Friday, June 14, 2013

BOSAN MAXIMUM ~,~

Assalammualaikum!

Cuti yang lama . Quite bored actually . Tu la, nak sgt cuti kan , bila dah dapat , bosan pula . Tu lah manusia , bila takde mintak , bila ada , tak hargai . Nanti dah masuk belajar balik , merengek-rengek nak balik rumah . Haha . Memang niat asalnya nak kerja time cuti panjang ni , tapi memandangkan takde transport nak pergi kerja nanti so cancel la plan nak kerja tu . Ayah ada , tapi kesihatannya tak berapa baik + tak nak la menyusahkan abah nak hantar , ambil dari kerja . So keputusannya tak payah kerja . Haha duduk rumah teman ma . :)


Dulu lepas SPM memang tak sempat merasa cuti macam orang lain . Lepas SPM kena kurung kat PLKN , lepas tu kakak ajak kerja Pizza Hut kat tempat dia , so masa tu senang la , pergi balik kerja dengan dia , sekarang dia dah naik pangkat , tak jadi manager restaurant dah , so tak boleh la nak kerja pizza dah dengan dia . Hehe . Berenti kerja pizza pun sebab dapat tawaran matriks . Tu yang happy gila dapat merasa cuti panjang sekarang ni . Haha bukan senang kan nak dapat relaks lama-lama . Tapi ni dah rasa lama sangat pulak . Haha

Sekarang dekat rumah , tinggallah berempat ( Aku , Adik , Ma , Abah ) . Adik aku sekarang Form 5 , bila dia pergi sekolah , aku dah macam anak tunggal pulak kat rumah , bila dia ada , aku dah macam anak sulung . Haha . Padahal ada 5 lagi adik beradik . Abang first sekarang kerja Account Executive kat Shah Alam , yang kedua kakak , kerja Area Executive Manager Pizza Hut kat Negeri Sembilan , yang ketiga kakak , kerja IT executive dekat Putrajaya , yang keempat kakak , cikgu sekolah rendah dekat Shah Alam , yang kelima kakak jugak , tengah praktikal Cikgu Tadika dekat Seksyen 7 Shah Alam . Haha semua busy busy belaka . Patut lah kalau aku balik rumah dulu ma happy sangat , rupanya bosan kat rumah takde orang . Haha :)

Adik aku pula tahun ni SPM , maybe tahun depan dia dah belajar tempat lain , aku pun InsyaAllah masuk degree bulan September nanti , means next year ma and abah je la ada kat rumah ? Kesian dorang mesti rindu aku nanti. Haha perasan . Mesti sunyi rumah kan? Tapi aku faham mesti ma dan abah rasa lega sebab semua anak-anak dah habis sekolah , abang dan kakak-kakak semua dah dapat degree , kerja ok . Family aku bukanlah family berada tapi alhamdulillah lengkap semuanya , kasih sayang pula melimpah ruah . Hehe . Bonding antara adik-beradik kitorang pun sangat kuat :) 

Haha nampaknya sepanjang cuti ni blog ni la jadi teman berbual dan meluahkan isi hati . Maklumlah nak keluar dengan kawan-kawan pun dorang ada kat tempat belajar , ada yang dah kerja , dah kahwin , ada anak . So susah sikit la , maybe hari raya nanti baru dapat berkumpul balik . Memang rindu sangat-sangat kawan-kawan daripada zaman sekolah rendah , menengah dan matrikulasi !!! So , tu je untuk entry kali ini . Thanks sudi datang blog pelik ni . Haha bubye :)


0 comments:

Related Posts with Thumbnails