Tuesday, November 13, 2012

Sedih + Geli = Uwekkkk :p

Hari ini saya nak cerita satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan , geli terasa sampai ke saat ini .


Petang tu lepas habis exam apa ntah tak ingat , saya dan seorang lagi kawan saya pergi la ke kafe , tujuan asal nak beli makan malam la , kawan saya beli nasi kerabu , saya beli burger je , sementara tunggu burger saya siap , kami berdua pun beli la air . Kami beli nescafe ais sebab mata agak mengantuk , kononnya minum nescafe kurang la sikit ngantuknya . (selalunya tak hilang pun) Jadi kami pun order la 2 nescafe ais bungkus kat abang cafe tu , memang selalu beli bungkus pun sebab banyak sikit :D

Dah siap air tu , aku pon bayar la , hulur rm5 kat makcik tu , balance RM2 je , err pelik gak selalu beli kat cafe lain , nescafe ais RM1.20 jer tapi kali ni RM1.50.. Mahal-mahal , minum-minum , nasib baik la sedap air tu kan , aku tak minum sampai habis kat cafe , bawak balik bilik .

dalam fikiran , air nye macam ni . tapiiiiiii!
Kat bilik , sambung la minum air tu sambil duduk atas katil ,dah lepas habis separuh air tu , aku dah rasa tak larat da , sedut la lagi sikit , sekali sedut tu terasa sesuatu masuk mulut . Aku pelik gak , minum air nescafe , apa benda pula yang boleh ada dalam air aku ni , nasib tak telan , ada benda terasa kat hujung lidah aku , aku pun keluarkan lah , haaaaaaa tahu tak apa yang termasuk dalam mulut aku ? Eiii geli :( Ada serangga ! Tahu tak serangga apa ? Macam biasa kira dulu sampai 3 :p






1
























2






















3













LALAT !!!


Arghhh aku terus campak dia ke lantai . Loya terus tekak aku , sampai esoknya perut aku terasa sakit betul . Haishhhhhhhhh kenapa la air aku yang lalat tu nak masuk ? Kenapa wahai Encik Lalat ? Kenapa tak terbang dengan bebasnya , kenapa nak korbankan diri masuk dalam air aku ? Putus cintakah anda ? Hahah . Jadi rupanya air aku tu mahal sebab ada campuran lalat dalam tu . Argghhh abang kafe kejam , tak nak kawan dah . Hahaha .

Sila pastikan premis makanan anda bersih ya wahai pengusaha-pengusaha kafe sekalian . Macam-macam juga la pernah aku jumpa , ada surat khabar la dalam makanan , serpihan polistrine la . Haiyaaa , bahaya tau kalau kita makan makanan yang tak bersih , boleh kena keracunan makanan . Seksa tau kalau kena keracunan makanan ni :)

So , lebih baik buat sendiri air daripada beli , lebih terjamin kebersihannya :D

1 comments:

Related Posts with Thumbnails