akan buat ma bangga ada anak macam Laa , I will try my best to achieve my dream . Laa janji akan belajar rajin-rajin , jadi anak yang baik . Insyaallah . Kami anak-anak ma akan buat ma bahagia sebahagia-bahagianya sebab kami semua sayangggggggggggggg ma !

Happy birthday Ma:)

Lots of love,
Laa :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails