Thursday, January 31, 2013

Sem 4 Part I tamat :)

Alhamdulillah dah habis UPS yang keempat sepanjang duduk matrik 2 tahun . Haha , 4 kali dah ambil UPS , sekejap betul masa berlalu , dah tak berapa lama lagi nak habis . Sobsob . Sedihnya .


9 minggu kuliah semester keempat ni aku rasa English la paling err .. paling banyak kerja . Kebanyakan masa aku habis untuk English dan dijangka 9 minggu kuliah lepas ni pun mungkin akan busy dengan tugasan-tugasan English yang tak habis-habis . Haih ingatkan bila Muet dah habis , dapat la relaks sikit time kelas English . Rupanya .... Lagi busy . Berganda-ganda . 

Lega sangat sebab dah selesai research tentang Human Trafficking , susah payah kami buat projek tu . Berapa hari tak cukup tidur dan alhamdulillah kami dapat komen positif daripada lecturer English kami :) Kiranya antara semua kumpulan , kami antara yang paling banyak dapat komen positif . Alhamdulillah la kan . :)

my group :)
Antara berita yang menggembirakan hati untuk semester 4 ni ialah keputusan Muet , saya dapat band 4 . Alhamdulillah sangat-sangat . Seriously sangat tak sangka boleh dapat band 4 sebab rasa tak berapa yakin lepas selesai Muet tu . Rezeki Allah bagi , alhamdulillah ! :)

Semester ni makin rapat dengan kawan-kawan , yelah kena hargai setiap detik yang ada , kalau terasa hati sikit-sikit tu , lupakan jelah lagipun masing-masing dah nak masuk 20 tahun kan jadi kena lah mematangkan diri . Ehem :)


with Madam Dhia :)

Haa , nak menunjukkan yang kami dah lama duduk matrik , daripada lecturer kami ni bujang , sampai la dah kahwin dan sekarang tengah pregnant , kami masih lagi ada kat KMPk ni . Hehe . Nampak tak betapa lamanya . Hahaha :D

my friends

Hmm entahla , rasa macam sedih sangat sebab matriks dah nak habis , seriously , sooooo much memories here . Kenal ramai sangat orang kat sini , tapi saya tahu , persahabatan takkan pernah terputus . Sekali berkawan , selamanya awak semua akan tetap dalam ingatan saya :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails