Friday, February 8, 2013

Dilema UPU


Assalamualaikum ~ Cuti mid sem kali ini dibelenggu dengan tuntutan mengisi UPU fasa 1 . Tension wehhh nak isi benda ni , sebab pertama nak fikir apa yang kita minat , nak kena fikir peluang kerjaya dalam tempoh 4 tahun akan datang dan yang paling penting kelayakan diri kita . PNGK yang paling tinggi aku boleh dapat kalau aku dapat 4 flat sekalipun semester ini cumalah 3.08 . Haihh sebab tu aku risau tak tahu la nak isi apa untuk UPU kali ni . Dulu masa isi UPU untuk program diploma tak dalah rasa tension dan stress sangat sebab result SPM aku agak boleh tahan juga lah . Kali ini , kalau aku salah isi , silap-silap aku juga yang menerima akibatnya nanti.


I need help ! First sekali aku cerita pada seorang kakak aku .

Kakak : kamu minat apa?
Aku : huhu tak tahu la , sains pembangunan atau sains pentadbiran ok tak agak-agak?
Kakak : try la search kat google pasal kos-kos yang kamu minat tu , nak apply UPSI tak?
Aku : err ada interview kan? takut la
Kakak : alaa try la dulu , mana tahu ada rezeki , tak nak try Pengajian Malaysia ? Pendidikan Awal Kanak2      ? kos-kos ni ada jaminan , kerajaan pun tumpukan banyak dana untuk pembangunan kanak2 . Hmm , tapi tak boleh malu la , kena ceria :)
Aku : kena fikir dulu , tengok la macam mana .

My next adviser ialah senior masa sekolah menengah dulu , dia ni pulak setiap kali aku tanya , dia mesti promote kos law . Haha , eerrr aku rasa tak sesuai la dgn aku .

Khaliq : Law lah.
Aku : Lain2?
Khaliq : Sains pentadbiran ok jugak kot
Aku : kos tu ada tak kat uitm shah alam? haha
Khaliq : ada , satu lagi kat merbok . haha
Aku : ala tolong la uitm bagi aku kat shah alam . haha demand
Khaliq : haha InsyaAllah dapat la tu sana . haha

Semalam pula kawan baik aku sejak sekolah , Wany dan Shidah datang ke rumah , topiknya tetap UPU . Wany sekarang belajar di UTM , Shidah pula sama macam aku , baru nak isi UPU . Wany pulak bagi cadangan Human Resource . Entahla aku pun blur sekarang ni . Hehe Wany suruh apply UTM , tapi rasa diri ni tak layak langsung nak apply sana . Sobsob

Haha makin pening bila tanya ramai orang sebab setiap orang promote yang berbeza-beza . So , lets move on to next adviser ! Danial :p

Aku : awak da isi upu?
Danial : haha dah , awak dah isi?
Aku : yeke , awak isi apa? saya belum isi lagi . malas laaaa .
Danial : Isi maklumat penting la , haha . Nak isi bila ? Tunggu tarikh tutup ?Haha
Aku : Oh , i mean kos apa? Haha tak la sebelum selasa la saya isi .
Danial : Owh , engineering kebanyakannya . Awak nak ambil apa ?
Aku : Haha tu yang confuse ni
Danial : Haha , apa yang awak minat ?
Aku : Budak2 . Haha
Danial : huh (muka tension)
Aku : Haha , nak jawab saya minat apa pun saya tak tahu ni .
Danial : Haha , apa yang awak rasa awak nak buat ?
Aku : Tidur . Haha . Emm , saya minat pengurusan kot , kerja2 office macam tu kot . Eh ye kot . Ntah. 
Danial : Haha mana boleh kot-kot ! Fikir cepat ! Haha

Err lebih kurang macam tu la dialog nye ~ haha blur weh , bila minta nasihat orang sah-sah la mereka akan tanya apa yang kita minat , cita-cita semua tu tapi aku ni yang rasa susah gila nak jawab soalan yang mudah macam tu . Haiaaaa~ Hari ni dah hari Jumaat , Esok Sabtu , Ahad , Isnin . Selasa dah kena ada di KMPk . Ya Allah , tunjukkanlah pilihan yang tepat buat aku , semoga apa yang bakal aku pilih nanti adalah yang terbaik untuk diriku . Amin :)

Sebenarnya orang kata yang penting nanti fasa 2 tapi aku rasa bermula daripada fasa 1 la I should take this things seriously . Lepas ni dah busy dah dengan kuliah , tutorial , experiment semua . Haih ~ So , dalam masa yang tinggal ni nak tak nak kena juga buat pilihan . Harap aku tak tersalah langkah , insyaAllah . Terima kasih kepada 3 adviser di atas , sampai ada seorang tu dah tension sebab dia tanya tapi aku jawab main-main . Hehe Sorry tau ! ^^



Related Posts with Thumbnails