Thursday, May 16, 2013

TENTANG MATRIKULASI

Assalamualaikum . Hai :) Sebagai ex student Kolej Matrikulasi Perak sesi 2011/2013 dengan ini Kak Jila (ceyy akak konon) nak kongsikanlah serba sedikit tentang perihal matrikulasi dekat bakal-bakal pelajar matrikulasi . Hoho yelah dua tahun kat sana kan , banyak benda nak kongsi ni . Haha so , take some notes dear ! Mana  tahu berguna kan .


1.Susah ke Matriks ni ?
Soalan paling famous kot kalau cakap tentang matrikulasi , yelah daripada zaman sekolah lagi kita dihantui dengan 'MATRIKS SUSAH!!!!' Sebenarnya semua ni bergantung pada minat dan kesungguhan kita nak belajar , cewahhh . Haha yelah memang kita akan belajar lebih mendalam kan , so kita kenalah berusaha kalau nak berjaya , kalau tak belajar langsung , kelas pun ponteng , memang susah lah ceritanya . 

2. Kena bawa apa nanti ?
Agak sukar bagi sesiapa yang sebelum ni sekolah kat sekolah harian , sama la kita! PLKN banyak membantu saya menjadi seseorang yang berdikari. (eh tetibe masuk bab PLKN) Haha kepada adik-adik yang tak biasa lagi berjauhan dengan keluarga , haaa inilah masanya belajar berdikari . Perhatikan apa yang ada dekat dalam rumah kita , itu lah yang kena bawa nanti . Maksud saya barang-barang keperluan macam baldi , berus , barangan mandi , sabun basuh , kasut kena cukup (untuk sukan , tandas , harian , kelas) , sudu , mangkuk ( nak makan maggi ke apa kan ) , cawan , hanger , sepit kain . Haha alaaaa rasanya umur 18 tahun dah tahu kan apa yang perlu dan tak perlu dibawa ? Kalau ada yang tertinggal pun nanti boleh beli . :D



3. Dari segi pakaian ?
Bergantung kepada pihak pengurusan , yelah mana tahu masa korang masuk nanti tiba-tiba peraturan jadi ketat gila-gila kan . HAHA :P eh takde lah , pakaian macam kat sekolah juga sebenarnya , bezanya boleh la baju kurung tu warna-warni sikit kan , tak de lah bosan hari-hari baju putih kan . Haha , lelaki pula pakai kemeja dan tali leher , warna apa-apa pun tak kisah punyaaa :) Yang penting berkasut ya . Tak boleh sandal mahupun selipar jepun . :)

4. Subjek apa yang akan belajar nanti ?
Kalau anda aliran sains , ada 3 modul yang disediakan .
Modul 1 : Math , Fizik , Kimia , Biologi
Modul 2 : Math , Fizik , Kimia , Sains Komputer
Modul 3 : Math , Biologi , Kimia , Sains Komputer

Kalau anda pelajar perakaunan , subjek yang perlu diambil adalah Matematik , Ekonomi , Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan . Kalau untuk pelajar sains terbahagi dua , program satu tahun(PST) dan program dua tahun(PDT) manakala pelajar akaun memang setahun sahaja . So , nanti dalam minggu orientasi korang akan tahu la korang dalam modul berapa dan korang berhak tukar kalau rasa tak sesuai dengan diri korang . Cuma kalau korang pelajar PDT macam aku , tak boleh lah tiba-tiba minta nak jadi pelajar PST tapi pelajar PST boleh jadi pelajar PDT kalau dia mahu , cuma rugi la kan masa anda :)

5. Ada lagi ke apa-apa subjek yang perlu diambil ?
Hehe , aku tanya aku jawab . Haha . Ya , ada . Subjek wajibnya ialah Bahasa Inggeris . Kalau pelajar PST dan Akaun , mereka ambil MUET di semester pertama manakala pelajar PDT macam saya , MUET diambil semasa semester ketiga . Ada juga subjek yang perlu diambil untuk satu semester iaitu Pendidikan Islam/Moral , Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum . Nanti masa orientasi korang akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang semua subjek :)

6. Macam mana pointer dikira ? 
Uhhhh semangat betul nak tahu ya? Haha . Pointer yang dikira cuma untuk 4 subjek tersebut , subjek tambahan dan wajib tu tak dikira pun nanti . Markah bukanlah sepenuhnya pada peperiksaan , tutorial , kuiz dan praktikal juga turut menyumbang kepada markah anda nanti . Jadi , siapkan semua tugasan dan jangan pandang remeh pada kuiz ya . Harus diingat juga 10% daripada markah akhir merupakan daripada UPS ( Ujian Pertengahan Semester ) , jadi kena lah all out dalam UPS sebab sedikit sebanyak sangat membantu untuk dapat gred yang bagus :)  Campur nilai pointer bagi keempat-empat subjek tersebut dan bahagi 4 maka anda akan dapat lah berapa PNGS anda nanti :)

Rasanya dah cukup kot benda penting yang korang perlu ambil tahu sebelum pergi matriks . Alaaa jangan risau nanti akan dapat gambaran yang lebih jelas masa minggu pengurusan pelajar baru (orientasi) So , nak ucapkan good luck dan selamat menjadi pelajar matrikulasi terutamanya yang dapat di Kolej Matrikulasi Perak , matriks yang tercantik di Malaysia . Serius tak tipu ! Hehe . Harap korang dapat maklumat yang korang cari . K bye bye ~ :)

Monday, May 13, 2013

SCIENCE JOURNEY .

Assalamualaikum.. I dont know to start this post with a happy or sad mood . Alhamdulillah i'm finished my study in KMPk . Yeah for 2 years belajar kat sana of course sedih sangat dah habis . I learned so many things there . Bukan setakat ilmu pelajaran , tapi tentang persahabatan . Nilai persahabatan yang jauh berbeza berbanding masa aku masih bersekolah . Sebenarnya jari kekok menyusun ayat sebab lama sangat tak menulis di blog . Tapi memandangkan cuti yang lama sangat ni , aku nak biasakan balik jari ni menaip entri di sini . Kadang-kadang tanpa kita sedar dan minta , mungkin ada orang nak tahu perkembangan hidup kita kan? :)

Sorry kalau kadang-kadang ayat agak skema sebab saya sangat suka menulis dengan bahasa sebegini . Haha mungkin sebab masa sekolah dulu memang suka tulis karangan . Ya , benda yang kebanyakan orang akan buat muka pelik bila aku cakap macam tu . Kadang-kadang terfikir kenapa aku pilih aliran sains jika jiwa aku bukan padanya ? Tapi mungkin dah tertulis rezeki aku untuk belajar lebih mendalam dalam bidang tersebut . Namun mungkin aku tidak lagi menyambung pengajian dalam bidang sains kerana makin lama makin aku yakin yang bidang sains bukanlah kepakaranku .Apapun kos yang bakal ditawarkan nanti , aku terima seadanya . Why not kita cuba benda baru kan?

selamat tinggal lab coat . haha :')
Sejak daripada sekolah rendah lagi Sains memang subjek paling aku lemah . Kalau ujian dan peperiksaan Sains tak pernah dapat A kecuali masa UPSR . Dulu no 1 tu memang untuk aku je tapi ada satu exam tu pihak sekolah tiba-tiba kata yang nombor dalam exam kena susun ikut berapa A kita dapat . Walaupun kalau campur-campur markah aku paling tinggi , tapi sebab aku tak dapat semua A , maka tak dapatlah no 1 waktu itu . Tapi alhamdulillah la masa UPSR dan PMR dapat A dalam Sains walaupun masa ujian tak pernah merasa dapat A .

Selepas aku habis PMR , aku ingat sudah tidak mahu belajar Sains , sebab memang aku tak boleh bawa subjek sains . Terasa berat sangat . Tapi oleh kerana keputusan PMR semua A , cikgu sarankan aku teruskan juga ke aliran sains . Terasa berat sangat hati aku , sebab aku dapat rasa yang aku tak mampu . Tapi setelah berfikir-fikir , aku mengikuti cadangan cikgu . Maka dengan itu aku masih lagi bergelar pelajar Sains . Kimia , Biologi , Fizik beserta satu lagi mata pelajaran yang berhantu , Matematik Tambahan . Haha

Aku ingatkan beban aku nanti cumalah Kimia , Biologi dan Fizik , tak sangka Add Math merupakan subjek aku yang paling teruk ! Ya , sangat teruk . Pernah dapat 12 je , markah paling teruk dalam kelas . Sampaikan cikgu terkejut tengok kertas aku . Hmm tak tahulah kenapa susah sangat aku nak faham Add Math tu , tuisyen pergi , dalam kelas fokus , mintak kawan-kawan ajarkan , tapi aku tetap tak boleh nak faham . Markah paling tinggi aku pernah dapat 50 . Masa tu cikgu cakap tahniah sebab aku dah lulus . Haha bayangkanlah orang lain cikgu ucap tahniah sebab dapat A ataupun markah penuh , tapi aku ? Tahniah sebab lulus . Sebab Add Math aku dapat D maka aku tak layak jadi pelajar PST di matrikulasi , jadi tawaran untuk aku merupakan PDT . 

Namun aku tetap bersyukur sangat sebab aku tak mengharap langsung aku dapat matrik , yelah dengan result ntah apa-apa aku tu , mana mungkin aku layak ke tempat yang dikatakan untuk golongan pandai tu . Tapi dah tertulis rezeki aku , dapat tawaran ke matrikulasi . Dalam UPU pun ada juga kos bukan sains yang aku minta tapi mungkin memang rezeki aku masih dalam bidang sains , aku dapat Diploma Teknologi Polimer di UiTM . Memandangkan dua-dua tawaran pun dalam bidang sains , maka memang aku perlu meneruskan pengajian dalam bidang sains la kan . Haha .

Setelah itu , aku pun bergelar pelajar matrikulasi . Masa mula-mula aku agak takut juga sebab tahu basic sains aku sangat lemah , Add Math pun tak lepas . Tapi pelik jugak masa di Matrik aku faham benda yang aku tak faham masa kat sekolah , hairan aku . Kenapa dulu aku tak boleh jawab langsung Addmath tu? Sedangkan di matrikulasi lebih rumit . Mungkin cara pengajaran berbeza dan aku lebih boleh menerima cara pengajaran di Matrikulasi berbanding di sekolah . Semester pertama pointer aku alhamdulillah cukup tinggi bagi aku tapi semester 2 dan 3 aku mengalami kemerosotan yang agak kritikal sampaikan aku menangis tengok keputusan semester 2 aku . Masa tu aku dah rasa putus asa sangat , sama perasaannya masa aku tengok result Addmath aku dulu . Berulang kali aku cakap dalam hati . 'aku taknak belajar sains dah,aku taknak' 

Betul kata orang jika kita bijak semasa alam persekolahan , belum tentu kita akan berjaya di alam universiti . Kalau dah rasa masa sekolah dulu kita rajin belajar , masuk U kita kena berlipat kali ganda rajin belajar . Aku melakukan hal yang sebaliknya , aku leka dengan diri aku sendiri . Semester 4 tak tahulah macam mana result aku . Nak menyesal pun dah tak berguna . Jadi mungkin langkah aku dalam bidang sains bakal terhenti setakat di matrikulasi . Bukan aku tak mahu teruskan , tapi aku dapat rasa yang aku dah tak mampu . Sebab itu dalam UPU aku tak letakkan satu pun kos sains . Aku tak kisah pandangan orang pada aku nanti , 'student matrik tapi belajar kos tak ada kena mengena pun .' Aku dah rasa pahit getir menjadi seorang pelajar sains . Ya , aku akui sains memang sangat menyeronokkan , aku bakal merindui semua itu tapi demi masa depan aku , aku terpaksa hentikan langkah aku dalam bidang sains . Rezeki ada di mana-mana kan? Aku percaya pada rezeki Allah . :)
Related Posts with Thumbnails