Saturday, November 10, 2012

Semester 3 tamat :)

Assalamualaikum , hari ni secara rasminya tamatlah semester 3 aku di KMPk . Sem ni penuh dengan warna warni , ada suka , ada duka , ada kecewa . Macam-macam . Yang paling best sebab semakin rapat dengan kawan-kawan sekelas , yelah dah 3 sem bersama , tentulah makin rapat dan pastinya sem 4 nanti sedih nak tamatkan matrik .


Bercakap tentang pelajaran , aku rasa sem ni paling tough antara 3 semester yang telah aku lalui , paling susah rasanya Matematik . Hurm , risau juga bila tengok result UPS yang ntah apa-apa tu , teringat pula paper PSPM hari tu , hmm risaunya kalau tak dapat sambung semester 4 , lagi satu sem je lagi , harap-harap lepas la pointer aku :(

kelas kesayangan :)


Semester ni jugalah kelas kami dapat banyak feedback negatif daripada lecturer yang rata-ratanya komen tentang attitude kami yang makin teruk dari hari ke hari . Memang kelas aku sangat berbeza daripada kelas orang lain , kalau lalu dari kelas ke kelas , kelas orang lain senyap gila , kelas aku , hmm jangan cakap la , 23 mulut bercakap . Haha . Tu pun dah beberapa orang dah keluar matrik , kalau diorang ada , silap-silap kena pecah kelas kami ni . 

semua ni nakal-nakal sangat :p

Sem ni kami nakal sangat , kami pernah buat lecturer sampai merajuk , memang sangat serba salah . Maafkan kami . Kami da cuba diam , paling lama tahan pun setengah jam . Haha bila sorang da start bercakap , memang yang lain sahut menyahut . Tapi serius cakap , aku happy dan bersyukur dapat masuk dalam kelas KD1T2 walaupun ramai yang pandang negatif pada kelas kami , yang penting kami bahagia sangat :)

Sem depan tak tahu la macam mana , harap dapat jumpa lagi dengan semua yang ada kat KMPk tu , aku nak habis sampai sem 4 , tak nak la terkandas , setahun setengah dah aku kat sana , rugi sangat kalau tak dapat nak teruskan , tapi serius cakap , aku tak yakin dengan PSPM kali ni , tak sedap hati sangat-sangat . Harap sangat pointer aku lepas untuk terus melangkah ke semester 4 :(

Kepada kawan-kawan , selamat bercuti :) Jaga diri baik-baik tau , jangan nakal-nakal :) Insyaallah kita jumpa lagi semester depan . Amin :)

2 comments:

Related Posts with Thumbnails