Sunday, June 30, 2013

Fairuz^^

Assalamualaikum. Hehe kalau Husaini kawan lelaki pertama dalam kelas, Fairuz pulak kawan perempuan yang pertama :)



Hehe perkenalan juga di tempat yang sama, waktu yang sama saat mengenali Iena, Nabila dan Husaini. Hehe Fairuz laaa orang pertama tegur aku. Haha yang lawaknya masa mula-mula dulu, aku takut gila dengan dia! Aku ingat lagi perbualan pertama aku dengan dia.

Fai: Nama sape?
Aku: Zila. Awak? ( ceyy awak tau)
Fai: Fairuz. Nanti pergi kelas sama-sama tau
Aku: Hee boleh. Duduk mana?
Fai: Teja Tingkat 2
Aku: Sama la (aku takut gila time ni)
Fai: Nak nombor. (woo, sumpah ganas mintak no aku)
Aku: *** ******* (terketar-ketar aku bagi)

Haha lebih kurang camtu la first perbualan kitorang, haha seram aku. Sebab muka dia masam jek. Dalam hati aku, woyy biar betul aku nak pergi kelas dengan dia. Takut laaaa. Haha macam garang je dia ni. Haha esoknya aku tak pergi pun kelas dengan dia sebab ketakutan yang melampau pada dia. Haha rupanya sekali lagi aku salah besar dalam menilai orang. Sobsob. Dia baik sangat-sangat. Dia lah banyak menceriakan hari-hari aku sepanjang 2 tahun duduk sana. Dia tak pernah gagal buat aku ketawa dengan gelagat dia. Hehe nampak brutal tapi hati dia lembut sangat macam gula-gula kapas. Hehehe


Apa yang paling aku ingat kalau cakap tentang Fairuz mestilah bab prank. Ayoyo dia memang suka sangat la prank meng prank ni, serah aje pada dia. Haha bila dia tahu aku pun tak kisah, amboi selalu aje la dia attack aku. Haha thanks Fai sebab masa birthday aku yang ke 19 dia dengan Iena kaw kaw bantai aku. Haha di saat semua orang lain menyorok takut, dia dengan Iena tetap setia mengenakan aku. Haha tak ingat la bape jam kitorang main air masa tu, haha. Tapi untuk birthday ke 20, I am so sorry sebab kegagalan tersebut ya. Hehe^^ Maybe aku dilindungi Allah untuk birthday yang ke 20 tu. Haha tapi thanks jugak sebab siap sedia juga nak kenakan aku dengan tepung. Haa marathon kita satu dataran. Haha :P



Masa birthday dia yang ke 19, masa tu study week kot, kitorang gagahkan jugak celebrate, hajat di hati nak kenakan dia, well dia kan master prank, mahu tak dendam dengan dia. Haha at last dia yang terkejar-kejar nak kenakan kitorang balik. Haha yang lawak aku menyorok dekat bilik Nabila, dia boleh ambil selipar aku, pergi sorok dekat tangga sambil tunggu aku keluar bilik. Menggigil jugak la aku dalam bilik Nabila mengenang nasib pukul berapa boleh naik, sains comp ntah ke mana dah time tu. Haha gila tak gila masa study week sempat lagi bergurau senda macam exam lagi dua minggu. Haha birthday yang ke 20 pun dia attack aku dulu, aku dulu kena calit dengan kek. Haha lawak je masa nak pujuk dia keluar konon-konon nak ajak teman gi makan, boleh pulak dia dah siap-siap tiba-tiba dia tanggal tudung cakap dia tak nak pergi. Haha aku apa lagi, guna kepakaran lakonan buat-buat merajuk, golek-golek sambil merengek. Haha boleh pulak tetiba dia kata dia tak sedap hati. Haha cam tau-tau aje yeee :P


Fai ni nampak je kuat main, tapi dia pandai, otak dia cepat je tangkap lecturer ajar apa, tambah-tambah bab kira mengira. Hehe dia juga selalu rajin bagi semangat kat aku masa aku down tak reti nak jawab soalan. Dia pernah naik bilik aku yang tinggi tuuu sebab nak ajar aku Fizik, siap buatkan nota lagi tampal dekat board aku yang kosong tu. Hehe. Takkan lupakan C corot. Hehehe dia gak selalu time exam week ajak aku study, tanya dah study setakat mana apa semua, selalu ingatkan aku lebih-lebih Fizik. Ingat lagi dia pernah ajar aku dengan Iena Math dekat pondok depan teja tu. Hehe seriously I miss u!!



Fai ni memang sempoi sangat-sangat. Memang orang yang tepat la kalau nak ajak dia layan otak gila-gila aku ni. Bab membahan orang juga adalah kegemaran dia. Haha trademark dia 'Aku tombok kang'. Haha suara dia kecik je, cute sangat. Haha setiap benda yang dia buat nampak comel sangat-sangat. Well in case korang pun kawan dia, korang mesti faham kan? Hehehe. Bagi aku dia ni unik sangat, tak pernah aku ada kawan yang sesempoi dan slumber macam dia. Dia ganas tapi at the same time comel. Haaa dapat kome bayangkan idak?? Haha :D Aku tak pernah tengok dia menangis even dia terharu masa kitorang surprise kan dia, bagi jersi bagai, tak nangis pun! Isk. Last day pun dia tak nangis. Haha tapi kalau merajuk tu, berjuta kali la pernah tengok. Hahaha

Tapi aku tak suka tau kalau orang lebih-lebih usik dia, well dia perempuan, perempuan ada hati yang mudah terusik walaupun nampak macam dia tak kisah korang kata dia macam-macam tapi kalau dah melampau siapa tak terasa kan? Kalau korang fikir korang boleh suka suki je buat orang sedih, pandai-pandai la minta maaf. Isk takkan tu pun tak tau kan. Nak gurau pun berpada-pada la ye.


Hehe Fairuz, thanks untuk semua senyuman yang pernah kau ukirkan di wajah ini. Chewahhh haha thanks sebab dah jadi kawan yang sangat happening dan gila-gila untuk Jila. At this moment, I really miss you! Harap Fai tak lupa Jila walaupun di mana kamu berada. Ahaha ayat. Thanks sebab banyak tolong ajar mana yang tak faham dan macam-macam lagi jasa yang takkan  mungkin terbalas. Lepas ni tak dapat la main prank lagi, buat video Gwiyomot di malam exam. I will miss all the moment!!^^ Semoga friendship kita tak terhenti setakat ini. Insyaallah Amin :)

ingatla kami tiap kali pakai jersi ni ye!^^

Saturday, June 29, 2013

Kenapa Dia Tak Faham?


Kenapa dia tak faham...
Kalau kita nasihat tu sebab kita nak dia jadi baik
Kenapa dia tak faham...
Kalau setiap kali kita tanya khabar dia sebab kita nak dia jawab baik-baik
Kenapa dia tak faham...
Kita ambil berat tentang dia sebab dia pernah jadi seseorang dalam hidup kita
Kenapa dia tak faham...
Kalau kita mesej dia bukan kita nak cari gaduh tapi sebab nak tahu life dia okay ke tak
Kenapa dia tak faham...
Yang kita ni memang jenis akan cuba jadi kawan yang baik untuk dia
Kenapa dia tak faham?
Sebab dia tak nak pun cuba faham kita
Kenapa dia tak faham?
Sebab kita bukan sesiapa lagi bagi dia
Kenapa dia tak faham?
Mungkin sebab dia cuba nak lupa semuanya
Jadi.. Kita lah yang patut faham dan angkat kaki daripada terus kisah tentang hal dia.

Tapi aku takkan pernah jadi kawan yang abaikan dia. Sebab dia perlukan orang yang berani cakap apa yang dia buat salah.

Husaini ☺

Assalamualaikum. Hehe lepas cerita pasal Iena dengan Nabila, hari ni nak cerita tentang kawan lelaki pertama dalam kelas iaitu Husaini :D


Macam mana kenal? Haha sama macam kenal Iena dengan Nabila, kenal masa bagi jadual kelas. Haha masa tu tengok dia sorang je kot classmate aku yang lelaki, aku pelik gak, eh ni modul budak Fizik, takkan dia sorang je kot lelaki dalam kelas aku. Haha rupanya dua lagi sesat tak tahu dorang kelas mana. Haha :P Aku takkan lupakan la detik first kenal dengan Husaini. Tanya nama dia siapa, ulang kali dia sebut nama dia HUSAINI bukan KHUSAINI. Hahaha aku tak ingat la berapa kali dia ulang dialog sama, tapi memang lawak la. Masa bagi jadual tu ada la kitorang kena guna pen, err masa tu kitorang budak perempuan empat-empat tak bawak pen, haha so kitorang pun pinjam la kat dia sebab nampak dia sorang je bawak pencil case. Masa tu dah dapat agak dah, mesti budak pandai ni. Haha berapa kali dia pusing belakang, risau benooo kitorang amek pen dia. Hahaha lastnye kitorang pun pulang la pen dia yang berharga tu kan. Hihi


Well based on cerita atas ni mesti orang akan label dia ni kedekut kan? Tapi seriously salah sangat-sangat. Orangnya sangat pemurah, baik hati sangat-sangat. Tak tahu la berapa duit dia belanja kitorang, aku mesti lah tak terkecuali. Haha sebut je apa, teh ais, aiskrim, makanan goreng-goreng, semua dia pernah belanja. Phewww murah rezeki dia. Aku ingat lagi masa birthday aku sem 2, dia cakap nak belanja aku hari tu, tapi aku tak tuntut la kan, dia kata cakap je nak apa, dia beli. Haha. esoknya dengan semangatlah aku menuntut janji manis beliau, haha sekali dia cakap, birthday kan semalam, semalam je la boleh mintak, hari ni mana boleh dah. Hahahah dia cakap macam tu disertai ketawa dia yang memang ikhlas gila tu. Haha sabar je la. Tapi masa sem 4 aku berjaya menuntut coklat cadbury! Yehaaaa!


Kalau setiap kali lecturer yang baru mengajar kitorang, Husaini lah student pertama yang dorang akan kenal dulu. Kalau aku ni, sampai dah habis Matrik pun ada lecturer tak tahu nama aku apa. Haha beza gila kan? Dia memang rapat dengan semua pensyarah. Pensyarah pun semua suka dia, hehe rajin, pandai. Boleh buat calon menantu la kiranya. Heheh!


Hahaha dia ni ada gak la kadang-kadang tu annoyingnya. Haha tapi aku dengan Iena selalu rasa yang tak best kalau dia moody, kitorang nak dia happy je selalu, bila dia moody, kitorang pun rasa tak best je masuk kelas. Why arhhh? I also dont know why kan Iena? Hahaha padahal dia ni suka sangat sakat kitorang, 'memuji' kerendahan kami, haha tapi kalau dia senyap, tak usik kitorang, rasa tak best gila! Itulah specialnya Husaini ni :)


Hobi dia? Perghhh dia suka sangat tangkap gambar orang. Gambar dia tangkap tu pulak memang stok sesuai buat DP Facebook la. Hahahaa kalau dia panggil tu seeloknya pandanglah sambil tersenyum sebab risiko dia panggil sebab nak tangkap gambar tu sangat tinggi. Haha so pose la siap-siap ye. Hahaha :P Dulu dia pakai C3, so gambar nye tak la high definition sangat, tapi bila dia dah tukar S2, mak ai jerawat seketul-ketul nampak jelas. Haha. Tapi gambar yang candid dia tangkap tu la lagi best dan boleh buat kita senyum berbanding gambar control ayu tu kan. Hahaha :D


haha ingat senang orang nak puji kiut? Hahaha
Aku boleh kategorikan dia sebagai seseorang yang sangat menghargai persahabatan. Dia juga rajin tegur kalau rasa kita buat salah. Sifat ni aku rasa tak semua kawan aku ada, dan aku respect dia sebab sifat dia ni. Biasalah kadang kita tak sedar apa kita buat tu tak betul, jadi kita sangat perlukan kawan yang macam ni untuk tegur kalau kita buat silap :) Dan aku yakin dia jenis yang sekali berkawan, selamanya akan tetap kawan^^ Tapi masa sem 4 dia keluarkan ayat sedih, kata menyesal baru nak bergurau senda dengan aku.  Padahal dah sekelas daripada sem 1. Hhaaha agaknya dia baru sedar aku ni gila jugak macam dia kot? Hahahhaa :P


Akhir kata, Jila nak cakap yang Jila happy kenal Husaini. One of my best friend dekat Matriks. Banyak tolong ajar kalau tak faham, banyak buat Jila happy, senyum, gelak. Hahaha. Hope persahabatan ni kekal. Insyaallah^^ Harap Husaini tersengih baca entri ni k!

Friday, June 28, 2013

SETIAP DETIK~

Fikiran melayang
Tiada tersedar
Bilakah ataupun dimana
Terdetik jantungku tertanya
Mengapakah jadi sebegini
Sulitnya meluah rasa
Pedih dikalbu
Kau ku rindu
Sayang
Mengapa terjadinya perselisihan
Ini bukan apa yang kita bayangkan oh sayang
Dan ku merindu kenangan kita masa lalu
Setiap detik
Warna warna cinta
Yang beralih arah
Sampai bila harus begini oh
Jujur kepadaku
Ku mohon kau kembali
Ku masih menanti
Assalamualaikum, hehe entry hari ni diselitkan dengan lirik lagu Aliff Aziz-Setiap Detik. Actually lagu ni tak la baru pun, lama dah. Tapi baru dengar sebab ada dalam cerita Epilog Cinta Khirana. Hehe best, kena dengan selera telinga kita ni. Haha telinga pun ada seleranya ek?  Haha :D
Hmm kalau tengok lirik lagu ni memang sedih, kalau dengar lagunya pun sedih laaaa. Haha actually memang saya suka dengar lagu sedih-sedih. Feeling nya semacam je. Berdasarkan lagu ni, dapatlah idea nak tulis entri ni.

Dalam hidup ni, banyak benda yang kita tak jangka selalu berlaku. Tak semuanya ikut apa yang kita rancang. Kalau ikut pun, ada yang tersangkut kat tengah jalan, tak jadi dan dilanda dugaan, badai, ribut dan segala macam masalah lagi. Kuncinya kita kena sabar dan redha. Mungkin ini sudah pun ditakdirkan.
Menanti? Patut ke menanti kalau tak ada tanda-tanda dia akan kembali? Nak menunggu tu boleh, tapi janganlah sampai kita tak beri langsung peluang pada diri kita untuk move on. Setiap orang layak dapat kebahagiaan masing-masing, mungkin si dia bukanlah orangnya untuk kita kecapi kebahagiaan bersama. Cheewahh. Maybe the next person will make you happier than he? Who knows? Hehe so sebaiknya kita selalu berdoa semoga diberi jodoh yang baik. InsyaAllah^^

Thursday, June 27, 2013

KENAPA?

Assalamualaikum. Caring. Still caring sama macam sebelumnya. Kenapa ek saya tak boleh nak tengok dia sedih? Kenapa mesti je rasa nak tanya kenapa kalau dia sedih. Walhal kalau dia sedih, puncanya bukan saya .



Bila dia update benda happy, saya pun rasa happy tengok, meski pun tahu semua tu bukan untuk saya. Dulu memang selalu la tweet unmention, sembang dekat FB, Whatsapp, Wechat. Semua lah. Takpelah, asalkan saya tahu dia happy, tu pun dah cukup sangat-sangat. Sebagai mana dia tak suka tengok saya sedih, saya pun tak suka tengok dia sedih.

Pernah ada kitorang sembang, saya cakap saya taknak dah tweet sedih-sedih. Dia kata update la, nanti dia tak tahu dah saya sedih ke tak. Nampaknya saya berjaya dah, sekarang dah tak tweet sedih-sedih, tak nak dah dia risaukan saya. Saya tulis apa-apa kat blog pun saya dah tak bagitahu dia. Hehe dia pun dah dapat kebahagiaan dia sekarang. Alhamdulillah, saya happy untuk dia.

Dia cakap dia akan tetap jadi kawan saya. Sebagai kawan, saya harap dia okay-okay selalu, jangan sedih-sedih. Kena banyak sabar. Saya tahu awak sayang dia, so kenalah bertahan tau! Kalau ada pape nak cerita, saya tak kisah untuk dengar masalah awak^^

Bahagia dan duka tu umpama berpasangan. Tanpa sepalit duka, tak mudah untuk kita kecapi kebahagiaan. Anggap la duka tu sebagai rencah dalam sesuatu perhubungan yang dapat menambah warna hubungan itu :) Always pray for your happiness my friend^^

take one of this smile and please be happy back^^

Wednesday, June 26, 2013

TAHNIAH untuk dia :)

Assalamualaikum :)



Dah lama tak bertanya khabar dan baru-baru ni je kitorang baru friend balik dekat Facebook dan siang tadi nampak dia upload gambar dia pakai jubah :) Tahniah Azlan sebab awak dah dapat diploma. Harap lepas ni awak ada perancangan nak sambung ke peringkat lebih tinggi ^^

Happy to see your progress. Thanks sebab sudi reply kalau Laa tegur apa semua, seriously bukan berniat nak ganggu ke apa, just contact sebagai seorang kawan walaupun mungkin susah awak nak terimanya. Tapi thank you sangat sebab dah tak marah-marah macam dulu.

Please take care of yourself. I always pray for your success in life. Amin :)

♥ Rabiatul Nabila Baharuddin ♥ Amalina Mustafar ♥

Assalamualaikum, haha nak bagitahu siap-siap ini entri yang dah berkurun lama dalam folder draft dan tak siap-siap lagi. Hehe ni tengah cuba nak siapkan jugak!

Hari ni aku nak cerita tentang 2 kawan baru di matrik . Antara ramai-ramai kawan kat sini , aku paling rapat  dengan dua orang . Okey , this special entry is for both of you :)

First word yang aku akan terfikir bila teringat Nabila adalah COMEL . Yeah , jujur dia memang comel . Aku tahu ko akan buat muka annoying bila aku puji gini kan ? Hehe , tapi memang kau comel nak buat macam mana . First word tentang iena pulak adalah MENGGELEJAT . Hehehe :p Iena ni memang suka sangat menggelejat, rasanya korang faham kan? Tak tak, dia bukan gedik, memang dia semulajadi manja gitu~ Hehe

from left: Iena dan Nabil
Macam mana boleh kenal mereka ?
Okey imbas kembali ke semester satu. First kenal mereka berdua time dekat lecture hall. Masa tu tengah bahagi-bahagi kelas. Tercari-cari aku manalah bakal classmates. Tapi first person yang aku kenal ialah Fairuz.. Lepas tu baru kenal dorang, tanya nama, start dari situ la kenal. Masa first day kuliah tak pergi dengan dorang lagi, tak sempat ambil nombor pun time tu, so first day aku pergi kelas dengan Amalina (modul 3) sebab kitorang kenal masa KMM. So , lagi rapat dengan dia la time tu :) 

Tapi ina tu modul lain, so ada kelas yang dah tak sama hari tu, da kena berpisah, so ternampak dua orang budak di atas dan baru teringat yang dorang kan sama kelas dengan aku, haa. Start dari sini la kitorang rapat. Pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama. Mandi je tak sama-sama. Hehe. Mula-mula berkawan for sure la segan megan. Hehe. Cakap pun sopan nak mampus, haha. Biasalah kawan baru kan. Bilik dorang sebelah menyebelah je. Bilik aku jer terasing jauh sikit . =,= 

Tapi aku tak pernah kesah pun hari-hari nak kena pergi bilik dorang time nak pergi kelas pagi, petang dan kalau ada apa-apa program kolej, sebab aku tak biasa sendirian. At least aku kena ada seorang kawan. Memang daripada dulu macam tu. Dah lebih 7 bulan kitorang berkawan, pernah ke gaduh? Tak pernah, cuma berlakon gaduh tu selalu lah. Hehe. Baru hidup happening. 


Haha ok bahagian atas tadi ditulis masa baru 7 bulan berkawan, ok yang bawah-bawah ni semua selepas 2 tahun berkawan :)


Kalau ikut dari segi persamaan aku lagi banyak sama dengan Iena, suka masam, suka usha orang, bila usha pulak, mesti taste sama, haha siapa yang aku suka, Iena pun suka, haha sampai berebut-rebut. Haha :P Takdela kitorang saja suka-suka je, lepas stress duduk KMPk. Warna pun suka warna sama. Makan pun suka yang sama. Masa first masuk KMPk, purse kitorang sama, sebijik! Haha. Dengan Iena pernah ke gaduh? Macam tak pernah je. Haha

bukan saje-saje tangkap gambar ni kan Nabil? :P
Dengan Nabila pulak selalu aje tak sama tau, haha kadang tu sampai rasa nak jerit kenapa tak samaaaaa padahal kita kawan baik. Haha ni la first time aku ada kawan baik yang sangat banyak beza pendapat. Haha lawak je rasa bila fikirkan banyak kali merajuk secara senyap-senyap dengan Nabil. hehe mesti dia pun sama kan selalu merajuk senyap-senyap dengan aku :) Maaf tau!


Dulu masa sem 1 dan 2 kalau pergi kelas aku akan pergi bilik diorang, selalunya bila aku sampai bilik dorang, Iena siap dah, tapi Nabila.... Krikk krikk krikk. Haha dia mesti tak siap lagi! Haha actually aku jenis tak suka tunggu orang bersiap. Haha sebab aku tak suka datang lambat. Tapi tengok dia relaks je, aku rasa macam dah lambat dah tapi kalau pergi bilik dia mesti dia tak siap lagi. Haha lama-lama aku dah boleh faham dah perangai dia dan boleh membiasakan diri dengan situasi tersebut :)

Lama-lama aku pun dah terikut sama dah. Sem 3 dengan 4 makin lambat pulak kitorang datang kelas. Haha kalau boleh 7.59 pagi baru keluar bilik. Haha. Kadang tu aku pulak yang terover lambatnya sampai dia tunggu aku kat depan tangga. Haha lawak je rasa.


Kitorang bertiga memang rapat sangat-sangat. Sampai tak boleh nak dipisahkan kot! Kalau ada masalah aku selalu cerita dengan Nabila, dia macam matang sikit. Haha Iena ni selalu jadik tempat aku release stress, tempat aku bergembira, gelak ketawa haha sebab mood Iena ni memang constant macam tu je, ntah bila dia sedih pun aku tak tahu la. Haha

tempat bermanja pun dia jugak :)
Yang bagusnya Iena ni otak dia seriously suci sangat-sangat! Tak payah la korang try cakap benda pelik-pelik aka 18 sx depan dia, dia takkan faham punya! Haha takkan lupakan satu kejadian yang dia pergi tanya satu kelas maksud satu perkataan tu, Ya Allah huru hara jadinya. Haha

with PotPot :)
2 kawan baik aku ni memang comel-comel, tu yang dorang memang ramai gila peminat :P Aku? Aku tak de. Hihihi :P Tengok la muka manis-manis je kan, sape tak suka. Haha Dalam kelas sendiri pun dah berapa ramai yang tersangkut belum kira budak kelas lain lagi. Haha untunglah kan ramai peminat :P

Masa baru masuk KMPk Nabila ada dapat tawaran SPA, tapi dia tak pergi. Masa sem 3 pulak, Iena pulak dapat tawaran tu. Hmm masa tu aku sedih sangat-sangat. Tahap macam kecewa putus cinta dah. Aku sayang sangat kat Iena. Masa dia dapat tahu dia dapat SPA tu dia datang bilik aku. Masa tu kitorang still dekat blok Intan lagi. Masa dia bagitahu dia dapat tu seriously dalam hati aku dah rasa nak nangis. Sebab aku tahu dia mesti pergi.

Semua kawan-kawan pujuk, cakap better dia pergi. Aku sorang je tak pernah cakap macam tu. Tiap-tiap hari aku tanya dia, dia pergi tak, dia mesti jawab "Iena tak tahu". Tapi daripada awal lagi dah memang tahu dia akan pergi. Lepas je dia pergi, tinggallah aku dengan Nabila je, budak-budak lain suka usik kitorang sebab tinggal berdua je. Yelah sebab kitorang memang rapat sangat-sangat. :(

I wish you were here~
Yang lagi buat aku sedih, Nabila selalu tak sihat. Dia selalu tak dapat pergi kelas. Masa tu aku la sorang-sorang. Masa ni la aku mesti ingat kat Iena, dalam hati mesti cakap "Kan best kalau Iena ada", mula la rasa sebak je. Tapi aku lagi sedih tengok Nabila asyik tak sihat, kesian sangat aku tengok, lembik aje lah hai.

Lama-lama, aku dah biasa dah kalau Nabila sakit, aku kena sorang-sorang. Time macam ni lagi la seronok classmate aku nyakat aku. Sabar je lah kan. Haha Sampaikan makin lama aku sendiri rapat dengan orang lain berbanding dia. Tapi aku tetap sayang Nabila. Dia selalu ada dengan aku, susah senang aku semua dengan dia. Sedih aku semua dia tahu. Sakitnya hati aku semua dia tolong dengar ceritanya. Mana la aku tak sayang dia :)

Ok kat bawah ni aku selitkan la sikit memories dengan dorang, yang takkan aku lupakan :)


Hehe, ingat lagi tak nie la pic pertama kite tangkap sem 1 together-gether. Skemanya kite kan? Haha kad matrik kat luar tudung, muka comot nak mam, badanku tembun macam apam. Haha. Lawak kan? Tapi inilah permulaan kenangan kita. Masa first day kelas, aku da rasa macam 'okey aku nak berkawan dengan dua budak nie '. Lepas tu tiap hari kita pergi kelas sama-sama, makan sama-sama, buat kerja sama-sama, tak siap kerja pun sama-sama. Hehe. Tapi sem 1 rajin sikit. Weee~


Nie la kerja kita hari-hari kan, asal ada masa terluang jer mesti bergambar, sikit-sikit bergambar, tapi aku tak pernah dapat lawan comel korang. Haha. Nape kome cute sangat haa ? :) Aku tak reti senyum dalam gambar. Husaini pun ada kata aku senyum senget. Haha. Time ni kad matrik aku da masuk dalam, korang still kat luar lagi . Hoho :p


Ingat lagi gambar nie? Masa nie sambutan raya kt KMPk. Kita snap pic banyak kali sebab aku nak cari gambar yang terbaik nak bagi kat iena untuk birthday dia. Jenuh juga, sume gambar macam tak best, and finally aku rasa gambar ni paling cantik :D Aku suke sangat gambar ni , Sebab semua macam comel jea . Haha . Perasan sekali sekala tak salah kan ?

kita dan makanan, macam isi dengan kuku. HAHA
Masa nie jamuan KMM, susah payah kan kita usahakan jamuan nie, akhirnya berjaya jugak. Sebenarnya aku happy sangat dapat kenal korang, sebab aku rasa aku boleh cerita semuanya kat korang, semua pasal aku korang tau. Sebab tu aku sayang korang sangat tau :')

ada rahsia di sebalik gambar ni kan Iena? HAHA
Antara moment yang takkan aku lupa tentulah part usha orang. Haha. Taste aku dengan Iena mesti sama, siapa aku suka, Iena mesti suka. Tak payah tanya pun aku dah tahu, kan Iena :) Memang ramai sangat la kan masuk senarai, sampai tak terkira. Haha. Aku selalu refer kat Iena dulu baru aku refer kat Nabila sebab taste makcik nie lain sikit daripada kitorang. Haha. Nabila suka masukkan orang dalam kotak A atau B :p


Ini lah gambar zaman-zaman kami datang awal ke kelas. Hehe, lama-lama mana sempat bergambar, sampai-sampai je kelas dah start. Haha biasa la makin lama makin lambat pergi kelas. Hehe. Gambar ni aku rasa korang comel sangat. Err pernah ke korang comot? :)


Papa John time :)
Yang takkan aku lupakan juga bila diorang geram aku dah nak sama saiz dengan dorang, haha jujurnya memang aku banyak gila turun berat duduk KMPk tuh. Haha. Selalu je dorang tak puas hati. Haha :P Tapi kitorang memang sukaaaaaaa sangat makan. Boleh jadi duta cafe kot. Hehe. Ingat tak masa sem 1 selalu sebut lapolapolapo laju-laju. Haha siap ada lapar kuasa avogadro constant la, kuasa infiniti la. Hehe macam-macam. Habis je kelas terus lepak cafe^^


Ya Allah, aku sayang sangat dekat dorang. Aku harap jarak takkan ubah apa-apa dalam persahabatan ini. Aku just nak dorang tahu yang dorang ada tempat yang istimewa dalam hati aku. :) Mintak maaf sangat-sangat kalau (memang ada pun kan) buat salah silap, terkasar bahasa, tertinggi suara tanpa sedar, terbuat korang tacing dan segala ter lagi, I'm sooooo sorry :) Sahabat selamanya. InsyaAllah, Amin :)

Tuesday, June 25, 2013

OBSESI?

Assalamualaikum.

haha muka teruja dan obses yang nyata :P

Haa, korang pernah tak obsesi terhadap sesuatu? Sekarang ni aku tengok kebanyakan orang obses dengan gadget terutamanya telefon dan dah jadi macam satu penyakit pula bila orang sekarang ni suka sangat upload sesuatu gambar tu yang kadang kala kita sendiri tak faham motifnya apa. 

Contohnya macam masa pilihanraya hari tu, ramai la yang upload gambar jari masing-masing yang ada calitan dakwat tu, dah macam berlumba-lumba pula sape upload dulu. Motif? Lagi satu sekarang ni musim jerebu, haaa, semua la pakat upload gambar pakai mask tu. Tahla, rasa cam pelik je kan. Hehe

All time favourite sekarang ni ialah upload gambar makanan. Err sekarang ni kalau buka FB bukan penuh gambar orang dah, penuh gambar makanan je sampai confused kita ni friend dengan manusia ke dengan makanan? Haha

Yeah, itu semua hak individu kan. Tapi seeloknya janganlah sampai rasa obses tu wujud dalam diri. Sampai tak keruan pulak kalau sehari tak upload gambar macam tu. Hehe yeah i know they just want to share~ Hehe this is just my opinion, sorry ^^

Monday, June 24, 2013

BICARA HATI

Hati. Apa khabar hari ni? Laaa sedih lagi? Kenapa sedih dan sakit lagi ni? Dah la tuuuu. Dah cukup lama kau sedih, kesian kat tuan kau. Hari-hari kena letak ubat dengan senyum palsu. Bila kau nak happy balik ni? Tak kesian ke kat dia?


Tak elok tau kau macam ni hari-hari. Tak payahlah kau nak fikir benda sama je tiap hari. Kan banyak lagi benda boleh kau fikirkan? Kenapa yang menyedihkan jugak kau nak ingat? Dah takde ke yang boleh buat kau tak luka dan tak berdarah lagi?


Aku tahu kalau tuan kau senyum tu dia cuma fake smile je, dalam fikiran dia aku tahu dia masih sedih. Dah la tu ya. Berapa tahun kau nak sedih. Dah lebih 2 tahun kau macam ni, hati. Beberapa bulan sebelum ni kau nampak ok sikit, sekarang kenapa keadaan kau makin teruk ni?

Mata pun dah tak larat dah nak bagi pinjam air mata dia untuk kau hati. Tengok, kau dah susahkan mata pula. Wahai hati dah fikiran, bila korang berdua nak sembuh ni? Tuan korang ni dah lemah sangat dah aku tengok. Takde lagi ke orang boleh ubati korang?


Hati, aku nampak makin hari makin banyak kesan luka dekat kau. Kau dah parah sangat ni. Dah la tu hati. Risau aku tengok kau. Kau janganlah macam ni lagi. Ramai orang nak tengok kau gembira tau. Kenapa kau pilih nak bersedih macam ni?

Hati kau jangan sedih dah okay. Nanti satu hari nanti ada orang yang akan tukarkan hati kau yang dah parah tu dengan hati dia. Dia akan sanggup terima kau seadanya. Cuma sekarang belum masanya dia muncul. Bila dia muncul nanti, kau lah hati yang paling bahagia sekali. Tunggu dengan sabar ya!^^


Dah 2 tahun hati, sudahlah begini.
Be strong HATI^^ Semoga kau cepat pulih....

Keperibadian :)

Assalamualaikum :)


sejuk hati..hehe :) pic from page:Kepala Hotak Kamu
Betul kan bila bertudung kita akan lebih dihormati, orang takkan buat sesuka hati kat kita, lelaki takkan tiba-tiba nak pegang-pegang kita kalau kita bertudung. Bertudung dan menutup aurat dapat protect diri kita daripada macam-macam dosa atas muka bumi ni.

Daripada zaman sekolah dulu lagi saya ni tak kawan sangat dengan budak lelaki, termasuklah classmates sendiri. Kira setakat kawan sekelas macam tu je. Memang ramai kata saya sombong pun, tapi bagi saya seorang perempuan memang patut ada rasa sombong tu. Bukanlah maksudnya sombong yang bila orang tanya elok-elok langsung tak nak jawab. Kalau orang tanya elok-elok kita jawab je la kan baik-baik. Maksud saya kat sini sembang yang setakat nak merapu-rapu, nk bergurau senda tak tentu pasal, tak payah kot.

Saya nampak sendiri kawan-kawan sendiri ada yang bertepuk tampar dengan budak laki tu dah jadi macam perkara normal, kira alhamdulillah la kawan-kawan lelaki saya tak pernah buat pelik-pelik kat saya. At least saya tahu saya masih ada rasa hormat daripada mereka. Kita perempuan, kena jaga diri baik-baik. Setiap hari kena cuba jadi lagi baik. Tu yang saya pegang sampai sekarang :)

Sunday, June 23, 2013

JEREBU JEREBU!

Assalamualaikum nampaknya keadaan jerebu sudah sangat membimbangkan sampaikan banyak sekolah diarahkan tutup pada esok hari termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor. Buat masa ni alhamdulillah, tempat tinggal saya iaitu Bidor yang permai lagi indah ini masih berudara segar. Syukur. Syukur. Tapi esok lusa belum tahu lagi kan kan.



Jerebu tu apa? Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

IPU tu apa pula? IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara (Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, Ozon, Gas karbon monoksida, Gas nitrogen dioksida dan Sulfur dioksida) untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Jadi setakat hari ni dah beberapa tempat diisytiharkan darurat antaranya Muar dan Ledang. Dah lebih 700 dan sangat merbahaya ya untuk kesihatan.  Jadi di sini saya sertakan tindakan untuk yang sedang berhadapan dengan jerebu :)


Haaa, bahaya kan jerebu ni, jadi seboleh-bolehnya hadkan aktiviti di luar dan pakai mask ye kawan-kawan semua. Jaga diri masing-masing^^ Semoga jerebu ini akan pulih secepatnya. InsyaAllah Amin..
Related Posts with Thumbnails