Friday, November 2, 2012

Thank you MDK :)

Hye :) Hari ni nak cerita tentang seseorang , tak perlu mention siapa . You know who you are :)


Semuanya bermula sebab aku , aku yang cari dia . Personaliti dia menyenangkan hati . Mula-mula aku takut sangat dia tak sudi kawan dengan aku . Tapi dia baik :) Dia tak sombong . Actually dia student matrik sini juga . Aku tak tahu langsung tentang dia pada awalnya,nama pun aku tak tahu.Tapi serius,aku nak sangat jadi kawan dia.

Dengan ingatan aku tentang muka dia,aku cari di Facebook,aku cari dia dalam satu group student matriks,satu-satu nama aku tengok,tengok profile picture,semua aku belek.Sebab aku betul-betul nak berkawan.Dah nak sampai habis list nama tu aku tengok,aku tetap tak jumpa.Sedih jugak la.Tapi aku tak nak putus asa,tak lama lepas tu,aku jumpa satu profile yang ada gambar dia sebagai DP dan cover photo.Tapi gambar tu ada ramai orang.Aku add juga,mana tahu tu profile dia kan? :)

Tengok-tengok tagged photo profile tu,aku terjumpa gambar dia,ada tag nama dia kat situ.Alhamdulillah akhirnya aku jumpa juga profile dia :) Serius aku seronok sangat,sebab akhirnya aku jumpa profile dia.Aku pun add,dengan harapan dia approve. :) Alhamdulillah beberapa jam lepas aku add,dia approve. :) Tersenyum aku,aku pun beranikan diri mesej inbox FB dia,dia reply dan kami pun jadi kawan pada 13 Oktober 2012 :)

Mula-mula aku ingat dia sombong,tak nak kawan dengan aku,tapi dia sangat ok,seronok sangat jadi kawan dia.Macam-macam dah share sama.Aku kalau boleh tak nak kawan sekejap je dengan dia,aku nak jadi kawan lama2 dengan dia.Haha ayat apa aku cakap ni?Maksud aku nak jadi kawan yang betul-betul kawan,bukan kawan sekejap-sekejap.Taknak macam tu.

Tapi sebenarnya ada banyak benda yang buat aku serba salah dengan dia.Aku takut nanti lama-lama dia dah tak suka kawan dengan aku sebab sifat-sifat aku yang mungkin tak menyenangkan dia.Saya minta maaf sangat-sangat kalau ada eh?Saya tahu mesti ada kan?:) Dengan serendah-rendah hatinya saya minta maaf. Apa benda yang terjadi,biarlah aku dan dia je yang tahu.

Sampai sekarang dia tak berapa cam aku lagi,aku je yang terlebih cam dia :) 1 sem lagi , nanti kenal la tu :) Tapi aku pula yang segan bila dia bagitahu dia dah mula cam aku. Game over katanya :D 

Kepada 'awak' ,
Terima kasih sangat sebab sudi berkawan dengan saya.Awaklah kawan PST lelaki pertama saya tahun ni . Haha :) Tq juga sebab banyak dah buat saya happy 2-3 minggu ni,harap-harap kita tetap dapat terus contact :) Ada 1 sem lagi kita duduk matrik ni,harap awak gembira dengan kehidupan kat sini :) Jangan tension2, senyum selalu ;) Tq sebab banyak share cerita pasal awak dekat saya,saya akan ingat semua daripada A sampai Z :) Lepas ni kalau awak sedih-sedih lagi saya tak risau da ek sebab nanti awak mesti jawab "Dont worry,saya kan kuat'' hehe :)

Terima kasih sekali lagi dan maaf untuk semua salah dan silap , Mr MDK ;)

ehem , yang tinggi tu awak :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails