Monday, June 24, 2013

BICARA HATI

Hati. Apa khabar hari ni? Laaa sedih lagi? Kenapa sedih dan sakit lagi ni? Dah la tuuuu. Dah cukup lama kau sedih, kesian kat tuan kau. Hari-hari kena letak ubat dengan senyum palsu. Bila kau nak happy balik ni? Tak kesian ke kat dia?


Tak elok tau kau macam ni hari-hari. Tak payahlah kau nak fikir benda sama je tiap hari. Kan banyak lagi benda boleh kau fikirkan? Kenapa yang menyedihkan jugak kau nak ingat? Dah takde ke yang boleh buat kau tak luka dan tak berdarah lagi?


Aku tahu kalau tuan kau senyum tu dia cuma fake smile je, dalam fikiran dia aku tahu dia masih sedih. Dah la tu ya. Berapa tahun kau nak sedih. Dah lebih 2 tahun kau macam ni, hati. Beberapa bulan sebelum ni kau nampak ok sikit, sekarang kenapa keadaan kau makin teruk ni?

Mata pun dah tak larat dah nak bagi pinjam air mata dia untuk kau hati. Tengok, kau dah susahkan mata pula. Wahai hati dah fikiran, bila korang berdua nak sembuh ni? Tuan korang ni dah lemah sangat dah aku tengok. Takde lagi ke orang boleh ubati korang?


Hati, aku nampak makin hari makin banyak kesan luka dekat kau. Kau dah parah sangat ni. Dah la tu hati. Risau aku tengok kau. Kau janganlah macam ni lagi. Ramai orang nak tengok kau gembira tau. Kenapa kau pilih nak bersedih macam ni?

Hati kau jangan sedih dah okay. Nanti satu hari nanti ada orang yang akan tukarkan hati kau yang dah parah tu dengan hati dia. Dia akan sanggup terima kau seadanya. Cuma sekarang belum masanya dia muncul. Bila dia muncul nanti, kau lah hati yang paling bahagia sekali. Tunggu dengan sabar ya!^^


Dah 2 tahun hati, sudahlah begini.
Be strong HATI^^ Semoga kau cepat pulih....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails