Thursday, May 16, 2013

TENTANG MATRIKULASI

Assalamualaikum . Hai :) Sebagai ex student Kolej Matrikulasi Perak sesi 2011/2013 dengan ini Kak Jila (ceyy akak konon) nak kongsikanlah serba sedikit tentang perihal matrikulasi dekat bakal-bakal pelajar matrikulasi . Hoho yelah dua tahun kat sana kan , banyak benda nak kongsi ni . Haha so , take some notes dear ! Mana  tahu berguna kan .


1.Susah ke Matriks ni ?
Soalan paling famous kot kalau cakap tentang matrikulasi , yelah daripada zaman sekolah lagi kita dihantui dengan 'MATRIKS SUSAH!!!!' Sebenarnya semua ni bergantung pada minat dan kesungguhan kita nak belajar , cewahhh . Haha yelah memang kita akan belajar lebih mendalam kan , so kita kenalah berusaha kalau nak berjaya , kalau tak belajar langsung , kelas pun ponteng , memang susah lah ceritanya . 

2. Kena bawa apa nanti ?
Agak sukar bagi sesiapa yang sebelum ni sekolah kat sekolah harian , sama la kita! PLKN banyak membantu saya menjadi seseorang yang berdikari. (eh tetibe masuk bab PLKN) Haha kepada adik-adik yang tak biasa lagi berjauhan dengan keluarga , haaa inilah masanya belajar berdikari . Perhatikan apa yang ada dekat dalam rumah kita , itu lah yang kena bawa nanti . Maksud saya barang-barang keperluan macam baldi , berus , barangan mandi , sabun basuh , kasut kena cukup (untuk sukan , tandas , harian , kelas) , sudu , mangkuk ( nak makan maggi ke apa kan ) , cawan , hanger , sepit kain . Haha alaaaa rasanya umur 18 tahun dah tahu kan apa yang perlu dan tak perlu dibawa ? Kalau ada yang tertinggal pun nanti boleh beli . :D



3. Dari segi pakaian ?
Bergantung kepada pihak pengurusan , yelah mana tahu masa korang masuk nanti tiba-tiba peraturan jadi ketat gila-gila kan . HAHA :P eh takde lah , pakaian macam kat sekolah juga sebenarnya , bezanya boleh la baju kurung tu warna-warni sikit kan , tak de lah bosan hari-hari baju putih kan . Haha , lelaki pula pakai kemeja dan tali leher , warna apa-apa pun tak kisah punyaaa :) Yang penting berkasut ya . Tak boleh sandal mahupun selipar jepun . :)

4. Subjek apa yang akan belajar nanti ?
Kalau anda aliran sains , ada 3 modul yang disediakan .
Modul 1 : Math , Fizik , Kimia , Biologi
Modul 2 : Math , Fizik , Kimia , Sains Komputer
Modul 3 : Math , Biologi , Kimia , Sains Komputer

Kalau anda pelajar perakaunan , subjek yang perlu diambil adalah Matematik , Ekonomi , Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan . Kalau untuk pelajar sains terbahagi dua , program satu tahun(PST) dan program dua tahun(PDT) manakala pelajar akaun memang setahun sahaja . So , nanti dalam minggu orientasi korang akan tahu la korang dalam modul berapa dan korang berhak tukar kalau rasa tak sesuai dengan diri korang . Cuma kalau korang pelajar PDT macam aku , tak boleh lah tiba-tiba minta nak jadi pelajar PST tapi pelajar PST boleh jadi pelajar PDT kalau dia mahu , cuma rugi la kan masa anda :)

5. Ada lagi ke apa-apa subjek yang perlu diambil ?
Hehe , aku tanya aku jawab . Haha . Ya , ada . Subjek wajibnya ialah Bahasa Inggeris . Kalau pelajar PST dan Akaun , mereka ambil MUET di semester pertama manakala pelajar PDT macam saya , MUET diambil semasa semester ketiga . Ada juga subjek yang perlu diambil untuk satu semester iaitu Pendidikan Islam/Moral , Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum . Nanti masa orientasi korang akan dapat gambaran yang lebih jelas tentang semua subjek :)

6. Macam mana pointer dikira ? 
Uhhhh semangat betul nak tahu ya? Haha . Pointer yang dikira cuma untuk 4 subjek tersebut , subjek tambahan dan wajib tu tak dikira pun nanti . Markah bukanlah sepenuhnya pada peperiksaan , tutorial , kuiz dan praktikal juga turut menyumbang kepada markah anda nanti . Jadi , siapkan semua tugasan dan jangan pandang remeh pada kuiz ya . Harus diingat juga 10% daripada markah akhir merupakan daripada UPS ( Ujian Pertengahan Semester ) , jadi kena lah all out dalam UPS sebab sedikit sebanyak sangat membantu untuk dapat gred yang bagus :)  Campur nilai pointer bagi keempat-empat subjek tersebut dan bahagi 4 maka anda akan dapat lah berapa PNGS anda nanti :)

Rasanya dah cukup kot benda penting yang korang perlu ambil tahu sebelum pergi matriks . Alaaa jangan risau nanti akan dapat gambaran yang lebih jelas masa minggu pengurusan pelajar baru (orientasi) So , nak ucapkan good luck dan selamat menjadi pelajar matrikulasi terutamanya yang dapat di Kolej Matrikulasi Perak , matriks yang tercantik di Malaysia . Serius tak tipu ! Hehe . Harap korang dapat maklumat yang korang cari . K bye bye ~ :)

8 comments:

Siti Nadzirah said...

thanks....

Siti Nadzirah said...

thanks....

Nor Fatini said...

Assalamualikum akak....saya nak tanya....macam mana akak boleh survive kat pdt ni. ...saya juga pelajar pdt cam akak jugak. Saya terlalu takut akan terkeluar dr program matrikulasi ni....dan bleh tak akak ceritakan pada saya macam mana semester pertama akak kat kmpk ni. Saya pun kmpk jugak. Mohon akak bantu saya.....saya pelajar baru...hati saya selalu tak tenang dan sering stress sbb pelupa

Nur Azila Ismail said...

@Nor Fatini wsalam adik. maaf lambat reply. jadi student pdt ni kadang mmg sukar sbb kita kena maintain utk 4 semester dan setiap semester ada risiko utk kite gagal kalau kita tak maintain pointer. sejak sem 1 kena pastikan pointer tak terlalu rendah. akak pn tak pandai mana. ada jugak kadang pointer jatuh then kena bangkit lah tau jgn patah semangat. untungnya pdt ni sebab kita blajar slow sikit jadi mudah utk fokus n ingat. tp itu juga bleh jadi satu masalah kalau kita terlampau ambil mudah. apa2 pun good luck junior! :)

BlueRio said...

akak hehehe camner pspm 1??? saya pun budak matriks jga ni.....tp cuti2 ni risau smcm pla...markah matriks turun naik macam pspm ke kak?? tak tenang rasa cuti ni...

Nur Azila Ismail said...

@BlueRio hehee depends on your effort.. kalau effort bgus, mesti result ok kan. akak ni byk main so result pn mcm tu je lah hehee. guna baik2 peluang masuk pdt ni, kita blaja slow sikit so supposed to be result ok la. hehehe anyway good luck dik. anything to ask just tanya je ya :)

ginger sweet said...

Hai kak! Sy nak tanya pelajar pdt mmg konfem yg addmath dia D ke? takde yg C,B or A?? Actually addmath sy D dn bhrp sgt dpt jd pljr PDT :)

Nur Azila Ismail said...

@ginger sweet hi yang sekarang tak tahu tapi dulu masa kitorg majoriti yg masuk pdt sebab addmath D. or if bukan addmath pun subject sains yang lain heeee.. oh awk addmath D, sama la. :)

Related Posts with Thumbnails