Saturday, June 15, 2013

Birthday Yang Takkan Dilupakan!

Assalammualaikum! Hari ni nak share satu cerita yang sangat panjang dan tak mungkin dilupakan . Hehe kisah ni bercampur aduk , cerita sedih + happy + rasa bersalah , semua ada . Haha so , lets read !


Pada tarikh 22 Mac 2013 adalah hari jadi aku . Birthday aku tahun ni jatuh pada hari Jumaat . Malam sebelum birthday aku tu aku lepak la bilik sendiri macam biasa , malam tu aku sakit kepala . So memang pukul 9 lebih camtu aku dah terbaring siap sedia nak tidur dah . Tiba-tiba Aimi mesej aku cakap Jaja ajak buat skrip drama English malam tu . Aku pun nak tak nak turun jugak , tambahan pulak aku main character so takkan aku tak turun kan , tak best la macam tu .

Then aku pun turun la , bilik kawan aku tu kat aras bawah sekali , aku pulak duduk tingkat 4 , sampai je bilik kawan aku , dorang ada dah dalam bilik Aimi , tapi Jaja takde pun . Ada Fairuz dengan Aimi aje , so kitorang pun start la bincang , aku tak bagitau dorang pun aku sakit kepala . Dorang wat lawak , aku gelak , dorang tanya aku jawab , aku buat macam biasa je la masa tu . Eh tiba-tiba tak sampai satu muka pun buat skrip , masing-masing dah buat kerja lain , Fai main laptop , Aimi udah rupa macam nak tidur . Then Nabila turun basuh baju kat washing machine . Pastu dia pun masuk lah duduk dalam bilik sekali . Aku rasa bengang sikit la time tu , kata nak buat skrip , tetibe wat benda lain lak kan . So aku tanya la Fai , nak buat lagi ke , kalau tak de nak buat dah aku nak naik tidur , kepala aku sakit . Then dia kejut Aimi , pastu Fai kata takpelah , kalau nak naik , naik lah . 

Aku tak terus naik time tu , aku duduk-duduk kejap sampai dah 12 lebih pun then aku dapat mesej Iena hantar , wish happy birthday , time tu aku rasa sebak dah , sebab Iena kawan baik aku since sem 1 , tapi dia dah keluar SPA , lepas je baca mesej tu aku terus keluar bilik dorang , aku naik atas . Aku memang tak suka tunjuk yang aku sedih depan orang . Aku naik atas dan sorang roommate aku tak tidur lagi , dia pun wish happy birthday , siap bagi aku muffin lagi . Time tu lagi sekali aku rasa sebak , sebab aku dengan roommates memang tak berapa nak ngam , terharu dia ingat birthday aku . 

Then aku dah selimut , lampu pun aku tutup , pejam mata jap , dorang call , aku angkat ,
Happy Birthday To You , Happy Birthday To You , Happy Birthday To Jila , Happy Birthday To You ! Pastu dorang tanya la aku ok ke , sakit sangat ke kepala ? Aku cakap la sakit jugak la , rasa pening . Aku cakap la thanks sebab nyanyi kat aku . Tapi aku rasa ralat la sebab dorang nyanyi dalam fon , aku bukan jauh pun , maybe dorang tak nak naik bilik aku . Yelah sape nak naik tingkat 4 ni . Tinggi , penat je naik . Suara aku memang nada kecewa la kot . Then dorang ajak pakai baju koko esoknya , dalam call aku cakap taknak , aku nak pakai baju kurung , then dorang kata takpelah , suruh aku rehat ..

Lepas letak call , haa datang dah rasa bersalah aku , aku pun hantar mesej cakap tq apa sume pastu aku cakap la esok aku pakai gak baju koko sama dengan dorang . Esoknya tu semua macam dingin je dengan aku ,  aku blur jugak la aku salah ke kan . Aku cakap sorry kat Aimi pasal semalam aku naik bilik macam tu je . Then dorang okay je . Balik dari kelas hari tu , aku dengan Nabila singgah la bilik Aimi , sebab nak ambil gambar dari laptop Ana , Nabila pulak nak angkat kain dia sidai . So aku pun tunggu la , rasa cam lama pulak , aku pun cakap la kat Nabila , nanti ambilkan gambar tu , aku nak naik kemas barang sebab petang tu nak balik rumah .

Balik rumah celebrate birthday dengan family then Ahad petang pun balik la semula kat Matriks . Malam tu Nabila mesej ajak turun bawah . Aku tanya la buat apa , then dia kata saja borak-borak . Aku cakap la aku malas , selalunya memang kalau aku balik rumah , hari Ahad bila dah sampai Matriks aku lagi suka nak duduk bilik je . Memang style aku macam tu . Then tiba-tiba aku dapat mesej daripada Nabila . Mesej nya lebih kurang macam ni lah , "Tak jadi la prank malam ni , esok la farah . Cake dah order dah " Masa tu berkerut jugak la dahi aku , then aku dengan ngek nya balas " Laa , nak prank aku ke? Aku turun sekarang " Pastu Nabila balas apa aku tak ingat tapi ada ayat ni " Nak turun turunlah, taknak turun sudah " Masa tu aku terus keluar bilik turun bawah .

Aku nampak Ana , tanya la Ana , mana Nabila , Ana cakap tak tahu . Aku pergi bilik Aimi dia takde pun , rupanya dia kat bilik Jaja , masa dia keluar bilik Jaja muka dia masam sangat , macam nak nangis :( Aku dah rasa serba salah , aku pun tanya la Jaja , kenapa , tanya Aimi , semua tak nak jawab . Aku sendiri blur , yelah mana lah aku tahu dorang plan nak prank aku . Serius aku bukan nak mengelak , dorang sendiri tahu aku tak kisah pun orang nak prank aku , bukan hari-hari kan. Lepas tu aku naik atas aku mesej la Nabila minta maaf kalau dia marah aku . Dia kecewa sebab dia dah terhantar mesej nak hantar kat Farah tu dia hantar kat aku . Aku serius takde niat apa pun balas macam tu . Aku turun pun sebab nak serah diri , nak main dengan dorang . Serius aku tak kisah kena air busuk macam tu pun .

Esoknya dia cerita la kat aku , plan asal nak kenakan aku lepas buat skrip BI tu , tapi tiba-tiba aku naik atas , dorang nak bawak naik air tu , susah lak kan sebab aku duduk tingkat 4 . So plan tu dorang tukar ke esoknya , sebab tu ajak aku pakai baju koko , sebab tu ajak aku pergi bilik Aimi lepas habis kelas , sekali lagi cancel sebab aku nak naik kemas barang . So dorang pun simpan la 2 baldi air nak prank aku tu sampailah hari Ahad , then bila ajak aku turun bawah , aku cakap aku malas turun . Sampai lah saat terkantoi mesej tu . Nabila kata lepas kantoi mesej tu terus dorang buang air prank tu sebab rasa kecewa sangat-sangat tak dapat nak prank aku . Masa Nabila cerita tu serius aku rasa sedih , sebab aku dapat tahu perasaan kecewa dorang tu macam mana . Tapi aku tak boleh nak buat apa . Dengar Fai cakap macam-macam dorang campur , tak pernah dorang buat air prank sedasyat tu , 2 baldi pulak tu , siap peram berapa hari lagi . Perghh aku tak tahu la bau nye macam mana .

nampak sedih kan kan kan? haha
So malam hari Selasa tu kitorang semua ada discussion pasal drama kat dataran , so Nabila ajak la aku pergi cafe dulu , pergi makan . Then masa tu Mior , Husaini , Halim sampai . Mior tanya aku , cake mana . Masa tu aku dah rasa serba salah , yelah plan nak surprise kan aku tak menjadi . Lastnye semua dorang buat depan aku , takde surprise-surprise dah . Cake , kentang goreng , air , semua aku tunggu sekali dengan dorang bawak pergi dataran . So dorang pun nyanyi la kat aku , masa birthday aku malam tu semua classmate aku ada , happy jugak la . Hehe :) Tapi dalam hati aku still rasa bersalah sangat-sangat kat  semua kawan-kawan aku . Aku tak sangka Nabila plan birthday aku special macam ni , masa birthday dia dulu aku tak dapat nak buat special pun . Tu yang aku rasa terharu sangat .

some of the moments
Muka aku time tu jangan cakap la , apess usik aku cakap aku nak nangis . Haha memang la , aku rasa bersalah yang amat kot . Dorang kata jangan lah sedih . Haha . Lepas makan kek , kitorang pun discuss la pasal BI , habis je discuss , aku pun duduk dengan Nabila dekat kerusi batu depan Language Lab dan tiba-tiba segenggam tepung dilempar kat muka aku , pergghhh pedihnya jangan cakap la . Haha aku dah agak dah mesti dorang ada plan punya untuk malam tu . Haha takde birthday yang akan disambut setakat makan kek je . Haha aku tahu sangat dah peel kawan-kawan aku . Masa tu aku tengok semua dah bertempiaran lari . Aku apa lagi , attack la sape pegang tepung tu . Haha

survivor yang masih kekal sampai akhir lumba lari . haha
Yang aku tak boleh blah , Jaja pun ada baling kat aku . Haha amboi selalu orang yang tak nak kena mesti duduk diam je sekali Jaja pun join . Haha aku kejar dia aku dapat tapi tepung tu dia pass kat Fai , aku kejar Fai aku dapat gak , then dia pass pulak kat Si  Naimah , si kecik ni atlet lumba lari , haaa pandai ye korang cari AJK Tepung . Haha aku kejar dia hampir dapat sampai selipar dia putus ke apa tah . Haha masa tu ramai dah hilang balik bilik .. Oooo takut ye ! Haha , tapi memang aku lari laju kot malam tu . Semua takut ingat aku kena rasuk ke apa tetiba menakutkan gila masa tu . Haha .

Haha tu la birthday yang takkan aku lupakan . Macam-macam perasaan aku rasakan untuk birthday yang ke 20 ni . Thanks sangat kawan-kawan KD1T2 sebab sambut birthday aku 2 kali , first masa sem 2 dan masa sem 4 . Aku hargainya sangat-sangat ! Thanks untuk kek vanilla chocolate yang sedap tu . Aku suka sangat :) TQ jugak untuk larian tepung yang korang plan untuk aku . Haha . Memang syok , tak pasal-pasal kita exercise malam tu kan . I'm so sorry atas kegagalan korang prank aku dengan air hikmat yang korang peram ntah berapa hari tu . Mungkin Allah melindungi aku kali ni .hehe jangan marah tau korang . Akhir kata TQ for this lovely moment ~~~~

3 comments:

Ima said...

ajk tepung terharuu ... HAHA

Ima said...

ajk tepung terharuuuuuuuuu ,,, HAHA :D

Nur Azila Ismail said...

hehee naimah!!!!

Related Posts with Thumbnails