Saturday, June 15, 2013

3 TAHUN :)

Assalammualaikum! Haaaa , apa yang 3 tahun ? Ulang tahun ? Umur ? Lagi la tak . Haha sebenarnya yang 3 tahun tu usia blog ini . Aku buat blog ni masa tahun 2010 , bulan June . Sekarang dah June 2013 means dah pun 3 tahun blog ni aku hidupkan . Dulu aku rajin tulis kat sini , hampir setiap hari , sampai ada seorang blogger famous tu suka dengan blog aku dan siap buat entry lagi tu untuk promote blog aku . Hehe


Tapi bila dah masuk PLKN , kerja Pizza , dah tak banyak tulis kat sini , otak pun terasa tumpul je , Bahasa Melayu pun makin tak betul tatabahasanya . Dah masuk matriks lagi la tak sempat nak tulis , ada la beberapa kali aje aku update . Kesian awak kan Encik Blog ? Hehe . Takpe lah saja bagi awak berehat . Haha .

Tujuan asal berblog dulu just suka-suka je , sebab tengok adik ada blog , macam best je boleh hias cantik-cantik , boleh letak gambar , macam-macam . Tu yang sibuk nak buat juga tu . Lepas tu ada blogger yang suggest letak iklan kat blog , katanya boleh buat income sampingan . So , ikut je la kata dorang , mana la tahu duit masuk kan . Haha ye betul tak rugi pun letak iklan Nuffnang kat blog korang , boleh la buat duit sikit-sikit . Hehe 

Kalau baca entri dulu dengan sekarang banyak gak la bezanya , yelah umur makin bertambah , makin matang gitu kan . Haha lawak aje kalau baca dari first entry , punyalah kebudak-budakan . Haha makin lama , makin ok dah . Sampailah sekarang blog ni masih bernyawa la kiranya . Hehe tapi selalu je sunyi sepi tanpa cerita . Jangan risau ya Encik Blog , lepas ni saya tak abaikan awak lagi . Haha



Happy 3rd Birthday to my purplish blog . Hihi :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails